Ahad, 19 Januari 2014

Punca Susu Badan Berkurangan

Terdapat banyak punca yang boleh mengurangkan pengeluaran susu badan. Tapi malangnya, ramai ibu yang awal-awal lagi dah mengatakan bahawa mereka tidak ada susu sedangkan mereka tidak begitu memahami dan mendalami ilmu penyusuan dengan sepenuhnya. Lantas, ibu-ibu tersebut mengambil jalan mudah untuk memberikan susu formula kepada bayi mereka. Saya amat terkilan apabila perkara sebegini terjadi. Tahukah anda, hanya kira-kira 2% ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya. 



Apakah puncanya?

Bagi kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif jadi bayi tidak memperoleh jumlah susu yang secukupnya. 

Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan hasilkan. Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:
  • mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan ; atau,
  • mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu;
  • bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau
  • terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.


Bagi beberapa wanita, masalah biologi atau fizikal seperti ketidakseimbangan hormon atau terdapat kecederaan buah dada atau pembedahan boleh menyebabkan bekalan susu mereka berkurangan. Walau bagaimanapun, oleh sebab penghasilan susu merupakan satu perlakuan yang penting, kebanyakan ibu yang mempunyai keadaan seperti ini mendapati mereka masih boleh menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi mereka. 

Selain itu, ada beberapa kesalahan harus diberi perhatian:
  1. JANGAN TUNGGU BREAST BENGKAK BARU PAM. Aktiviti mengepam itu sebenarnya yang merangsang susu, pam tu bukan semata-mata untuk keluarkan susu, tapi mengepam yang efisyen akan merangsang pengeluaran susu. Menunggu breast bengkak baru hendak menyusu atau mengepam adalah satu langkah terbaik untuk kurangkan susu badan kerana ia akan menghantar signal ke otak bahawa ‘tiada rangsangan, jadi tiada susu perlu dihasilkan’. Itulah sebabnya susu makin sikit.
  2. Susu badan tidak dirangsang oleh pemakanan sebaliknya rangsangan yang kita beri. Mesti kena banyakkan direct feeding dan pam sekerap mungkin.
  3. Jangan skip makan. Walaupun tak menyusu, kita mesti makan ikut waktu.
  4. Stress juga boleh mengganggu proses penghasilan susu badan. Tapi bagaimana ia berlaku? Stress adalah satu benda yang biasa dalam hidup kita kini.Semasa sedang sakit untuk melahirkan anak,ibu2 biasanya mengalami stress yang tinggi. Tanyalah mana2 ibu, bersalin memang stress, betul tak? Semasa kita stress, hormon kortisol dan norepinephrine dalam badan kita menjadi tinggi. Hormon2 inilah yang menyebabkan kita tertekan. Apabila bayi dah dilahirkan, hormon oxytocin akan merembes keluar. Kerana itulah selepas saja bayi lahir, kita akan rasa gembira, hilang semua sakit kerana hormon oxytocin telah menenggelamkan fungsi hormon2 penyebab stress tadi.
Oxytocin ni penting dalam penghasilan susu ibu kerana ia menyebabkan let down, atau ‘keluarnya’ susu dari breast. Jadi, kaitan stress dengan breastfeeding ni, apabila stress, hormon cortisol dan norepinephrine menjadi tinggi dan menghalang fungsi oxytocin. Tak hairanlah apabila stress, susu ibu menjadi kurang berbanding di saat ibu gembira.
Selain itu stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit kerana ia meninggikan adrenalin dalam darah sekaligus menaikkan paras glukos dalam darah.

Langkah memperbanyakkan pengeluaran susu badan :
  • Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu, dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan.
  • Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan puting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.
  • Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan"). Bekalan susu anda akan selaras apabila badan anda menyesuaikan diri dengan permintaan bayi anda. Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun.
  • Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah susu anda selepas setiap penyusuan. Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. Jika anda menyimpan susu ini dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang.

Semoga artikel ini dapat membantu ibu menyusu di luar sana. Menyusulah bayi dengan gembira pasti anda bangga dengan hasilnya! Insya Allah :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392




1 comments:

  1. salam...anda ada masalah susu badan berkurangan...
    baby asyik menanggis sebab kelaparan...kesian baby...
    mai whatsapp 0176607841 untuk selesaikan masalah anda...insyaallah produk ni akan membantu anda

    BalasPadam