Jumaat, 17 Januari 2014

Vitamin sebabkan Saiz Bayi dalam Kandungan lebih Besar?

Seorang rakan yang hamil anak keenam, mengadu bahawa beliau mudah penat. Dua bulan lalu, beliau telah mengamalkan Vitalea untuk mengurangkan keletihan. Setelah makan Vitalea untuk beberapa ketika, beliau berasa lebih bertenaga dan cergas. Tapi, sekarang beliau telah berhenti makan multivitamin tersebut kerana mendapati saiz janin sedikit besar berbanding kandungan sebelum-sebelum ini. Sebenarnya, ramai di kalangan ibu-ibu hamil di luar sana yang masih takut nak makan vitamin kerana menganggap bahawa apabila mengamalkan vitamin semasa hamil akan menyebabkan saiz bayi yang besar dari usia kandungan. Ini akan menyebabkan proses bersalin menjadi lebih sukar dan yang paling menakutkan apabila ia terpaksa melibatkan pembedahan!



Tapi, benarkah saiz bayi akan menjadi besar apabila ibu hamil mengamalkan vitamin? Adakah ia mitos atau fakta? Jom kita lihat apa kata Dr Hamid Arshat, Pakar O&G.



"Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah untuk mencegah kurang darah sewaktu bersalin. Pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel2 baru untuk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA untuk sel2 otak bayi supaya bayi akan jadi anak pintar. Setelah bersalin pula, TERUSKANLAH makan supplemen2 tersebut untuk cepat pulihkan rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus-menerus hingga ke akhir hayat seseorang wanita."


So, ibu-ibu hamil diluar sana janganlah takut untuk mengamalkan vitamin semasa hamil..ia akan merugikan diri si ibu dan juga bayi yang dikandung kerana ibu mampu melahirkan bayi yang lebih sihat sekiranya mengamalkan suplemen yang sesuai semasa hamil.Bayi anda besar bukanlah kerana vitamin yang anda makan. Jom kita lihat antara penyebab bayi besar dari usia kandungan dan cara untuk mengelakkannya.

Antara penyebab bayi besar dari usia kandungan ialah:

  • Keturunan - ibubapa yang bersaiz besar berkemungkinan melahirkan bayi yang besar
  • Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa hamil
  • Ibu yang mempunyai tahap gula tinggi semasa hamil - kencing manis


Cara untuk mengelakkan bayi besar dari usia kandungan:

  • Penjagaan dan pemakanan adalah sangat penting semasa hamil
  • Kesihatan ibu hamil perlu dipantau setiap bulan
  • Ibu perlu menjaga pemakanan - kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat, gula dan berlemak
  • Merawat sebarang penyakit yang dihidapi ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
  • Memantau pertumbuhan bayi setiap bulan


Ibu hamil perlu lebih rajin menjaga pemakanan dan mengamalkan supplemen tambahan kerana semasa hamil ibu-ibu memerlukan nutrien dan khasiat yang lebih dari biasa untuk melahirkan bayi yang sihat dan sempurna. Supplemen yang diambil adalah sangat penting dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Malahan Dr Hamid Arsat sendiri mencadangkan agar supplemen tambahan diamalkan terus-menerus hingga akhir hayat seorang wanita

CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU MENGANDUNG




1. VITA-LEA IRON FORMULA

  • Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Mengandungi Zat Besi yang membantu meningkatkan hemoglobin (HB) ke paras normal semasa hamil.
  • Mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.
  • Membantu perkembangan otot-otot ibu hamil dan bayi.
  • Mengurangkan risiko pramatang dan berat kelahiran yang rendah.

2. B-COMPLEX

  • Shaklee B-Complex ini dilengkapi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
  • Dapat membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, menstabilkan emosi dan anti stress.
  • Mencegah daripada kecacatan otak dan saraf tunjang bayi.
  • Melindungi ibu hamil daripada kanser dan strok.

3. VITAMIN C

  • Shaklee Sustained Release Vita-C unik kerana melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa  lima jam.
  • Pengambilan bersama Vita-Lea Iron Formula dapat meningkatkan penyerapan iron dalam.
  • Vitamin C juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi dan penyembuhan luka.
  • Mampu mengelakkan daripada gusi sensitif dan mudah berdarah kerana semasa hamil gusi akan menjadi lebih lembut berbanding biasa.

4. OSTEMATRIX

  • OsteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi.
  • Kandungan kalsium di dalam diet harian semasa hamil adalah sangat penting bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium sedia ada didalam tubuh anda.
  • Jika kalsium yang diambil oleh ibu tidak mencukupi, badan akan mengambil kalsium daripada tulang dan digunakan untuk perkembangan bayi.
  • Kalsium dapat membantu menghalang kekejangan otot yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.
  • Sangat membantu untuk melegakan masalah sembelit dalam kalangan wanita hamil.
5. Energising Soy Protein ( ESP )
  • Mengandungi protein yang penting untuk membina sel-sel baru yang lebih sihat.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan harian
  • Kulit bayi yang dilahirkan akan lebih halus dan cantik.
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.
  • Kesan 'stretch mark' semasa hamil juga akan cepat hilang selepas bersalin.

6. OMEGA GUARD ( Minyak Ikan Shaklee )

  • OmegaGuard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semula jadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain.
  • Pengambilan OmegaGuard bagi ibu hamil hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 (trimester 2).
  • Pengambilan OmegaGuard sewaktu hamil dapat membantu pembentukan sel otak janin sejak dalam kandungan lagi.
  • Anak-anak yang ibunya mengamalkan Omega-3 sejak hamil mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan dan kemampuan berbicara dengan baik.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set kehamilan? Jangan tunggu lagi untuk hubungi saya sekarang.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

0 comments:

Catat Ulasan