Isnin, 19 Ogos 2013

Vitamin untuk atasi Masalah Kemurungan


Hari Rabu yang lalu, saya berkesempatan untuk menziarahi saudara sebelah suami saya yang berada di Kuala Terengganu. Ini merupakan kunjungan kali pertama kami setelah empat tahun berkahwin. Arwah datuk kepada suami saya merupakan orang Terengganu yang berhijrah dan menetap di Johor. Jadi, masih ramai lagilah saudara mara yang berada di Kuala Terengganu. Kebetulan ada kenduri kahwin salah seorang daripada mereka, iaitu anak Encik M jadi kami ambil kesempatan tu untuk berkunjung sambil menghabiskan cuti raya yang masih berbaki.

Sebelum itu juga kami dikhabarkan bahawa Encik M yang berusia pertengahan 50-an yang merupakan seorang guru mengalami masalah depresi yang agak serius. Beliau baru bertukar sekolah dan diberi tugas untuk mengajar subjek yang betul-betul berlawanan dengan bidang beliau. Bayangkan, seorang yang lebih 20 tahun bergelumang dengan angka tiba-tiba diberi tugas untuk mengajar subjek Sejarah! Sudah tentu ini merupakan satu kejutan bagi diri beliau. Beliau menghadapi hari-hari yang sukar untuk meneruskan amanah yang diberi seperti biasa. Sehinggakan suatu hari beliau merayu-rayu kepada Penolong Kanan yang bertanggungjawab menyusun jadual waktu mengajar guru supaya mempertimbangkan semula subjek yang beliau ajar, namun tiada tindakan segera diambil. Situasi ini benar-benar memberi tekanan kepada Encik M sehingga beliau terpaksa berjumpa doktor untuk merawat tekanan yang dialami. Kejadian ini berlaku pada bulan April 2013 yang lalu dan masih berlarutan sehingga kini. Daripada seorang yang komited dengan tugas, Encik M berubah menjadi seorang yang murung dan tidak mampu melaksanakan tugas mengajar seperti biasa. Ini baru satu contoh daripada ribuan orang yang mengalami depresi atau tekanan yang melampau.


 Jadi, apakah punca sebenar yang boleh menyebabkan depresi ni dan cara untuk mengawalnya? Satu kajian dari Archive of Internal Medicine menyatakan bahawa PEMAKANAN merupakan pilihan rawatan untuk mengelakkan kemurungan. Ini kerana banyak gejala kemurungan berkait rapat dengan KEKURANGAN MINERAL dan VITAMIN dalam badan. Antara makanan yang boleh membantu gejala kemurungan ialah Salmon.

Salmon mengandungi Omega-3 asid lemak, yang dikenali sebagai EPA. Omega-3 asid lemak membantu sel-sel otak kita untuk berkomunikasi antara dua neurotransmitter serotonin dan dopamin yang membantu untuk mengawal mood. Para penyelidik telah menyatakan bahawa mereka yang mempunyai tahap omega-3 yamg rendah dalam darah berkemungkinan akan mendapat kemurungan. Omega-3 juga boleh meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan menurunkan tahap kolesterol dalam badan. secara tidak langsung bagus untuk kesihatan jantung dan darah tinggi.

Cadangan saya, adalah lebih mudah untuk mengambil minyak ikan keluaran Shaklee iaitu Omega Guard yang mengandungi kandungan asid lemak omega 3 yang tinggi berbanding mengambil ikan salmon yang segar. Namun begitu, pilihan adalah di tangan anda.


P/S : Pengambilan B Complex dan Ostematrix juga mampu membantu untuk mengawal tekanan perasaan.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan. Saya sedia membantu :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383



0 comments:

Catat Ulasan