Jumaat, 30 Ogos 2013

Testimoni Set Cantik...phewwwit!

Assalamualaikum dan salam kemerdekaan buat semua...hari ini cuti umum, jadi dapatlah saya berehat di rumah sambil update blog. Sambil tu layan perarakan kemerdekaan kat tv. Seumur hidup saya belum pernah lagi tengok Merdeka Celebration secara live...nak buat macam mana. kita bukan orang KL...hihihhh. Jauh pulak nak ke sana. Tak pe, layan TV pun dah cukup :-)

Jadi, seperti yang saya janjikan, hari ini saya nak berkongsi tentang testimoni set D atau set skincare Shaklee dengan korang semua :-) Tampil cantik, sape yang tak mau kan?? OK, kita layan gambar orang-orang yang dah makin cantik ni dulu ye...

TESTIMONI 1:
~ Adik ni dah sedia comel...bila kulit makin glowing, tak tau nak cakap apa lagi dah..

TESTIMONI 2:
~baru 12 hari dah nampak beza...kalau sebulan pasti lebih cun kan?hihihii....

TESTIMONI 3:
~ korang nampak beza tak gambar sebelum dan selepas? Kulit makin glowing & tak perlu nak mekap2 lagi dah...eee, seronoknya.


TESTIMONI 4:
~daripada seorang yang mempunyai masalah jerawat yang serius, pengguna ini berjaya mendapatkan kulit yang lcin dan halus seperti kulit baby....fuh! jelesnya.


TESTIMONI 5:
~Makin cantik ahkak kita sorang ni. Gambar sebelum nampak benor tempek bedak kan?hihihh...kat sebelah tu gebu bukan main :-)


TESTIMONI 6:
~baru seminggu dah nampak hasil! Alhamdulillah...

Sekian perkongsian testimoni set cantik Shaklee...kalau anda pun teruja untuk memiliki wajah berbeza, cubalah set ini sekarang. Terlalu ramai yang dah jatuh cinta dengan produk Shaklee yang best. Apa yang penting ianya selamat dan anda boleh cantik & sihat pada masa yang sama! Hubungi saya segera untuk mendapatkan set ini.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ whatsapp : 017-9438392



Rabu, 28 Ogos 2013

Tanda- tanda Iman ditarik

"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..."
(mafhum riwayah).

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...

Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibuk kan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah aku dan keluargaku.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.

Aamiin.

kredit : teman muka buku

Selasa, 27 Ogos 2013

Kelebihan Nutriferon Shaklee

Nutriferon

Bila bercerita tentang Nutriferon, mesti kita terus ingat Nutriferon ni sangat bagus diambil ketika  demam, selsema, batuk, dan resdung.  Sebenarnya faedah Nutriferon ni sangat banyak FUNGSINYA..

Kebaikan NUTRIFERON :

~ Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

~ Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

~ Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

~ Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

~ Melewatkan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

~ Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

~ Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

~ Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

~ Formula yang dipatenkan - nutriferon Shaklee telah dipatenkan dan ianya eksklusif dan tidak dapat ditiru oleh mana-mana syarikat lain. Pastikan nutriferon anda hanyalah keluaran Shaklee aje yew..



Alahai, banyak la pulak fungsi nutriferon…adalah sangat sangat dan sangat rugi jika kita masih berkira-kira untuk berbelanja atas tiket kesihatan. Kalau anda mampu beli baju mahal2, gajet ribu riban, kereta baru berpuluh @ beratus ribu…apa salahnya, spend sikit untuk meningkatkan tahap kesihatan kita…Jika tahap kesihatan kita sangat baik barulah kita dapat menikmati semua yang kita miliki…betul tak??

