Jumaat, 31 Januari 2014

Promosi bulan Februari 2014 : Vita-Lea Iron Formula

Assalamualaikum w.b.t..
Apa khabar semua pembaca kesayangan saya hari ini? Masih dalam mood bercuti? Ada rahsia saya nak kongsi kat sini :-) Dalam pada saya dok berteka-teki tentang produk apa yang akan Shaklee berikan harga promo pada bulan ini, tiba-tiba saya mendapat SMS cinta berbunyi begini

RM0.00 Shaklee : Feb'14 Promotion Buy 6 Free 1: Vita-Lea Iron Formula (OOP190) DN 426,138UV.

Buat pengetahuan semua pembaca, setiap bulan Shaklee akan memilih satu produk tertentu sebagai promosi. Apa yang uniknya, produk yang bakal menjadi promo pada bulan-bulan depan adalah dirahsiakan. Macam Vita-Lea, ini adalah kali pertama promo semenjak saya menjadi Shaklee Independent Distributor lebih setahun yang lalu.



Sepintas lalu mengenai Vita-Lea Iron Formula. Ia merupakan vitamin yang pertama dicipta di dunia. Perkataan vitamin juga adalah singkatan daripada 'vitalized mineral' yang ditemui oleh Dr. Forrest Shaklee pada tahun 1915! Tahun ini dah genap 99 tahun Vita-Lea berada di pasaran. Sebelum terciptanya produk-produk lain, Shaklee hanya menjual Vita-Lea sahaja selama bertahun-tahun lamanya. Dan ia mendapat sambutan hangat kerana mampu memenuhi keperluan masyarakat di Amerika Syarikat untuk hidup lebih sihat pada zaman itu.

Di link ini saya sertakan kebaikan Vite-Lea yang tak patut anda lepaskan. Jadi, hubungi saya segera untuk mendapatkan Vita-Lea Iron Formula yang best ni. Vita-Lea sangat sesuai kepada mereka yang tak suka telan pil banyak-banyak. Cukup hanya 1-2 tablet, ia sudah mampu memenuhi keperluan tubuh anda.

Jangan tunggu lama-lama, rugi tau jika anda tak cuba.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Shaklee Turunkan Harga?

Assalamualaikum w.b.t...

Sebentar tadi saya dikejutkan dengan berita gempak yang diumumkan oleh PM Shareeza, super2 upline saya. Macam tak percaya, tapi inilah realiti dan hakikat yang terpaksa kita terima..hehe bajet suspen jek..Sebenarnya, saya tumpang gembira dengan tuah mereka yang tinggal di Sabah Sarawak. Bertuah betul mereka yang tinggal di sana kerana bermula 1 Februari 2014, harga vitamin Shaklee di Malaysia Timur akan dikurangkan setanding dengan harga semua vitamin di Semenanjung Malaysia...



Di saat kebanyakan kos sara hidup yang kian meningkat, Shaklee telah bermurah hati untuk menurunkan harga vitamin pula. Alhamdulillah, rezeki buat mereka yang berada di Sabah & Sarawak. Semoga lebih ramai lagi yang akan mendapat manfaat daripada vitamin semula jadi yang betul-betul berkesan ini. Insya ALLAH.

Apa tunggu lagi warga Sabahan & Sarawakian, kini tibalah masanya untuk anda mencuba vitamin Shaklee. Kepada mereka yang berminat untuk menjadi ahli pula, sangat-sangatlah dialu-alukan. Jadilah sebahagian daripada warga 'JUTAWAN' yang kini dah lebih 12,000 keahlian di seluruh Malaysia. Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Rabu, 29 Januari 2014

Promosi Set yang ada Alfalfa!

Salam sayang buat semua pembaca setia VitamineShoppe..hari ini merupakan hari terakhir persekolahan sempena cuti Tahun Baru Cina 2014. Jadi, sebelum saya bercuti tak hengat dunia, kali ini saya nak berkongsi tentang set-set yang best sepanjang bulan Januari 2014 ni. Sudah semestinya set-set ini mengandungi ALFALFA  COMPLEX yang digelar raja segala tumbuhan itu. 



