Memaparkan catatan dengan label vitamin untuk pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitamin untuk pelajar. Papar semua catatan

Ahad, 22 September 2013

Vitamin untuk Pelajar Kuatkan Daya Ingatan



Baru-baru ni saya berada di Pulau Pinang bagi urusan pengajian dan kebetulan masa tu berlangsung majlis konvokesyen di USM. Paling menarik perhatian saya sepanjang konvokesyen tu adalah pada hari pertama dan kedua di mana ia adalah sidang konvokesyen graduan pasca-siswazah dan pengajian jarak jauh. Semua datang dengan keluarga dan anak-anak buat saya berfikir, alangkah besarnya pengorbanan mereka dan betapa besarnya cabaran yang mereka hadapi sepanjang pengajian hinggalah tamat. Yang pasti, tidaklah sama dengan rata-rata pelajar pra-siswazah lain kerana besarnya komitmen terhadap kerja, keluarga dan usia.
Hari ni saya nak fokuskan pada topik menyambung pengajian bagi mereka di kategori ‘senior’. Sebab ramai kenalan, serta saudara-mara saya yang menyambung pengajian mereka di pelbagai peringkat serta kaedah samada pasca-siswazah mahupun jarak jauh. Bila dah mula berkerja, berkeluarga saya faham ramai yang akan kata “berkarat dah nak sambung belajar” ataupun tersepit dengan tugasan harian serta komitmen keluarga. Di sinilah kekuatan fizikal dan mental kita teruji. Mana taknya, nak study semua lecture notes, buku, menyiapkan tugasan serta menghadapi peperiksaan. Kalau yang pengajian jarak jauh, kena travel sampai beratus kilometer untuk menghadiri kelas. Semuanya menuntut komitmen serta ketahanan fizikal dan mental.
Kita semua tahu dan faham, bila kita semakin berusia, kemampuan kita sebenarnya semakin menurun. Umur 30-an serta 40-an manakan sama dengan rata-rata penuntut universiti yang berusia awal 20-an, bertenaga serta sentiasa bersemangat. Tapi selagi kita berniat untuk menuntut ilmu kerana-Nya, selagi itulah ia akan dipermudahkan oleh-Nya. Secara peribadi, saya menyanjung tinggi pada mereka yang melanjutkan pengajian pada usia serta komitmen keluarga serta kerjaya sebegini. Sebab itulah saya ingin berkongsi tentang persiapan untuk ‘kembali ke sekolah’J. Kami di Shaklee mempunyai jalan penyelesaian sekaligus membantu anda.
1.    Shaklee Omega Guard
Oleh kerana menuntut ilmu memerlukan memori, kecerdasan minda serta kecergasan fizikal yang baik. Shaklee Omega Guard adalah ‘ibu’ kepada supplement yang diperlukan. Kandungan Omega-3 atau minyak ikan dalam produk ni mampu membantu menguatkan memori, mengekalkan tekanan darah normal, mengurangkan stress serta risiko depresi, dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
2.    Shaklee Performance Drink
Sangat sesuai bagi yang travel jauh menghadiri kelas, atau menghadiri kelas sepanjang hari. Shaklee Performance membantu mengekang dehidrasi atau kehilangan air dalam badan, membekalkan elektrolit dalam membantu pergerakan otot, serta paling penting, meningkatkan stamina.
3.    Shaklee CoQHealth Plus
Produk ni mengandugi coenzyme-Q yang membantu memberikan tenaga kepada jantung dalam mengekalkan kekuatan serta fungsi jantung selain membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi serta penyakit jantung.

Jadi, ketiga-tiga produk ini adalah pakej terbaik sebagai persediaan menyambung pengajian. Doa serta sanjungan saya kepada mereka yang sedang dalam pengajian dan semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya untuk andaJ
Wassalam…

Writer : Mr. Fahmi Best...


