Nampak Bersih Tapi Tidak Selamat!
Baru-baru ini bersungguh saya menerangkan kepada ibu untuk bertukar kepada sabun pencuci yang selamat dan mesra alam. Selama ini, ibu saya lebih gemarkan sabun pencuci yang berbau harum dan wangi tanpa mengira kesan sampingan yang mungkin timbul di kemudian hari. Jangan tak tahu, terdapat bahan kimia dalam sabun yang baunya lebih wangi berbanding pencuci yang diperbuat daripada sumber semulajadi. Sebenarnya, masyarakat Malaysia masih tidak begitu sedar tentang bahayanya penggunaan bahan pencuci sintetik kepada diri mereka mahu pun alam sekitar. Saya pun baru je ada kesedaran tentang ni, jadi saya nak berkongsi dengan anda semua :-)
Bahaya di rumah.
Kesan Pencuci Sintetik kepada Alam
Sejumlah 5.9 juta pembelian serbuk pencuci kain dilaporkan di Malaysia setiap tahun. Dari rekod pembelian ini, tidak kurang 6 juta liter bahan pencuci sintetik akan dilepaskan ke sungai-sungai. Disebabkan pencuci sintetik seperti BAS sukar dilupuskan dalam alam sekitar, maka penggumpulan bahan tersebut akan berlaku. Pencuci sintetik didapati boleh membunuh kehidupan akuatik pada kepekatan yang kecil di samping menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Menurut satu penyelidikan, pendedahan selama 6 jam sahaja sudah cukup untuk membunuh 70% hidupan akuatik. Kemusnahan sepenuhnya kehidupan akuatik akan menjejaskan ekosistem lain yang tergantung kepadanya sebagai sumber makanan.
Selain itu, pencuci sintetik juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel. Sekiranya ini terjadi maka kemungkinan sel-sel mutan ini berkembang dengan cepat untuk menghasilkan kanser.
Atas kesedaran inilah, maka kerajaan mengambil keputusan untuk mengharamkan bahan pencuci sintetik yang tidak mudah lupus dalam alam sekitar kepada bahan pencuci yang mudah terurai dalam alam sekitar.
Selain itu, pencuci sintetik juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel. Sekiranya ini terjadi maka kemungkinan sel-sel mutan ini berkembang dengan cepat untuk menghasilkan kanser.
Atas kesedaran inilah, maka kerajaan mengambil keputusan untuk mengharamkan bahan pencuci sintetik yang tidak mudah lupus dalam alam sekitar kepada bahan pencuci yang mudah terurai dalam alam sekitar.
Cara mengenalpasti pencuci sintetik
Perhatikan dengan teliti pada label kotak pencuci untuk mengelakkan daripada menggunakan pencuci sintetik. Selain daripada B.A.S. bahan-bahan tambahan lain yang terkandung dalam pencuci tersebut antaranya:-
- Flourescent. Tujuannya ialah untuk memutihkan pakaian supaya kelihatan bersih. Ia dipercayai boleh menyebabkan penyakit barah dan gangguan kesihatan lain.
- Fosfat merupakan pemukal yang biasa dimasukkan ke dalam pencuci sintetik sebagai agen menanggalkan kotoran. Ia dipercayai penyebab utama pencemaran air dan mempercepatkan pertumbuhan alga. Namun begitu penggunaannya telahpun diharamkan dan sebagai gantinya, zeolite pula digunakan.
- Silika dicampurkan ke dalam kebanyakan pencuci sintetik dengan tujuan melembutkan air dan ini akan meningkatkan keupayaan mencuci.
- Garam beralkali juga biasa dicampurkan, di antaranya; natrium karbonat, natrium silikat dan natrium metasilikat.
Kesan Peluntur Pakaian Kepada Manusia
Tahukah anda, bahan peluntur yang biasa kita gunakan untuk memutihkan baju sekolah anak-anak boleh mendatangkan kesan mudarat kepada mereka tanpa kita sedari? Tak kisahlah jenama apa sekali pun, bahan peluntur yang kita gunakan tu akan meninggalkan kesan racun kimia yang melekat kuat pada pada pakaian. Ia takkan hilang dengan mudah walaupun telah dibilas berkali-kali. Dan..... bahan inilah yang menjadi racun kerana ia boleh meresap masuk ke dalam liang roma ketika mereka berpeluh. Apa pula kesannya kepada anak-anak kita?
Kajian yang dilakukan oleh Persatuan Kanser Negara di Amerika Syarikat menunjukkan, sekitar tahun 2013 seramai satu per tiga (33%) daripada responden adalah pesakit kanser dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 50% menjelang tahun 2020. Fakta yang sungguh menakutkan!
Khas untuk kaum wanita, sila baca artikel ini : Bahan Kimia Penyebab Kanser Payu Dara
Maka dengan itu, saya memilih untuk menukar jenama pencuci kepada yang lebih selamat untuk saya dan keluarga. Lebih-lebih lagi semenjak ada anak ni, saya jadi lebih peka dan sensitif.
Kesihatan kita bergantung kepada apa yang kita makan dan apa yang kita gunakan setiap hari. Katakanlah, sabun pencuci pinggan yang kita gunakan tu diperbuat daripada bahan kimia, agak-agaknya selamat tak pinggan yang kita gunakan untuk menghidangkan makanan tu? Fikir-fikirkanlah....
Gambar sekadar hiasan
Kesihatan kita bergantung kepada apa yang kita makan dan apa yang kita gunakan setiap hari. Katakanlah, sabun pencuci pinggan yang kita gunakan tu diperbuat daripada bahan kimia, agak-agaknya selamat tak pinggan yang kita gunakan untuk menghidangkan makanan tu? Fikir-fikirkanlah....
Set pencuci yang selamat dan tahan berbulan-bulan lamanya. Inilah buah hati pengarang jantung saya kerana ia SANGAT memudahkan kerja-kerja mencuci di rumah :-)
P/S : Jika anak anda mudah atau kerap jatuh sakit tanpa sebab, mungkin anda boleh mula menyemak bahan pencuci yang anda gunakan di rumah. Belum terlambat untuk bertukar kepada produk yang lebih selamat.
Rujukan :
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)
Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221
kulit ema sensitif lebih-lebih lagi jari..kalau salah pakai pencuci... mesti akan rasa gatal..garu sampai luka.
BalasPadamAdoi...sakitnya kalau jari dah terluka...pedihnya bila terkena air kan ema...
Padam