Hubungi saya untuk mendapatkan NUTRIFERON anda sekarang.
Nikmati diskaun hebat & anda berhak mendapatkan konsultasi secara PERCUMA melalui saya. Anda juga bakal di'add' ke secret group hanya untuk customer saya sahaja!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | whatsapp : 017-9438392


Ahad, 25 Ogos 2013

Vitamin Cinta untuk Suami Isteri

Pada awal perkahwinan, semuanya indah. Setelah dikurniakan anak, segalanya rutin hidup akan berubah. Tumpuan isteri tidak lagi hanya berpusat kepada suami...tetapi bertukar kepada si anak pula...ini menyebabkan isteri berasa penat dan lesu untuk memberikan yang 'terbaik' kepada suami. Sang suami pula hanya mampu gigit jari melihat isteri yang sudah tertidur kepenatan...huhuhuuu...melepas lagi...adeh!! 

Untuk mengatasi masalah ini, suami perlu memahami keadaan isteri dan bantulah isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah kerana lelaki sememangnya insan yang gagah! Jangan biarkan isteri anda kepenatan menguruskan kerja rumah yang bertimbun seorang diri...kasihan dia. 

Selain itu, cuba cari penyelesaian melalui pemakanan tambahan. Di sini saya cadangkan senarai vitamin berikut untuk suami isteri :

B COMPLEX ~ mengurangkan tekanan perasaan dan stress, memberi tenaga kepada badan supaya sentiasa cergas & aktif
OSTEMATRIX~ membantu tidur malam yang lena & berkualiti
ALFALFA~ berfungsi seperti kacip fatimah & mengembalikan kenangan malam pertama yang indah...ouch!
VITAMIN E~ meningkatkan mood untuk bermesra bagi suami isteri....

Apa yang penting, suami dan isteri boleh mengamalkan kesemua vitamin di atas. Anda hanya perlu dapatkan satu set dan berkongsi dengan suami atau isteri anda. Sungguh menjimatkan!!!

P/S : Alfalfa bukan hanya untuk wanita, tetapi banyak lagi fungsi alfalfa untuk sang Arjuna.

Tak amal, maka tak rasa. 

Hubungi saya untuk dapat Set Cinta anda sekarang.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 091-2187383/ what's app :017-9438392


Jumaat, 23 Ogos 2013

Lepas Raya semua Cari Set Kurus Shaklee

Salam Syawal buat semua...sepanjang 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan yang lalu ramai yang teruja kerana berat badan mereka mengalami penurunan...ada yang turun 2-3kg, 4-5kg...malahan ada juga yang turun sehingga 7-8kg! Wow...pencapaian yang sungguh membanggakan..Macam saya sendiri, berat saya hanya turun 2-3kg sahaja. Itupun saya dah cukup seronok :-) heheee...

Tapi, bila beraya...saya makan tak hengat dunia..mana taknya, hidangan yang tersedia bukan senang nak jumpa...time raya jer ada. Betul tak? Lagi satu, raya-raya ni banyak open house, tak cukup dengan rumah, sekolah pun buat majlis raya jugak..kita beraya di rumah ramai orang...kalau tak makan, kecik hati pulak tuan rumahkan? Hihiii..alasan la tu...patutlah ramai yang turun berat di bulan pose, tapi lepas raya naik mencanak-canak lebih daripada berat yang turun! Dah jadi satu masalah lain pulak...

Hari ini saya nak kongsikan tentang set kurus 3 beradik iaitu Lecithin, Alfalfa dan Omega Guard.

Lecithin :
~ cukup terkenal sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan yang boleh menyebabkan lemak-lemak 'terapung' dalam darah seterusnya mengelakkan lemak daripada melekat pada dinding membran sel dalam tubuh kita. 
~ selain untuk kurus lecithin juga mampu mencegah daripada terjadinya penyakit2 yang berbahaya seperti strok, jantung dll. 
~ lecithin Shaklee diperbuat daripada kacang soya bukan GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin, 80mg kolin dan 48mg inositol.