June Mohd | kerengge83@gmail.com | 017-943 8392


Rabu, 17 Julai 2013

Vitamin Penting untuk Pelajar : Omega Guard


Pernah tak kita sedari bahawa sebahagian besar masa dalam hidup kita dihabiskan untuk belajar atau
menuntut ilmu? Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri Cina, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut”.
Hadith Riwayat Al-Bara.

Secara purata kita di Malaysia ini menghabiskan 12 hingga 16 tahun menuntut ilmu.Tak termasuk yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Waktu menuntut ilmu adalah waktu yang paling mencabar sebab kita belajar perkara baru hampir setiap hari. Secara peribadi, waktu yang paling saya rindui semasa menuntut ilmu adalah semasa di universiti.

Hari ini, saya masih di universiti, bukan sebagai pelajar.Tetapi sebagai pengajar.Hari ini saya lihat bermacam-macam kaedah baru dalam pelajaran serentak dengan kemajuan teknologi.Tetapi, ada satu perkara yang masih sama dalam kalangan pelajar universiti dari dulu hingga sekarang, iaitu stay up, hingga jauh malam. Sama ada menyiapkan tugasan ataupun urusan lain.

Tabiat inilah yang sebenarnya  sedikit sebanyak bukan sahaja mengganggu tumpuan terhadap pelajaran, malah kesihatan.Ye, kita faham betapa ‘stress’nya bergelar pelajar dengan segala tugasan, projek dan report kerana saya sendiri pernah mengalaminya suatu ketika dahulu.

Apa Yang Pelajar Perlukan?

Dalam mengejar cita-cita dan segulung ijazah, pelajar tak seharusnya mengorbankan waktu rehat dan paling penting kesihatan pelajar. Tabiat stay-up bukan sahaja meletihkan badan, malah mendedahkan kita kepada masalah kesihatan seperti kurang daya ingatan dan tumpuan. Paling teruk, kita akan terdedah kepada penyakit yang lebih serius seperti hypertension dan jantung. Saya masih ingat lagi seorang sahabat saya semasa belajar dulu. Beliau merupakan pelajar jurusan perubatan dan belum pun masuk ke tahun akhir, sudah mengidap penyakit darah tinggi. Jika diberikan ujian saringan, saya percaya terdapat pelajar yang akan dikesan sekurang-kurangnya ‘mild hypertension’ (tekanan darah 135-155) akibat cara hidup begini.
Jika anda seorang pelajar yang menitikberatkan soal kesihatan ada beberapa perkara yang saya nasihatkan untuk anda jaga:

  • Kecergasan untuk menuntut ilmu
  • Minda yang sentiasa cerdas untuk menerima ilmu secara kritis
  • Fungsi tubuh badan yang baik

Jadi, apakah caranya?


Kognitif atau kebolehan untuk menerima, memproses serta mengingati maklumat merupakan fungsi istimewa otak. Akan tetapi kognitif manusia akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Pengekalan serta peningkatan kognitif memerlukan bahan makanan yang dikenali sebagai Omega-3. Omega-3 merupakan kelas makanan asid lemak yang lazimnya didapati dari ikan serta minyak zaitun. Majalah Life Enhancement menerusi satu artikelnya bertajuk ‘Omega-3 Fatty Acid Improve Cognitive Fuction’ bertarikh Jun 2013 menyatakan bahawa peningkatan usia membawa kesan terhadap memori serta fungsi otak serta Omega-3 dapat membantu meningkatkan fungsi kognitif manusia melalui penghasilan docosahexaenoic acid atau DHA.Selain itu, fungsi Omega-3 yang lain yang boleh  dianggap bonus kepada pengamal Omega-3 termasuk:


  • Mengurangkan risiko penyakit  jantung dan strok
  • Memperbaiki beberapa penyakit autoimun berkaitan buah pinggang
  • Mengurangkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara
  • Mengurangkan symptom artritis
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Membantu para pelajar untuk lebih fokus dalam pelajaran

Bunyinya seperti bonus 'all in one' kepada pelajar atau mereka yang sangat mementingkan kesihatan dan kecergasan badan serta minda.

** Kredit to : En. Mohd Fahmi Mohd Yusof

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383