Memaparkan catatan dengan label elakkan susu kering semasa pantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label elakkan susu kering semasa pantang. Papar semua catatan

Ahad, 19 Januari 2014

Punca Susu Badan Berkurangan

Terdapat banyak punca yang boleh mengurangkan pengeluaran susu badan. Tapi malangnya, ramai ibu yang awal-awal lagi dah mengatakan bahawa mereka tidak ada susu sedangkan mereka tidak begitu memahami dan mendalami ilmu penyusuan dengan sepenuhnya. Lantas, ibu-ibu tersebut mengambil jalan mudah untuk memberikan susu formula kepada bayi mereka. Saya amat terkilan apabila perkara sebegini terjadi. Tahukah anda, hanya kira-kira 2% ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya. 



Apakah puncanya?

Bagi kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif jadi bayi tidak memperoleh jumlah susu yang secukupnya. 

Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan hasilkan. Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:
  • mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan ; atau,
  • mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu;
  • bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau
  • terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.


Bagi beberapa wanita, masalah biologi atau fizikal seperti ketidakseimbangan hormon atau terdapat kecederaan buah dada atau pembedahan boleh menyebabkan bekalan susu mereka berkurangan. Walau bagaimanapun, oleh sebab penghasilan susu merupakan satu perlakuan yang penting, kebanyakan ibu yang mempunyai keadaan seperti ini mendapati mereka masih boleh menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi mereka. 

Selain itu, ada beberapa kesalahan harus diberi perhatian:
  1. JANGAN TUNGGU BREAST BENGKAK BARU PAM. Aktiviti mengepam itu sebenarnya yang merangsang susu, pam tu bukan semata-mata untuk keluarkan susu, tapi mengepam yang efisyen akan merangsang pengeluaran susu. Menunggu breast bengkak baru hendak menyusu atau mengepam adalah satu langkah terbaik untuk kurangkan susu badan kerana ia akan menghantar signal ke otak bahawa ‘tiada rangsangan, jadi tiada susu perlu dihasilkan’. Itulah sebabnya susu makin sikit.
  2. Susu badan tidak dirangsang oleh pemakanan sebaliknya rangsangan yang kita beri. Mesti kena banyakkan direct feeding dan pam sekerap mungkin.
  3. Jangan skip makan. Walaupun tak menyusu, kita mesti makan ikut waktu.
  4. Stress juga boleh mengganggu proses penghasilan susu badan. Tapi bagaimana ia berlaku? Stress adalah satu benda yang biasa dalam hidup kita kini.Semasa sedang sakit untuk melahirkan anak,ibu2 biasanya mengalami stress yang tinggi. Tanyalah mana2 ibu, bersalin memang stress, betul tak? Semasa kita stress, hormon kortisol dan norepinephrine dalam badan kita menjadi tinggi. Hormon2 inilah yang menyebabkan kita tertekan. Apabila bayi dah dilahirkan, hormon oxytocin akan merembes keluar. Kerana itulah selepas saja bayi lahir, kita akan rasa gembira, hilang semua sakit kerana hormon oxytocin telah menenggelamkan fungsi hormon2 penyebab stress tadi.
Oxytocin ni penting dalam penghasilan susu ibu kerana ia menyebabkan let down, atau ‘keluarnya’ susu dari breast. Jadi, kaitan stress dengan breastfeeding ni, apabila stress, hormon cortisol dan norepinephrine menjadi tinggi dan menghalang fungsi oxytocin. Tak hairanlah apabila stress, susu ibu menjadi kurang berbanding di saat ibu gembira.
Selain itu stress boleh menyebabkan pelbagai penyakit kerana ia meninggikan adrenalin dalam darah sekaligus menaikkan paras glukos dalam darah.

Langkah memperbanyakkan pengeluaran susu badan :
  • Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu, dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan.
  • Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan puting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.
  • Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan"). Bekalan susu anda akan selaras apabila badan anda menyesuaikan diri dengan permintaan bayi anda. Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun.
  • Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah susu anda selepas setiap penyusuan. Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. Jika anda menyimpan susu ini dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang.