Set yang terlibat dengan promosi harga runtuh untuk bulan ini : 
  • SET SLIMMING BAJET : ALFALFA COMPLEX + LECITHIN
  • SET SLIMMING : ALFALFA COMPLEX + LECITHIN + OMEGA GUARD
  • SET SLIMMING OPTIMUM : ALFALFA COMPLEX + LECITHIN + OMEGA GUARD+ ESP @ CINCH SHAKE
  • SET MENYUSU BAJET : ALFALFA COMPLEX + ESP
  • SET MENYUSU OPTIMUM (3M) : ALFALFA COMPLEX + B COMPLEX + VITA-LEA + VIT C SR + ESP + OSTEMATRIX
  • SET KEINTIMAN SUAMI ISTERI : ALFALFA COMPLEX + VITAMIN E COMPLEX
  • SET KECANTIKAN BAJET : ALFALFA COMPLEX + VITAMIN C SR
  • SET UNTUK DETOX @ HILANGKAN BAU BADAN : ALFALFA COMPLEX + HERB LAX
  • SET UNTUK TULANG KUAT : ALFALFA COMPLEX + OSTEMATRIX
Alahai, bermacam-macam set yang boleh digandingkan dengan Alfalfa Complex ni...semua set ini boleh didapati melalui saya . Promosi tinggal dua hari saja lagi. Dengar-dengarnya, stok alfalfa sudah mula menyusut di warehouse Shaklee. Jadi, kepada yang belum pernah merasa kehebatan Alfalfa ni, silalah ambil peluang sempena promo  ni sebelum stok betul-betul kehabisan. Kalau terlambat, tak dapatlah den nak tolong. 1hb Februari nanti, promosi bakal tamat tau.
Hubungi saya untuk dapatkan set vitamin idaman anda sekarang!

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com |SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Selasa, 28 Januari 2014

Vitamin Shaklee untuk Lelaki tampil Hebat

Assalamualaikum...kali ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang kepentingan vitamin untuk lelaki. Jika sebelum ini, 80-90% daripada pelanggan saya adalah wanita, tetapi ada juga kaum lelaki yang berminat untuk mencuba vitamin demi menjaga kesihatan tubuh badan mereka. Alhamdulillah. Ini menunjukkan bahawa kaum lelaki yang sering dilabelkan dengan sikap acuh tak acuh dalam perihal menjaga kesihatan mereka, telah mula sedar akan kepentingan vitamin dalam hidup mereka. Semoga lebih ramai insan bergelar lelaki akan sedar tentang kepentingan pengambilan vitamin setiap hari. 

Apa yang lebih menggembirakan saya ialah, suami saya sendiri telah menunjukkan minat untuk mengamalkan suplemen. Sebagai permulaan, saya hanya bekalkan Omega Guard dan Zinc Complex untuk beliau. Itu pun, suami saya mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk menghabiskan vitamin tersebut. Berbuih mulut saya berpesan supaya makan vitamin dengan konsisten setiap hari. Tapi, setelah beliau dapat merasai kebaikan daripada vitamin tersebut, sekarang beliau akan ingatkan saya awal-awal untuk re-stock sebelum suplemen beliau kehabisan...hehehee...kan dah cakap :-)

Di sini saya nak tampal satu kajian yang dilakukan oleh Prof. Datuk Dr. Khalid Yusof : 

"Purata jangka hayat lelaki di Malaysia pada tahun 2010 adalah 71.9 tahun berbanding wanita 77 tahun.Satu kajian empirikal mendapati purata jangka hayat lelaki di Malaysia lebih pendek daripada wanita dengan perbezaan kini sehingga tujuh tahun.Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr. Khalid Yusof berkata, golongan wanita mampu mencapai usia sehingga 79 tahun berbanding lelaki hanya setakat 72 tahun.

Apakah punca jangka hayat usia lelaki lebih pendek? 

  1. Kegagalan kaum lelaki mengamalkan gaya hidup sihat sehingga mudah terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit.
  2. Golongan lelaki lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, strok, buah pinggang, diabetes dan kanser.
  3. Kurangnya penjagaan kesihatan kerana lebih mementingkan urusan kerja turut mengakibatkan kaum lelaki lebih berisiko diserang penyakit berbanding kaum wanita

Saya berminat untuk mencuba vitamin Shaklee. Jadi produk manakah yang paling sesuai untuk lelaki macho seperti saya?