Antara fungsi lecithin

Lecitin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Lecitin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, dan soybeans. Tahukah anda bahawa Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of lecithin dan yang menariknya Lecitin Shaklee adalah bersumberkan soybean.
  1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yg lain. Sebab itu ia membantu mencegah penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease dan arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  2. Kenapa org yang nak kurus suka lecitin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat ringkas nya adalah ianya memecahkan lemak) Tahukah anda Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian? Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi. Membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin, pasti ianya keputusan yg bijak.
  4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  5. Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecithin.
  6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  9. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  11. Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  13. Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan. (kredit : mamafaiz.com)
Alfalfa pula bertindak sebagai span untuk menyerap lelemak yang dipecahkan oleh lecitihin. Ia juga mampu mengawal kolestrol dalam darah. Selain bertujuan untuk melawaskan, alfalfa turut memainkan peranan dalam proses detoksifikasi iaitu dengan membuang toksin di dalam badan. Jadi, lelemak yang dipecahkan oleh lecithin, akan diangkut keluar oleh alfalfa. Untuk lebih fungsi alfalfa, klik pada link ini..


Jadi, apa pula fungsi Omega Guard?
Anda boleh rujuk di sini untuk mengetahui fungsi Omega Guard dengan lebih lanjut.
Buatlah sesuatu jika terasa badan anda lebih berat daripada biasa...jika nak tunggu sehingga berat badan anda betul2 berlebihan, takut nanti penyakit lain pula yang timbul. Bila kurus, cantik adalah bonus tapi yang paling utama ialah kesihatan kita. 


Selamat berdiet ok :-)

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set Kurus Shaklee, boleh klik ORDER untuk membelinya sendiri atau hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Khamis, 22 Ogos 2013

Soal Jawab Penyusuan

Salam Syawal buat semua...

Khusus untuk pembaca yang mengambil suplemen Shaklee, kali ni saya share soalan lazim tentang pengambilan vitamin Shaklee khusus untuk ibu-ibu menyusu.

Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari?

Maksimum pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga dan panas kesan pengambilan suplemen ini.

Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini?

Boleh. Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron)

Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)?

Boleh, malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood yang stabil semasa menstrual.

Sekiranya saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu?

Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct)

Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang impak?

Tidak. Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu badan.

Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur?

Sebelum tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.

EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal?

Ya, ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B Complex.

Kesan yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.

Saya @ baby demam selepas pengambilan vitamin Shaklee.

 Ini dinamakan HEALING CRISIS. Anda boleh baca penjelasan lanjut di sini.
Alhamdulillah. Jika ada persoalan-persoalan lain, jangan segan-segan untuk bertanya ya. Selalu saya tekan kepada customers saya, 'jangan senyap aje kalau ada problem' ;-)

Ingat 3 perkara penting ini jika anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu.
  1. Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam.
  2. Minum air tidak kurang 3 liter sehari.
  3. Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saya untuk maklumat yang lebih lanjut.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/whatsapp : 017-9438392

Selasa, 20 Ogos 2013

Kenapa Shaklee?



Ya.. Memang banyak pilihan di luar sana, tapi kenapa Shaklee masih menjadi pilihan pengguna BIJAK?

1) diformulasi dengan bahan2 SEMULAJADI sahaja. Tiada penggunaan bahan sintetik dan kimia, apatah lagi pewarna/ perasa/ pengawet/ pemanis tiruan. Tidak semua produk farmaseutikal dijamin 100% semulajadi. 

2) diuji secara saintifik dan klinikal bagi setiap produk yang hendak dan telah dihasilkan bagi menjamin kualiti dan keselamatannya. Lebih 100 dari kajian ini diterbitkan utk bacaan umum. Lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun. Tidak semua pengeluar produk farmaseutikal melaksanakan ujian sebegini kerana kos yg tinggi. 

3) Shaklee mempunyai kumpulan saintis yang tersendiri yang bertanggungjawab untuk melaksanakan ujian kualiti bagi setiap produk yang dikeluarkan.

