Selasa, 25 Mac 2014

Masalah Wanita Selepas Bersalin : Kentut Faraj

Assalmualaikum.. Maafkan saya kerana berkongsi entry yang agak 'kurang sopan' ini. Mungkin ada dalam kalangan kita yang mengalami masalah sebegini. Jadi, saya terpanggil untuk berkongsi tentangnya di sini. Nak sebut pun malu sesangat...tapi untuk kepentingan semua kaum wanita di luar sana ( dan demi keharmonian rumah tangga mereka ) saya sanggup berkongsi tentang topik di atas dalam entry kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua :-)

Dah nama kentut...mesti berkait rapat dengan ANGIN. Dari mana datangnya angin? Kenapa keluar ikut faraj dan bukannya dubur?

Kerana....
Angin ini datangnya dari rahim.

Saya pilih aturcara LANGGAR PANTANG yang paling common pada ibu sehingga membuatkan mereka mengalami masalah kentut faraj selepas habis tempoh berpantang.

1. Minum banyak air kosong untuk tambah susu katanya. Sedangkan banyak resepi air herba yang boleh bantu tambahkan susu dalam masa yg sama elakkan urat ibu masuk angin; contohnya air Akar Herbanika NR. Paling tidak air rebusan kurma merah atau halba. Yang lain2 saya tak tahu.

2. Bersejuk. Kipas angin ditala ke muka. Kipas siling buka sampai lima. Tambah lagi air cond sampai beku kaki tangan. Alasan? Takut anak panas. Kelakar. Sebab apa? Sebab air ketuban dalam perut pun lebih kuran 36.7°C. Celah mana korang cakap bayi tak tahan panas?

3. Langgar pantang makan benda berangin...pun atas alasan nak tambah susu. Lobak putih, air sengkuang, bayam, soya boleh digantikan dengan jus pegaga, kurma merah, halba, dan pemakanan sunnah yang diamalkan secara istiqamah seperti susu kambing, habatus sauda, madu dan sebagainya dan saya dapat banyak feedback cakap ia benar2 membantu menambahkan susu.

4. Tidak amalkan pemakanan herba yang membantu menyihatkan urat rahim. Kuno, pahit, busuk antara alasan ubat herba digantikan dengan jus dan tablet2 vitamin. Bagi saya baik amalkan kedua2nya kerana urat di dalam badan akan lebih sihat dengan pemakanan herba, di mana dengan gabungan multivitamin dan jus2 ini, ia membantu memperelokkan keadaan kesihatan organ badan dan darah. Darah perlukan urat untuk bergerak dalam badan. Organ badan perlukan darah untuk "bernafas". Sayangnya...pemulihan urat tidak dijaga menyebabkan tiada win2 situation dalam badan antara organ badan, darah dan urat ini. 

5. Menggunakan rahim sebelum sembuh sepenuhnya. Urat2 yang sakit ini sangat2 memerlukan rehat akan tetapi ditekan dengan pelbagai aktiviti yang semakin membuatkan otot dan urat rahim tenat dan kendur. Ibu2 yang berjimak dalam tempoh 44 hari berpantang, yang rajin berjalan dan berdiri, mengangkat benda berat dan membuat kerja2 rumah yang extreme sebenarnya mengundang celaka pada badan sendiri. 

Ok....saya dah susunkn perkara2 yang menyebabkan berlakunya kentut faraj. Tetapi saya belum menerangkan apa yang berlaku sebenarnya sehingga terjadinya kentut faraj.

Urat2 rahim yang sudah dimasuki angin dan tidak dijaga ini akan menyebabkan faraj tidak sihat.

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya farajnya longgar. Bila bersama suami, dah x grip. Masa baru kawin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan berair.

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya urat faraj dah tak sihat macam dulu. So mulalah masalah kedinginan. Suami buat apapun, si isteri macam takde nafsu. Siap sound "cepat2lah sikit habisnya bang. Saya dah x larat dah ni"

Apabila wanita kentut faraj, rahimnya dah tak sihat. Keputihan mula melanda. Ada yang berbau ada yang berwarna. Masa tu suami nak dekat pun mula rasa loya.

Itulah dia apa dan mengapa berlakunya kentut faraj. 

Saya tak perlu kata lebih2. Kena ingat ya....yang keluar dari faraj kalian adalah bayi ye...bukan guli....

Mungkin dari luaran lepas dijahit boleh nampak cantik. Tp tak akan mampu kali tipu bila ada yang meleleh keluar dari rahim, atau ketika bersama suami mula rasa longgar, atau ketika faraj sudah mula keluar angin pus-pus.

Masa baru kawin pun sanggup tahan kentut. Baru anak pertama, siap kentut depan lagi bila bersama suami. Tetapi masalahnya...kentut ni jenis tak leh tahan. So tahan je lah malu tu ye.

Jgn ambil mudah.
Ini maruah kita. ~ Kredit : Mak Bidan Siti Aishah Confinement

1 comments: