Isnin, 17 Februari 2014

Suplemen Shaklee Bantu Kurangkan Demam Denggi

Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih berbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari  virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. 
Fakta tentang denggi sungguh menggerunkan! Sekarang ini sesiapa sahaja pun boleh mendapat risiko terkena denggi. Jika dah terkena denggi, kena cepat-cepat dapatkan rawatan di hospital. Kalau terlambat, risau juga takut ada yang sampai kehilangan nyawa. Nauzubillahuminzalik...

Kali ini saya nak share, suplemen yang digunakan oleh seorang saudara saya yang terkena denggi pada bulan lepas. Saya membekalkan Performance DrinkVita-Lea dan Nutriferon kepada beliau untuk meningkatkan tenaga dan mengelakkan keletihan terlampau akibat demam denggi.

Secara asasnya : 
Performance Drink bertindak untuk mengelakkan daripada badan kekeringan akibat dehidrasi. Ia juga mampu mengurangkan panas pada badan akibat demam. Performance mengandungi formula karbohidrat Shaklee yang unik iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga terus-menerus tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

Nutriferon pula bertindak untuk mengukuhkan sistem imuniti dalam masa 3 hari. Jadi, apabila sistem pertahanan badan dah kuat, maka simptom demam denggi dapat dikurangkan. Nutriferon juga mampu bertindak untuk mengurangkan kelesuan, serta membantu untuk melindungi badan daripada mendapat influenza.

Vita-Lea pula bertindak untuk membaiki sel-sel darah merah dengan lebih baik. Apabila antibiotik tak dapat berfungsi dengan baik, insya Allah Vita-Lea boleh membantu untuk memulihkan tahap kesihatan individu yang mendapat denggi.

Sekiranya terdapat ahli keluarga kita yang mengalami demam yang berlanjutan lebih daripada 3 hari, segeralah berjumpa doktor dan dapatkan rawatan lanjut di klinik. Tindakan yang cepat boleh menyelamatkan nyawa orang yang anda sayang. Insya Allah :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



1 comments:

  1. Semakin hari semakin meningkat kes Denggi ni, harap pihak berkuasa tangani la masalah ini secara lebih aggerasif lagi.

    BalasPadam