4) Keberkesanannya tidak hanya bergantung kepada testimoni pengguna dan 'self claimed' semata2. Kajian terbaru pihak ketiga menunjukkan pengguna produk Shaklee menunjukkan kesihatan yang lebih baik berbanding pengguna produk lain @ tidak menggunakan apa2 produk. Tidak semua pengeluar produk farmaseutikal dikaji keberkesanannya produk oleh pihak ketiga. Kebanyakannya hanya menggunakan testimoni utk menunjukkan keberkesanannya. Lebih menyedihkan, ada yg membuat kenyataan 'syok sendiri' tanpa bukti yang lebih berasas.

*pilihan di tangan anda.. Bertukar jenama boleh mengubah masa depan anda. Pilihlah yang benar-benar selamat dan berkesan!

Jika anda berminat untuk turut menukar jenama, hubungi saya di sini :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms : 019-2187383 | whatsapp : 017-9438392

Isnin, 19 Ogos 2013

Papan Visi Saya a.k.a My Vision Board

Semalam sehari suntuk saya bertungkus lumus untuk menyiapkan papan visi saya yang telah sekian lama tertangguh. Rasanya dah dekat 3-4 bulan kot, saya nak buat tapi tak terbuat-buat...macam-macam hal adanya. Saya je yang dok cipta alasan kot..nak tunggu printer baru yang canggih manggih lah...nak tunggu line internet laju untuk pilih gambor lawa2lah...Anak kacau masa nak ngadap laptop la...pendek kata, 1001 alasan saya boleh reka atas penangguhan ini. Kawan-kawan, jangan tiru perangai suka bertangguh macam saya ye. Lepas ni saya nak elakkan kerja bertangguh-tangguh ni. Tak de sesiapa yang rugi melainkan diri saya sendiri....
Orang yang berjaya tak pernah mencipta alasan di atas kegagalan tetapi mereka sentiasa mencari peluang di sebalik setiap perkara yang berlaku. So, pilihlah kita nak jadi orang yang macam mana kan?

Sebelum ni saya tak pernah terfikir pun untuk menghasilkan papan visi versi saya sendiri kerana kurang memahami tentang kepentingannya. Kalau korang dah ada vision board sendiri memang saya tabik springgg...hihihh! Hebat!! Sebenarnya, kita kena bercita-cita tinggi dan harus berani untuk bermimpi. Dare to Dream Big! Yup, biar pun nampak macam mustahil untuk dicapai, tapi kita harus mengejutkan minda separa sedar yang selama ni lena dibuai mimpi supaya sama-sama bekerja ke arah IMPIAN kita tu. Kata salah seorang mentor saya, hidup tanpa impian ibarat kita memandu kereta ke arah destinasi yang tak pasti....kita just bawak kereta tu, but in the end kita tak sampai ke mana-mana. Petrol habis, alam sekitar pun tercemar...tak pasal-pasal menambahkan kandungan karbon dioksida dalam udara.

Memandangkan papan visi saya yang cantik dah siap..lepas ni saya kena rajin2lah tengok papan visi saya tu dan bayangkan bahawa segala impian yang saya hajatkan telah pun tercapai. Bukan susah pun nak berangan, betul tak? Sebenarnya saya agak segan untuk berkongsi dengan anda semua gambar vision board saya tu. Cukuplah saya jadikan ia sebagai simpanan peribadi terlebih dahulu. Jangan marah tau…sebagai ganti, saya letakkan beberapa contoh vision board yang best sumber dari Dr. Google….layannnnn jew.






Semoga impian saya akan tercapai suatu hari nanti. Insya Allah. Kawan-kawan, tolong doakan sama yer…terima kasih ^_^

Vitamin untuk atasi Masalah Kemurungan


Hari Rabu yang lalu, saya berkesempatan untuk menziarahi saudara sebelah suami saya yang berada di Kuala Terengganu. Ini merupakan kunjungan kali pertama kami setelah empat tahun berkahwin. Arwah datuk kepada suami saya merupakan orang Terengganu yang berhijrah dan menetap di Johor. Jadi, masih ramai lagilah saudara mara yang berada di Kuala Terengganu. Kebetulan ada kenduri kahwin salah seorang daripada mereka, iaitu anak Encik M jadi kami ambil kesempatan tu untuk berkunjung sambil menghabiskan cuti raya yang masih berbaki.