Vitamin Shaklee untuk lelaki mempunyai dua pilihan iaitu Set Optimum dan 
Set untuk Lelaki.

Set Optimum


atau 

Set untuk Lelaki

Semoga lebih ramai kaum lelaki yang memilih untuk mengamalkan suplemen. Pilihlah vitamin Omega Guard, Zinc Complex dan Vitamin E Complex   khas untuk anda.

Jika berminat untuk menghadiahkan suami dengan set ini, hubungi saya segera untuk tempahan.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Ahad, 26 Januari 2014

Produk Penjagaan Rambut Shaklee Prosante ~ Bantu Selesaikan Masalah Rambut Gugur

Assalamualaikum..salam ceria buat semua.. Semalam saya berkesempatan untuk menggunakan rangkaian syampu keluaran Shaklee iaitu Prosante ( Purifying Shampoo, Replenishing Conditioner dan Nourishing Scalp Treatment). Selepas menggunakannya, saya betul-betul berpuas hati kerana rambut terasa sangat lembut dan licin. Selain itu, Nourishing Scalp Treatment sangat membantu untuk melegakan kulit kepala kerana ia memberikan rasa dingin dan nyaman. Sakit kepala yang muncul akibat cuaca panas pun boleh dikurangkan dengan Nourishing Scalp Treatment ni..Alhamdulillah. Sungguh selesa dibuatnya tau..
Kalau boleh, hari-hari pun saya nak pakai syampu ni...hehe...over la pulak nak bersyampu setiap hari. 




Set penjagaan rambut Shaklee yang dikenali sebagai ProSante adalah bebas kimia, dan selamat untuk digunakan.


#1 - Long Lasting Finishing Spray 
 

  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.

#2 - Revitalizing Shampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.
#3 - Purifying Shampoo
  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.

#4 - Replenishing Conditioner
  • Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi
 #5 - Lightweight Conditioner
  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat,sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus 

#6 - Nourishing Scalp Treatment 

Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak
Perbezaan Shaklee

ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Banyak Sangat Set Prosante, Jadi Yang Mana Satu Saya Perlukan?  
Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
1.Revitalizing Shampoo
2.Lightweight Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment
(note : set ni boleh digunakan secara harian)

 Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur(juga boleh untuk rambut gugur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak) anda boleh gunakan set berikut:
1.Purifying Shampoo
2.Replenishing Conditioner
3.Nourishing Scalp Treatment
(note : set ni utk kegunaan 1-2x seminggu..bukan harian)

Jom Suburkan Rambut Anda!
Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan. Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
  • Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut;
  • Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan
  • Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
  • Dan juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.

Kajian klinikal bebas menunjukkan bahawa dengan penggunaan sistem Produk ProSanté yang berterusan, faedah berikut dapat diperolehi:


Sekiranya anda mempunyai masalah rambut gugur atau pun berkelumumur, jangan tunggu lagi untuk mendapatkan set penjagaan rambut Shaklee, Prosante. Selesaikan masalah rambut anda segera dengan produk yang selamat tanpa bahan kimia berbahaya.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392
Shaklee ID : 891221

Khamis, 23 Januari 2014

Saya Tak Sabar Nak Order Vitamin Shaklee!

Salam ceria buat semua pembaca yang dirahmati Allah...Saya yakin dan percaya bahawa vitamin Shaklee makin dikenali dan mula menjadi perhatian ramai. Kalau tak, masakan kami terpaksa menunggu kemunculan vitamin C Sustain Released yang 'sold out' selama setahun. Memandangkan semakin ramai yang berminat untuk mencuba vitamin Shaklee, jadi di sini saya ingin kongsikan cara-cara untuk dapatkan produk yang terbukti semula jadi, selamat dan berkesan ini.


