Ahad, 28 September 2014

Tips Atasi Mabuk dan Loya ketika Hamil

Berita kehamilan menjadi saat yang paling dinantikan bagi pasangan yang berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarga. Menurut kajian, 8 per 10 daripada wanita yang hamil akan mengalami rasa loya dan mabuk sepanjang tiga bulan pertama kehamilan mereka. 

Namun ada juga  wanita yang hamil tanpa sebarang alahan. Cemburu juga dibuatnya kan? Saya pernah mengenali seorang teman yang mabuk teruk dari awal hingga ke hujung kehamilan. Ini menyebabkan beliau lemah dan tidak berdaya sehingga memaksa beliau mengambil cuti tanpa gaji kerana tidak mampu untuk menjalankan tugas dengan baik. Kasihan juga saya melihatnya.


Apakah Cara yang Sesuai untuk Atasi Mabuk ketika Hamil?

Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna bagi mereka yang menghadapi masalah mabuk ketika hamil :

  • Makan makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap.
  • Amalkan makanan yang yang membantu untuk mencegah muntah seperti protein, keju, susu, buah-buahan, mentega kacang, biskut kraker dan sebagainya.
  • Makan buah-buahan yang masam tetapi elakkan pengambilan yang berlebihan kerana ia memberikan kesan yang kurang elok jika anda mempunyai gastrik.
  • Elakkan makanan yang boleh mencetuskan rasa nak muntah seperti makanan berminyak, berkafein serta makanan yang manis seperti kek, coklat dan sebagainya.
  • Jauhkan diri daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan dan boleh menyebabkan anda muntah.
  • Cuba tarik nafas dalam-dalam, mungkin ia boleh membantu masalah loya anda.
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa untuk menyejukkan badan dan mengelakkan rasa loya daripada berlarutan.
  • Jika sudah tak mampu menahan rasa loya, tidur adalah jawapan terbaik.
  • Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau pun sebelum tidur.
  • Amalkan menambahkan halia dalam menu harian anda. Pasti melegakan rasa mual yang tidak berkesudahan itu.



  • Sekiranya tips-tips di atas kurang berkesan, mungkin anda boleh mencuba vitamin/ suplemen khas untuk mengatasi mabuk ketika hamil seperti B Complex (mengandungi vitamin B6 yang berkesan untuk mengurangkan rasa mual) dan Peppermint Ginger Plus.

  • Pastikan anda minum air cukup 3 liter bagi mengelakkan kekurangan bendalir dalam badan yang hilang dan mengelakkan masalah sembelit yang serius. Jika tak mampu nak minum air, mungkin Performance drink boleh membantu untuk 'lock' cecair dalam badan dan mengelakkan kekeringan yang serius.
  • Berjumpalah doktor sekiranya keadaan anda semakin serius.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


0 comments:

Catat Ulasan