Sebelum itu juga kami dikhabarkan bahawa Encik M yang berusia pertengahan 50-an yang merupakan seorang guru mengalami masalah depresi yang agak serius. Beliau baru bertukar sekolah dan diberi tugas untuk mengajar subjek yang betul-betul berlawanan dengan bidang beliau. Bayangkan, seorang yang lebih 20 tahun bergelumang dengan angka tiba-tiba diberi tugas untuk mengajar subjek Sejarah! Sudah tentu ini merupakan satu kejutan bagi diri beliau. Beliau menghadapi hari-hari yang sukar untuk meneruskan amanah yang diberi seperti biasa. Sehinggakan suatu hari beliau merayu-rayu kepada Penolong Kanan yang bertanggungjawab menyusun jadual waktu mengajar guru supaya mempertimbangkan semula subjek yang beliau ajar, namun tiada tindakan segera diambil. Situasi ini benar-benar memberi tekanan kepada Encik M sehingga beliau terpaksa berjumpa doktor untuk merawat tekanan yang dialami. Kejadian ini berlaku pada bulan April 2013 yang lalu dan masih berlarutan sehingga kini. Daripada seorang yang komited dengan tugas, Encik M berubah menjadi seorang yang murung dan tidak mampu melaksanakan tugas mengajar seperti biasa. Ini baru satu contoh daripada ribuan orang yang mengalami depresi atau tekanan yang melampau.


 Jadi, apakah punca sebenar yang boleh menyebabkan depresi ni dan cara untuk mengawalnya? Satu kajian dari Archive of Internal Medicine menyatakan bahawa PEMAKANAN merupakan pilihan rawatan untuk mengelakkan kemurungan. Ini kerana banyak gejala kemurungan berkait rapat dengan KEKURANGAN MINERAL dan VITAMIN dalam badan. Antara makanan yang boleh membantu gejala kemurungan ialah Salmon.

Salmon mengandungi Omega-3 asid lemak, yang dikenali sebagai EPA. Omega-3 asid lemak membantu sel-sel otak kita untuk berkomunikasi antara dua neurotransmitter serotonin dan dopamin yang membantu untuk mengawal mood. Para penyelidik telah menyatakan bahawa mereka yang mempunyai tahap omega-3 yamg rendah dalam darah berkemungkinan akan mendapat kemurungan. Omega-3 juga boleh meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan menurunkan tahap kolesterol dalam badan. secara tidak langsung bagus untuk kesihatan jantung dan darah tinggi.

Cadangan saya, adalah lebih mudah untuk mengambil minyak ikan keluaran Shaklee iaitu Omega Guard yang mengandungi kandungan asid lemak omega 3 yang tinggi berbanding mengambil ikan salmon yang segar. Namun begitu, pilihan adalah di tangan anda.


P/S : Pengambilan B Complex dan Ostematrix juga mampu membantu untuk mengawal tekanan perasaan.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Saya sedia membantu :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383



Sabtu, 17 Ogos 2013

Tips untuk Anak yang Susah Makan Ubat


Dua hari lepas anak saya, Faris mengalami demam, cirit birit dan muntah-muntah yang teruk. Saya kurang pasti apa puncanya..patutlah Faris ada mengadu yang perutnya sakit. Ingatkan dia bergurau...Faris baru berusia 3 tahun setengah, itu yang tidak sangka dia betul-betul sakit perut. Bila tengok Faris asyik muntah dan enggan menjamah makanan walau secubit pun, saya naik risau..dahla Faris paling susah nak telan ubat....hanya pengasuh dia jer yang berjaya suapkan ubat pada Faris setakat ini. Kalau orang lain yang suapkan, pasti diluahkan semula semua ubat tu...huhu...anak oh anak. Memandangkan kami masih bercuti di kampung, tak dapatla nak minta pengasuh Faris suapkan ubat padanya...