Sebenarnya senang je nak order vitamin Shaklee ni tau :-) Antaranya adalah melalui :
* SMS atau Whatsapp saya di talian : 017-943 8392
* Boleh juga emelkan kepada saya di sini : kerengge83@gmail.com
* Hubungi saya melalui PM di FB : June Mohd

Setelah order, anda bolehlah membuat bayaran ke akaun di bawah : 
* CIMB : 13030033196520
*MAYBANK : 163046244924

Tapi sebelum proceed proses pembayaran, sila pastikan nama yang tertera adalah Junainah Mohamed tau :-)
     
Kalau dah ikut semua step tu Insya Allah order akan diproses secepat mungkin. Proses penghantaran pula akan mengambil masa lebih kurang 3-4 hari bekerja. Caj penghantaran akan dikenakan RM 10.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 20.00 untuk Sabah dan Sarawak. 

      Untuk COD (Cash On Delivery) pula kita ada menyediakan
perkhidmatan delivery disekitar Gua Musang, Felda Paloh dan Felda Chiku. Untuk urusan penghantaran Caj RM 10 Juga dikenakan.Sampai depan mata tu dan terus boleh makan vitamin pada hari yang sama ;-) Dan COD adalah mengikut tempat dan masa yang ditetapkan oleh pihak kami. 

      Jika anda tinggal berhampiran dengan cawangan kami & berhajat nak beli vitamin Shaklee sendiri, anda boleh juga menggunakan ID saya untuk mendapatkan harga alhi 891221 atas nama saya, Junainah Mohamed. 



Selamat mencuba!

Rabu, 22 Januari 2014

Vitamin penting untuk Rambut Lebat dan Cantik

Vitamin untuk Rambut Lebat dan Sihat

Rambut gugur boleh mendatangkan rasa rimas dan rendah diri kepada mereka yang mengalaminya. Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan dengan segera, ia boleh mengakibatkan kebotakan. Apakah punca sebenar rambut gugur ye? Selain daripada tekanan dan pencemaran, salah satu punca utama keguguran rambut adalah akibat kekurangan vitamin. Biasanya, orang yang mengalami keguguran rambut juga mengalami kekurangan vitamin yang agak serius dalam diet mereka. Agak-agaknya apalah vitamin yang kurang dalam pemakanan harian kita yang menyebabkan keguguran rambut kan?




Contoh vitamin yang Penting untuk Rambut


1. Biotin (Vitamin-H) 
Vitamin yang paling popular yang membantu keguguran rambut adalah Biotin atau vitamin H. Biotin adalah sebahagian daripada keluarga B kompleks dan telah terbukti untuk menghalang keguguran rambut. Satu lagi faedah Biotin adalah bahawa ia mencegah rambut kelabu. Vitamin ini adalah dalam susu, yis dan kuning telur.

2. IRON (ZAT BESI)
Kekurangan zat besi dalam badan bukan sahaja menyebabkan anemia, tetapi ia juga menyumbang kepada keguguran rambut. Orang yang mempunyai kekurangan zat besi dan rambut gugur perlu meningkatkan pengambilan zat besi dalam pemakanan harian mereka. Ini perlu, kerana zat besi boleh membuat perubahan yang ketara dalam pertumbuhan rambut.

3. VITAMIN-B
Vitamin B kompleks juga membantu dalam mengatasi masalah keguguran rambut kerana iamenguatkan folikel rambut - menjadikan ia kurang terdedah kepada kerosakan dan kehilangan rambut. Pemakanan yang kaya dengan kandungan vitamin B akan meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Membantu mengurangkan tekanan yang kita alami setiap hari.


4. ZINC
Zink banyak terdapat dalam daging merah, yang membantu mengatasi sebarang masalah kulit kepala (berkelemumur). Satu lagi faedah pengambilan zink ialah ia meningkatkan kehidupan seks anda. Jadi ia menjamin bukan sahaja rambut yang cantik tetapi ‘saat’ yang indah ketika bersama. 

5. ANTI-OXIDANTS
Anti-oksidan, yang lebih dikenali sebagai Vitamin A, C dan E biasanya diambil untuk mempunyaikulit yang cantik. Tetapi adakah anda tahu bahawa selain daripada memberi anda kulit yang bersih dan mulus, ia menghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut denganmengepam keluar toksin dalam badan dan meningkatkan sistem imun anda.

