Isnin, 20 Januari 2014

15 sebab Manusia perlukan Vitamin untuk Kekal Sihat

Zaman moden sekarang ni semua nak cepat. Sehinggakan untuk mengisi perut pun ramai yang memilih makanan segera. Makanan segera yang kita pilih memanglah cepat dan mengenyangkan, tetapi untuk jangka masa panjang banyak pula 'side effect' yang terpaksa kita tanggung. Dari segi khasiat pula sudah tentulah zat dalam makanan segera telah berkurangan. Kalau makanan yang masuk ke perut kita pun sudah berkurangan khasiatnya, macam mana kita nak hidup sihat dan bertenaga sepanjang hari? Apabila badan penat, macam-macam boleh terjadi. Jadi, kali ini saya ingin kongsikan sebab-sebab manusia perlukan vitamin.



1.Penghadaman makanan yang tidak sempurna

Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang agak cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang memakai gigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.


2. Pemakanan dan peminuman

Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.


3. Pengambilan alkohol

Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin, asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.


4. Merokok

Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan bersamaan dengan 30mg vitamin C.


5. Pengambilan julap

Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. Ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dengan cepat - waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yang lain menyebabkan kehilangan vitamin yang larut minyak seperti vitamin A dan E.


6. Proses pemasakan


Makanan yang dimasak dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.


7. Makanan yang diproses

Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandungannya bila ia dikeluarkan dari freezer.




8. Pengambilan antibiotik

Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.


9. Sakit

Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C yang lebih banyak.


10. Tekanan

Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (stress).


11. PMT (Pre-Menstrual Syndrome)

Tanda-tanda seperti sakit kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.


12. Mengandung

Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B (termasuk asid folik), A, D, E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dam phosporus.


13. Kurang pendedahan pada cahaya matahari

Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma kalsium.


14. Buah-buahan dan sayur-sayuran ditanam dengan menggunakan baja dan racun

Jadi ia kurang selamat untuk dimakan. Khasiat buah dan sayuran itu sendiri telah berkurangan.



15. Pengambilan pil dan ubat-ubatan kimia boleh mengganggu penyerapan vitamin
sumber 


Sekiranya anda melalui pengalaman seperti di atas, itu tandanya badan anda memerlukan vitamin yang diproses secara semula jadi seperti Shaklee. Tahukah anda, proses pembuatan vitamin Shaklee adalah 100% semula jadi dan tidak ada penggunaan baja kimia semasa proses penanaman dilakukan. Elakkan diri anda daripada terbeli vitamin sintetik yang berlambak di pasaran. Buatlah pilihan yang bijak kerana anda merupakan pewaris generasi akan datang.

Shaklee bukan sekadar claim produk mereka semula jadi, tetapi ia telah melalui beribu-ribu ujian klinikal bagi menentukan bahawa ia benar-benar selamat sebelum dilepaskan ke pasaran. Jadi, sebagai pengguna saya benar-benar yakin akan ia benar-benar selamat untuk digunakan.

Jika anda sedang mencari suplemen untuk kesihatan diri dan keluarga, SHAKLEE adalah jawapannya. Insya ALLAH ia mampu memperbaiki tahap kesihatan anda sekeluarga :-)

~ Kesihatan anda, tanggung jawab anda. Usah gadaikan kesihatan anda akibat salah pilih suplemen~

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

0 comments:

Catat Ulasan