Dua hari lepas anak saya, Faris mengalami demam, cirit birit dan muntah-muntah yang teruk. Saya kurang pasti apa puncanya..patutlah Faris ada mengadu yang perutnya sakit. Ingatkan dia bergurau...Faris baru berusia 3 tahun setengah, itu yang tidak sangka dia betul-betul sakit perut. Bila tengok Faris asyik muntah dan enggan menjamah makanan walau secubit pun, saya naik risau..dahla Faris paling susah nak telan ubat....hanya pengasuh dia jer yang berjaya suapkan ubat pada Faris setakat ini. Kalau orang lain yang suapkan, pasti diluahkan semula semua ubat tu...huhu...anak oh anak. Memandangkan kami masih bercuti di kampung, tak dapatla nak minta pengasuh Faris suapkan ubat padanya...
Dalam dok muntah-muntah tu saya bagi Faris minum Performance kegemarannya...nasib baik nak jugak ditelannya. Rasa oren Performance begitu memikat selera Faris. Kita sering dipesan oleh doktor, jika mengalami cirit birit yang teruk, pastikan kita mengambil air kosong secukupnya bagi mengelakkan masalah kekurangan air yang serius dalam badan. Macam kes Faris, saya bekalkan dengan Performance untuk mengelakkan dehidrasi dan mengurangkan panas badannya dengan cepat. Kesian tengok budak yang periang tiba-tiba jer lemah tak bermaya...rumah pun jadi sunyi sepi...Untuk lebih cepat menyejukkan badan Faris yang demam, saya lapkan badannya dengan air yang dicampurkan dengan beberapa titis cecair Basic H. Alhamdulillah, cepat pula sejuk badannya. Basic H berfungsi untuk menyejukkan badan lebih cepat berbanding air kerana ia meningkatkan daya serapan air oleh kulit sehingga tiga kali ganda.
Pagi tadi demam Faris dah makin berkurang dan petang tadi demamnya dah hilang tanpa makan ubat. Baru sebentar tadi Faris habiskan 2 mangkuk bubur nasi...siap minta tambah lagi. Itu tandanya Faris sudah sihat dan perutnya dah makin OK. Baru je plan esok nak bawak Faris ke klinik.Syukur sangat2. Terima kasih Allah. My lil sunshine is back!! Jadi, kalau korang pun mengalami situasi yang sama seperti saya jangan cepat-cepat menggelabah. Carilah tips yang sesuai untuk mengatasi masalah anak sukar makan ubat dengan segera. Saya percaya, ibu bapa yang prihatin tidak sanggup melihat anak mereka dalam kesakitan. Selain Perfomance, saya juga berikan Faris nutriferon untuk meningkatkan daya tahan badannya. Risau jugak kalau2 sakitnya melarat. Nutriferon bertindak bagaikan antibiotik semulajadi yang berfungsi untuk melawan sebarang bakteria asing yang masuk ke dalam tubuh. Rasa labu yang manis-manis buah membuatkan kita tidak terasa seperti sedang mengambil suplemen. Cubalah!
Bagaimana untuk mendapatkan vitamin di atas? Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Setiap pelanggan saya berhak mendapat konsultansi percuma seumur hidup dan anda juga bakal di'add' ke dalam Secret Group yang EKSKLUSIF. Hanya untuk pelanggan kami sahaja tau :-)
June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383
0 comments:
Catat Ulasan