6. PROTEIN
Protein merupakan satu lagi komponen penting rambut. Sebenarnya, 90% struktur rambut dikomposisikan oleh protein. Bersama dengan vitamin B kompleks, protein juga sebenarnya adalah ramuan yang biasa terdapat di dalam syampu, perapi syampu dan  dalam rawatan rambut.Protein juga merupakan salah satu sebab yang menjadikan rambut kuat dan tahan daripada kerosakan.

7. PANTOTHENIC ACID
Asid Pantothenic adalah penting untuk kesihatan kulit kepala. Ia juga merupakan salah satu komponen utama sel-sel dalam badan dan membantu dalam penukaran makanan kepada tenaga.Folikel rambut mula gugur disebabkan oleh kekurangan nutrien ini di dalam badan kita - ia jugamengakibatkan sembelit dan penyakit yang lain.

Nah! Itu dia senarai jenis vitamin yang boleh membantu mengatasi masalah rambut , tak kiralah rambut gugur ke, rambut bercabang ke, masalah kulit kepala berkelemumur ke..etc..etc..Rambut yang cantik adalah idaman setiap orang. Jadi, jika anda mengalami keguguran rambut atau mana-mana masalah rambut atau kulit kepala, cuba kesan apa yang kurang  dalam diet anda. Pilihan di tangan anda untuk memilih makan terlalu banyak atau terlalu sedikit untuk memastikan sistem badan anda berfungsi dengan betul. Jika anda boleh berbelanja besar untuk rawatan keguguran rambut (termasuk syampu dan perapi, pelembap dan lain-lain), tetapi tanpa pemakanan (yang mengandungi nutrisi) yang betul semuanya adalah membazir. Renung-renungkan! 
(sumber:rafaliah.blogspot.com)


Tak mahu rambut gugur berterusan? Hubungi saya untuk dapatkan vitamin untuk rambut Shaklee sekarang ;-) Fast action, fast result Insya ALLAH.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 21 Januari 2014

Testimoni : Vitamin untuk Tambah Berat Badan

Selama ini kita seringkali dipaparkan dengan iklan kuruskan berat badan sehingga kita terlupa bahawa masih ada insan yang kurus dan ingin menambahkan berat badan mereka. Perkongsian kali ini adalah tentang testimoni seorang ibu yang sangat gembira kerana berjaya menaikkan berat badan dengan Shaklee. Alhamdulillah, saya tumpang gembira untuk beliau :-)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Testimoni Berat Badan Bertambah dengan Shaklee ( Meal Shakes, B Complex dan Vita-lea )

Salam semua...


Sekadar nak berkongsi...saya sejak anak dara lagi berat saya tak pernah cecah 40kg...makan la banyak mana pun memang berat akan maintain 36-37kg je...dah kahwin pun sama jugak...pregnant baru la dapat cecah sehingga 50kg...then lepas pantang turun balik ke berat asal...sampaikan nurse2 kat Klinik Kesihatan marah2 la suruh makan banyak skit hehe...tapi dah tak tau nak buat camna lagi dah nak bagi berat naik skit...

Saya register ahli Shaklee untuk tujuan utama saya nak tambah susu bdn nak BF anak lelaki saya yang dah cecah setahun...namun selain dapat tambah susu bdn...tujuan saya ialah nak tambah berat badan...Alhamdulillah dengan izin Allah menjadi dan saya sangat puashati...xde la pipi nmpk tulang pipi je.. 

Naik berat badan tak bermaksud gemuk ye...tapi shape your body dan built muscle 

saya
28/10/2013 - berat asal 36-37kg
28/11/2013 - berat naik 38kg
14/12/2013 - berat naik 38.6kg
11/1/2014 - berat naik 39.3kg
total kenaikan - 2kg ++
Target berat Ideal lagi 8kg

suami
berat asal 53kg
14/2/2013 - berat naik 54kg
11/1/2014 - berat naik 55kg
total kenaikan - 2kg




Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada mereka yang nak tambah berat badan. Insya Allah. Tak sabar nak dapatkan set tambah berat badan? Hubungi saya dengan segera untuk dapatkan set ini dengan segera.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Isnin, 20 Januari 2014

15 sebab Manusia perlukan Vitamin untuk Kekal Sihat

Zaman moden sekarang ni semua nak cepat. Sehinggakan untuk mengisi perut pun ramai yang memilih makanan segera. Makanan segera yang kita pilih memanglah cepat dan mengenyangkan, tetapi untuk jangka masa panjang banyak pula 'side effect' yang terpaksa kita tanggung. Dari segi khasiat pula sudah tentulah zat dalam makanan segera telah berkurangan. Kalau makanan yang masuk ke perut kita pun sudah berkurangan khasiatnya, macam mana kita nak hidup sihat dan bertenaga sepanjang hari? Apabila badan penat, macam-macam boleh terjadi. Jadi, kali ini saya ingin kongsikan sebab-sebab manusia perlukan vitamin.