Semoga artikel ini dapat membantu ibu menyusu di luar sana. Menyusulah bayi dengan gembira pasti anda bangga dengan hasilnya! Insya Allah :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392




Rabu, 27 Mac 2013

Tips Elakkan Masalah Susu Kering Semasa Pantang





Alhamdulillah...kini telah ramai ibu yang memilih untuk menyusukan bayi mereka dengan susu badan sendiri...namun, adakalanya penghasilan susu badan yang tidak sebanyak mana agak mengecewakan....ibu- ibu hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan sebelum kelahiran bayi lagi..ini adalah untuk memastikan kita lebih bersedia untuk menangani masalah yang mungkin timbul selepas kelahiran bayi.. Di sini saya ingin kongsikan tips untuk mengelakkan susu badan berkurangan semasa dalam waktu pantang.



1) Fahami konsep perut bayi hanya sebesar guli di awal

   kelahiran.Memang cukup susu yang kita hasilkan walaupun
   
   tak memancut- mancut.

2) Fahami konsep bahawa susu ibu sangat mudah untuk 


  dihadam. Sebab itulah bayi cepat meminta susu dan kerap 

  sangat menyusu. Bukan bermakna susu anda tidak cukup 

  atau pun bayi tidak puas menyusu.

3)Fahami konsep 'supply and demand'. Bila bayi ingin


  menyusu, teruslah susukan bayi comel. Usahlah     

  bertangguh- tangguh. Selepas bayi selesai menyusu, pam 
  
  payudara untuk memastikan bahawa payudara anda 

  betul-betul kosong. Apabila payudara anda betul- betul 

  kosong, otak akan menerima signal untuk cepat- cepat 

  hasilkan susu semula.

4)Jika bayi yang baru lahir terus tidur (ni biasa fenomena 


  untuk bayi yang ibu ambil epidural semasa bersalin, atau 

  bayi yang terkena jaundice yang teruk), ibu perlu memerah 

  susu, dengan menggunakan kaedah Marmet. Kenapa 

  kaedah Marmet (perahan tangan) yang dicadangkan? 

  Salahkah jika susu diperah dengan menggunakan pam? 

  Kaedah Marmet dicadangkan kerana rangsangan terbaik 

  untuk payudara adalah yang pertama, dari bayi sendiri.    

  Kedua melalui kaedah Marmet (perahan tangan), ketiga 

  barulah menggunakan pam yang dibeli. Perah, simpan dan 

  susukan apabila bayi terjaga.

5) Jangan sesekali kenalkan bayi anda dengan susu formula. 


  Ia akan mengganggu rutin dan penerimaan bayi terhadap 

  susu ibu. Macam saya, saya tidak menyimpan susu formula 

  di rumah  untuk mengelakkan bayi diberi susu formula 

  apabila susu ibu dirasakan tidak berapa cukup untuk bayi. 

  Jangan lupa, perut bayi yang baru lahir, hanya sebesar biji 

  guli...wah, sangat kecil dan  comel bukan ;-)?

6) Jangan kenalkan botol susu terlalu awal. Kalau tak boleh 


  langsung nak susukan bayi secara direct, guna kaedah 

  "spoon feeding", iaitu kaedah memberi susu kepada bayi

  menggunakan sudu. Ini untuk mengelakkan "nipple 

  confusion".

7) Sentiasa bersyukur dengan susu badan yang 

 dihasilkan..tidak kira banyak atau sedikit, bersyukurlah pada

 Allah..nescaya hati anda lebih tenang dan susu akan 

 bertambah apabila anda tidak terlalu stress memikirkan stok 

 susu untuk bayi anda...


 Cubalah semua tips di atas...semoga ianya bermanfaat untuk

 ibu yang berniat untuk menyusukan bayi anda secara 

 eksklusif :-) Tahniah kerana telah membuat pilihan yang 

 terbaik untuk bayi comel anda..