Khamis, 22 Ogos 2013

Soal Jawab Penyusuan

Salam Syawal buat semua...

Khusus untuk pembaca yang mengambil suplemen Shaklee, kali ni saya share soalan lazim tentang pengambilan vitamin Shaklee khusus untuk ibu-ibu menyusu.

Berapakah maksimum pengambilan alfalfa dalam sehari?

Maksimum pengambilan alfalfa ialah 10 biji sehari, namun bukan makan sekaligus ya. Untuk permulaan, anda cuma perlu makan 2 biji sehari sahaja (untuk minggu pertama biasanya). Kemudian, anda boleh tingkatkan pengambilan alfalfa sedikit demi sedikit. Kebiasaannya, pengambilan alfalfa untuk ibu-ibu menyusu antara 2 - 6 biji sehari (2 biji setiap kali makan). Pastikan anda minum air putih secukupnya untuk mengurangkan rasa dahaga dan panas kesan pengambilan suplemen ini.

Bolehkah saya minum susu bersama vitamin-vitamin ini?

Boleh. Walaubagaimanapun, untuk suplemen Vita-Lea, elakkan mengambilnya bersama susu. Ini kerana kalsium (daripada susu) boleh mengganggu penyerapan zat besi (iron)

Bolehkah saya makan suplemen ini ketika menstrual (period)?

Boleh, malahan sangat digalakkan kerana pengambilan suplemen membantu mengurangkan beberapa simptom sebelum dan ketika menstrual. Sebagai contoh, pengambilan Vitalea membantu mengelakkan anemia kerana mengandungi zat besi. Ostematrix pula membantu anda maintain pengeluaran susu ketika period, selain membantu anda untuk kekal bertenaga dan mengurangkan period pain. Pengambilan vitamin B Complex pula membantu mood yang stabil semasa menstrual.

Sekiranya saya tidak mengepam terus selepas makan suplemen ini, bolehkan saya jarakkan pengambilan 2 biji alfalfa selepas pengambilan vitamin ( Vitalea, B Complex, Vitamin C) dan mengepam selepas itu?

Boleh. Juga pastikan anda mengepam/ direct-feed sehingga breast betul-betul kosong ya. (ini penting untuk mengelakkan clog duct)

Jika saya tidak benar-benar mengosongkan dan terus mengamalkan alfalfa, adakah ia akan memberi sebarang impak?

Tidak. Tetapi kemungkinan besar anda tidak akan mendapat hasil maksimum seperti yang diinginkan. Kekerapan mengosongkan payudara adalah antara kunci penting dalam penghasilan susu badan.

Bilakah waktu terbaik pengambilan Ostematrix? Selepas dinner atau sebelum tidur?

Sebelum tidur untuk kesan penyerapan yang optimum, kerana tubuh kita kurang menyerap air ketika ini. Pengambilan Ostematrix ini juga membantu tidur yang lebih lena (kalsium) dan bangun dengan lebih cergas. InshaALLAH.

EBM saya kelihatan lebih pekat dan kekuningan (kehijauan). Adakah ini normal?

Ya, ia adalah normal. EBM kelihatan lebih pekat kesan pengambilan alfalfa yang kaya dengan protein. Pengambilan vitamin-vitamin lain tadi juga turut menyumbang kepada pertambahan kepekatan EBM. Efek kekuningan @ kehijauan pula adalah kesan daripada unsur riboflavin di dalam B Complex.

Kesan yang sama turut dilihat kepada urin anda yang bertukar menjadi warna seakan kuning fluorescent. Warna kuning yang pekat menandakan bahawa tubuh anda kekurangan air, jadi pastikan anda minum air secukupnya ya.

Saya @ baby demam selepas pengambilan vitamin Shaklee.

 Ini dinamakan HEALING CRISIS. Anda boleh baca penjelasan lanjut di sini.
Alhamdulillah. Jika ada persoalan-persoalan lain, jangan segan-segan untuk bertanya ya. Selalu saya tekan kepada customers saya, 'jangan senyap aje kalau ada problem' ;-)

Ingat 3 perkara penting ini jika anda mahu sukses dalam penyusuan susu ibu.
  1. Sentiasa mengosongkan payudara setiap 3 jam sekali (atau minimum 6 kali sehari tidak termasuk sessi direct-feeding). Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam.
  2. Minum air tidak kurang 3 liter sehari.
  3. Doa yang berterusan. Ingatlah bahawa sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada ALLAH swt.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saya untuk maklumat yang lebih lanjut.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/whatsapp : 017-9438392

0 comments:

Catat Ulasan