1.Penghadaman makanan yang tidak sempurna

Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang agak cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.


2. Pemakanan dan peminuman

Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.


3. Pengambilan alkohol

Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin, asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.


4. Merokok

Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan bersamaan dengan 30mg vitamin C.


5. Pengambilan julap

Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat - waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin A dan E.


6. Proses pemasakan


Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.


7. Makanan yang diproses

Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.




8. Pengambilan antibiotik

Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.


9. Sakit

Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C yang lebih banyak.


10. Tekanan

Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).


11. PMT (Pre-Menstrual Syndrome)

Tanda-tanda seperti sakit kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.


12. Mengandung

Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A, D, E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dam phosporus.


13. Kurang pendedahan pada cahaya matahari

Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma kalsium.


14. Buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam dengan menggunakan baja dan racun

Jadi ia kurang selamat untuk dimakan. Khasiat buah dan sayuran itu sendiri telah berkurangan.



15. Pengambilan pil dan ubat-ubatan kimia boleh mengganggu penyerapan vitamin
sumber 


Sekiranya anda melalui pengalaman seperti di atas, itu tandanya badan anda memerlukan vitamin yang diproses secara semula jadi seperti Shaklee. Tahukah anda, proses pembuatan vitamin Shaklee adalah 100% semula jadi dan tidak ada penggunaan baja kimia semasa proses penanaman dilakukan. Elakkan diri anda daripada terbeli vitamin sintetik yang berlambak di pasaran. Buatlah pilihan yang bijak kerana anda merupakan pewaris generasi akan datang.

Shaklee bukan sekadar claim produk mereka semula jadi, tetapi ia telah melalui beribu-ribu ujian klinikal bagi menentukan bahawa ia benar-benar selamat sebelum dilepaskan ke pasaran. Jadi, sebagai pengguna saya benar-benar yakin akan ia benar-benar selamat untuk digunakan.

Jika anda sedang mencari suplemen untuk kesihatan diri dan keluarga, SHAKLEE adalah jawapannya. Insya ALLAH ia mampu memperbaiki tahap kesihatan anda sekeluarga :-)

~ Kesihatan anda, tanggung jawab anda. Usah gadaikan kesihatan anda akibat salah pilih suplemen~

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

Ahad, 19 Januari 2014

Punca Susu Badan Berkurangan

Terdapat banyak punca yang boleh mengurangkan pengeluaran susu badan. Tapi malangnya, ramai ibu yang awal-awal lagi dah mengatakan bahawa mereka tidak ada susu sedangkan mereka tidak begitu memahami dan mendalami ilmu penyusuan dengan sepenuhnya. Lantas, ibu-ibu tersebut mengambil jalan mudah untuk memberikan susu formula kepada bayi mereka. Saya amat terkilan apabila perkara sebegini terjadi. Tahukah anda, hanya kira-kira 2% ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya. 



Apakah puncanya?

Bagi kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif jadi bayi tidak memperoleh jumlah susu yang secukupnya. 

Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan hasilkan. Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:
  • mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan ; atau,
  • mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu;
  • bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau
  • terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.


Bagi beberapa wanita, masalah biologi atau fizikal seperti ketidakseimbangan hormon atau terdapat kecederaan buah dada atau pembedahan boleh menyebabkan bekalan susu mereka berkurangan. Walau bagaimanapun, oleh sebab penghasilan susu merupakan satu perlakuan yang penting, kebanyakan ibu yang mempunyai keadaan seperti ini mendapati mereka masih boleh menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi mereka. 