Dalam dok muntah-muntah tu saya bagi Faris minum Performance kegemarannya...nasib baik nak jugak ditelannya. Rasa oren Performance begitu memikat selera Faris. Kita sering dipesan oleh doktor, jika mengalami cirit birit yang teruk, pastikan kita mengambil air kosong secukupnya bagi mengelakkan masalah kekurangan air yang serius dalam badan. Macam kes Faris, saya bekalkan dengan Performance untuk mengelakkan dehidrasi dan mengurangkan panas badannya dengan cepat. Kesian tengok budak yang periang tiba-tiba jer lemah tak bermaya...rumah pun jadi sunyi sepi...Untuk lebih cepat menyejukkan badan Faris yang demam, saya lapkan badannya dengan air yang dicampurkan dengan beberapa titis cecair Basic H. Alhamdulillah, cepat pula sejuk badannya. Basic H berfungsi untuk menyejukkan badan lebih cepat berbanding air kerana ia meningkatkan daya serapan air oleh kulit sehingga tiga kali ganda.






Pagi tadi demam Faris dah makin berkurang dan petang tadi demamnya dah hilang tanpa makan ubat. Baru sebentar tadi Faris habiskan 2 mangkuk bubur nasi...siap minta tambah lagi. Itu tandanya Faris sudah sihat dan perutnya dah makin OK.  Baru je plan esok nak bawak Faris ke klinik.Syukur sangat2. Terima kasih Allah. My lil sunshine is back!! Jadi, kalau korang pun mengalami situasi yang sama seperti saya jangan cepat-cepat menggelabah. Carilah tips yang sesuai untuk mengatasi masalah anak sukar makan ubat dengan segera. Saya percaya, ibu bapa yang prihatin tidak sanggup melihat anak mereka dalam kesakitan. Selain Perfomance, saya juga berikan Faris nutriferon untuk meningkatkan daya tahan badannya. Risau jugak kalau2 sakitnya melarat. Nutriferon bertindak bagaikan antibiotik semulajadi yang berfungsi untuk melawan sebarang bakteria asing yang masuk ke dalam tubuh. Rasa labu yang manis-manis buah membuatkan kita tidak terasa seperti sedang mengambil suplemen. Cubalah!



Bagaimana untuk mendapatkan vitamin di atas? Hubungi saya untuk maklumat lanjut. Setiap pelanggan saya berhak mendapat konsultansi percuma seumur hidup dan anda juga bakal di'add' ke dalam Secret Group yang EKSKLUSIF. Hanya untuk pelanggan kami sahaja tau :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Jumaat, 16 Ogos 2013

CoQHealth Vitamin untuk Cantik

Salam sejahtera...rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca kat sini...memandangkan hari ini pagi dan petang saya terlibat dengan jamuan hari raya..Perut kenyang sonang hati kan? hihih...sambil makan2 tadi kami dihidangkan dengan talk about 'product knowledge'...produk yang dibincangkan hari ini adalah tentang CoQHealth...
Jika selama ini saya ingatkan CoQHealth hanya sesuai untuk mereka yang punya masalah jantung tetapi sebenarnya CoQHealth juga sangat penting bagi mereka yang inginkan kulit yang berseri-seri...wah, betul ke ni? Sebut pasal seri wajah, semua suka kan?

Sebenarnya, apa fungsi CoQHealth untuk kulit kita ye? Antara kandungan yang ada dalam CoQHealth ialah CoQ10, vitamin E dan juga teh hijau. Vitamin E memang sangat terkenal sebagai vitamin anti penuaan dan telah digunakan sebagai vitamin untuk awet muda sejak dahulu lagi. Saya percaya, ramai yang jatuh cinta dengan vitamin E kan? Tapi, apa pula fungsi CoQ10? CoQ10 Shaklee diekstrak daripada yis dan 100% semulajadi. Ia mampu meningkatkan fungsi vitamin E pada tahap yang paling optimum.CoQ10 juga melindungi kulit  yang menyeluruh secara semula jadi daripada sinaran matahari. Biasanya kita akan memakai 'sunblock' untuk melindungi kulit wajah daripada cahaya matahari. Tetapi dengan CoQHealth Plus, seluruh kulit pada tubuh kita akan dilindungi daripada pancaran cahaya matahari sepenuhnya. Hebatnya! 
Kajian juga menunjukkan CoQ10 mampu meningkatkan stamina badan sehingga 90%!!! Badan yang sihat dan bertenaga akan menyebabkan kita tampak lebih ceria dan berseri-seri secara semulajadi.
Selain itu, teh hijau pula berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah. Sistem peredaran darah yang lancar menyebabkan wajah kelihatan 'pinkish' dan lebih segar.

Jadi, jika sebelum ini anda berasakan bahawa jantung anda masih sihat dan anda tidak perlukan suplemen ini, ubahlah tanggapan anda segera kerana CoQHealth bukan sekadar untuk jantung. Kandungan CoQ10 dalam badan kita akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia. Semakin berusia seseorang itu, semakin tinggi risiko untuk mendapat pelbagai penyakit berbahaya. Mari kita mulakan hari dengan mengambil CoQHealth hari ini juga kerana sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati :-)

Dapatkan suplemen anda melalui saya dan nikmati konsultansi percuma yang berterusan. Anda juga bakal di'add' ke secret group yang hebat. Ianya EKSKLUSIF hanya untuk pelanggan kami sahaja tau :-)

June Mohd |kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Khamis, 1 Ogos 2013

Bakar Lemak dengan Pantas


Assalamualaikum w.b.t... Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah. Hari ini adalah hari Jumaat terakhir untuk bulan Ramadhan tahun ini...diharapkan kita semua mampu untuk beribadah dengan lebih banyak lagi menjelang hari-hari terakhir Ramadhan ini..Insya Allah. 
Perkongsian kali ini adalah tentang memahami bagaimana asas diet yang betul..

Mungkin di sini ada yang tertanya-tanya kenapa berat badan mereka masih lagi 'maintain' walaupun dah berdiet dan juga telah melakukan beberapa jenis senaman.

Anda perlu faham, diet + senaman sebenarnya ia mampu meningkatkan lagi ketumpatan otot kita.

Ini mendorong kepada penambahan berat otot disamping ia juga membakar lemak yang ada.

Cuba kita lihat gambar rajah dibawah, walaupun berat otot dan lemak sama tapi bentuk lemak itu lebih besar berbanding otot.



Sebab itulah walaupun berat anda masih sama tapi sebenarnya anda telah kehilangan lemak dan pada masa yang sama berlaku penambahan jisim otot.

Selain daripada itu, anda juga dapat lihat dari segi perubahan fizikal seperti baju lama sudah dapat pakai kembali, rasa pinggang makin ramping dan peha makin kecil.

Jangan terkejut jika ini berlaku tapi berat badan anda tak berubah!

So adakah baik jika perkara ini berlaku?

Yes! More muscle more fat burn. Body anda akan kelihatan lebih 'toned' dan tahap kecergasan anda turut meningkat.

Tapi anda sebenarnya boleh je diet gila-gila just ambil 1000kcal sehari. Anda hanya diet shj dan tidak bersenam. Berat badan memang akan turun banyak.

Tapi buat apa jika berat turun berkilo-kilo tapi lemak menggeleber, tidak cergas, sering keletihan dan tidak dapat menikmati makanan yang enak-enak...betul tak?


P/S : Lemak juga boleh dibakar dengan menggunakan Omega Guard & Lecithin...manakala untuk membina otot yang cantik, anda boleh dapatkan Energising Soy Protein (ESP) atau Cinch Shake Shaklee.

Sumber : www.bakarlemakpantas.com


June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383