Selain itu, ada beberapa kesalahan harus diberi perhatian:
  1. JANGAN TUNGGU BREAST BENGKAK BARU PAM. Aktiviti mengepam itu sebenarnya yang merangsang susu, pam tu bukan semata-mata untuk keluarkan susu, tapi mengepam yang efisyen akan merangsang pengeluaran susu. Menunggu breast bengkak baru hendak menyusu atau mengepam adalah satu langkah terbaik untuk kurangkan susu badan kerana ia akan menghantar signal ke otak bahawa ‘tiada rangsangan, jadi tiada susu perlu dihasilkan’. Itulah sebabnya susu makin sikit.
  2. Susu badan tidak dirangsang oleh pemakanan sebaliknya rangsangan yang kita beri. Mesti kena banyakkan direct feeding dan pam sekerap mungkin.
  3. Jangan skip makan. Walaupun tak menyusu, kita mesti makan ikut waktu.
  4. Stress juga boleh mengganggu proses penghasilan susu badan. Tapi bagaimana ia berlaku? Stress adalah satu benda yang biasa dalam hidup kita kini.Semasa sedang sakit untuk melahirkan anak,ibu2 biasanya mengalami stress yang tinggi. Tanyalah mana2 ibu, bersalin memang stress, betul tak? Semasa kita stress, hormon kortisol dan norepinephrine dalam badan kita menjadi tinggi. Hormon2 inilah yang menyebabkan kita tertekan. Apabila bayi dah dilahirkan, hormon oxytocin akan merembes keluar. Kerana itulah selepas saja bayi lahir, kita akan rasa gembira, hilang semua sakit kerana hormon oxytocin telah menenggelamkan fungsi hormon2 penyebab stress tadi.
Oxytocin ni penting dalam penghasilan susu ibu kerana ia menyebabkan let down, atau ‘keluarnya’ susu dari breast. Jadi, kaitan stress dengan breastfeeding ni, apabila stress, hormon cortisol dan norepinephrine menjadi tinggi dan menghalang fungsi oxytocin. Tak hairanlah apabila stress, susu ibu menjadi kurang berbanding di saat ibu gembira.
Selain itu stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit kerana ia meninggikan adrenalin dalam darah sekaligus menaikkan paras glukos dalam darah.

Langkah memperbanyakkan pengeluaran susu badan :
  • Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu, dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan.
  • Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan puting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.
  • Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan"). Bekalan susu anda akan selaras apabila badan anda menyesuaikan diri dengan permintaan bayi anda. Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun.
  • Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah susu anda selepas setiap penyusuan. Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. Jika anda menyimpan susu ini dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang.

Semoga artikel ini dapat membantu ibu menyusu di luar sana. Menyusulah bayi dengan gembira pasti anda bangga dengan hasilnya! Insya Allah :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392




Jumaat, 17 Januari 2014

Vitamin sebabkan Saiz Bayi dalam Kandungan lebih Besar?

Seorang rakan yang hamil anak keenam, mengadu bahawa beliau mudah penat. Dua bulan lalu, beliau telah mengamalkan Vitalea untuk mengurangkan keletihan. Setelah makan Vitalea untuk beberapa ketika, beliau berasa lebih bertenaga dan cergas. Tapi, sekarang beliau telah berhenti makan multivitamin tersebut kerana mendapati saiz janin sedikit besar berbanding kandungan sebelum-sebelum ini. Sebenarnya, ramai di kalangan ibu-ibu hamil di luar sana yang masih takut nak makan vitamin kerana menganggap bahawa apabila mengamalkan vitamin semasa hamil akan menyebabkan saiz bayi yang besar dari usia kandungan. Ini akan menyebabkan proses bersalin menjadi lebih sukar dan yang paling menakutkan apabila ia terpaksa melibatkan pembedahan!



Tapi, benarkah saiz bayi akan menjadi besar apabila ibu hamil mengamalkan vitamin? Adakah ia mitos atau fakta? Jom kita lihat apa kata Dr Hamid Arshat, Pakar O&G.



"Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah untuk mencegah kurang darah sewaktu bersalin. Pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel2 baru untuk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA untuk sel2 otak bayi supaya bayi akan jadi anak pintar. Setelah bersalin pula, TERUSKANLAH makan supplemen2 tersebut untuk cepat pulihkan rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus-menerus hingga ke akhir hayat seseorang wanita."


So, ibu-ibu hamil diluar sana janganlah takut untuk mengamalkan vitamin semasa hamil..ia akan merugikan diri si ibu dan juga bayi yang dikandung kerana ibu mampu melahirkan bayi yang lebih sihat sekiranya mengamalkan suplemen yang sesuai semasa hamil.Bayi anda besar bukanlah kerana vitamin yang anda makan. Jom kita lihat antara penyebab bayi besar dari usia kandungan dan cara untuk mengelakkannya.

Antara penyebab bayi besar dari usia kandungan ialah:

  • Keturunan - ibubapa yang bersaiz besar berkemungkinan melahirkan bayi yang besar
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa hamil
  • Ibu yang mempunyai tahap gula tinggi semasa hamil - kencing manis


Cara untuk mengelakkan bayi besar dari usia kandungan:

  • Penjagaan dan pemakanan adalah sangat penting semasa hamil
  • Kesihatan ibu hamil perlu dipantau setiap bulan
  • Ibu perlu menjaga pemakanan - kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat, gula dan berlemak
  • Merawat sebarang penyakit yang dihidapi ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
  • Memantau pertumbuhan bayi setiap bulan


Ibu hamil perlu lebih rajin menjaga pemakanan dan mengamalkan supplemen tambahan kerana semasa hamil ibu-ibu memerlukan nutrien dan khasiat yang lebih dari biasa untuk melahirkan bayi yang sihat dan sempurna. Supplemen yang diambil adalah sangat penting dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Malahan Dr Hamid Arsat sendiri mencadangkan agar supplemen tambahan diamalkan terus-menerus hingga akhir hayat seorang wanita

CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG




1. VITA-LEA IRON FORMULA

  • Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Mengandungi Zat Besi yang membantu meningkatkan hemoglobin (HB) ke paras normal semasa hamil.
  • Mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.
  • Membantu perkembangan otot-otot ibu hamil dan bayi.
  • Mengurangkan risiko pramatang dan berat kelahiran yang rendah.

2. B-COMPLEX

  • Shaklee B-Complex ini dilengkapi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
  • Dapat membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, menstabilkan emosi dan anti stress.
  • Mencegah daripada kecacatan otak dan saraf tunjang bayi.
  • Melindungi ibu hamil daripada kanser dan strok.

3. VITAMIN C

  • Shaklee Sustained Release Vita-C unik kerana melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa  lima jam.
  • Pengambilan bersama Vita-Lea Iron Formula dapat meningkatkan penyerapan iron dalam.
  • Vitamin C juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi dan penyembuhan luka.
  • Mampu mengelakkan daripada gusi sensitif dan mudah berdarah kerana semasa hamil gusi akan menjadi lebih lembut berbanding biasa.

4. OSTEMATRIX

  • OsteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi.
  • Kandungan kalsium di dalam diet harian semasa hamil adalah sangat penting bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium sedia ada didalam tubuh anda.
  • Jika kalsium yang diambil oleh ibu tidak mencukupi, badan akan mengambil kalsium daripada tulang dan digunakan untuk perkembangan bayi.
  • Kalsium dapat membantu menghalang kekejangan otot yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.
  • Sangat membantu untuk melegakan masalah sembelit dalam kalangan wanita hamil.
5. Energising Soy Protein ( ESP )
  • Mengandungi protein yang penting untuk membina sel-sel baru yang lebih sihat.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan harian
  • Kulit bayi yang dilahirkan akan lebih halus dan cantik.
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.
  • Kesan 'stretch mark' semasa hamil juga akan cepat hilang selepas bersalin.

6. OMEGA GUARD ( Minyak Ikan Shaklee )

  • OmegaGuard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain.
  • Pengambilan OmegaGuard bagi ibu hamil hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 (trimester 2).
  • Pengambilan OmegaGuard sewaktu hamil dapat membantu pembentukan sel otak janin sejak dalam kandungan lagi.
  • Anak-anak yang ibunya mengamalkan Omega-3 sejak hamil mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan dan kemampuan berbicara dengan baik.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set kehamilan? Jangan tunggu lagi untuk hubungi saya sekarang.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392