Jumaat, 18 Januari 2013

Healing Crisis : Sakit Makin Teruk Lepas Makan Shaklee?


"Seorang rakan yang baru seminggu mengambil suplemen untuk masalah resdungnya mengadu kepada saya bahawa hidungnya semakin teruk berair...bersin pun semakin kerap. Saya mencadangkan kepada beliau untuk teruskan memakan suplemen tersebut dan memperbanyak minum air kerana itu adalah tanda-tanda krisis pemulihan."

"Satu lagi kes, seorang teman yang baru lepas keguguran bayi kedua mengadu bahawa bahagian belakang badannya semakin sakit selepas mengambil ESP Shaklee...sakit belakangnya memang dah ada lepas 'miscarriage' tapi dah hilang dua minggu sebelum mengambil ESP. Ini juga merupakan satu daripada simptom krisis penyembuhan."




Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.



Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.




Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi


Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab:

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi - petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat - Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi
imunisasi badan

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau -Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

Kembung perut -Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir -Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan kurang baik.

Penghasilan lendir seperti selsema,kahak - Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Pendarahan Hidung -     Mungkin petanda bagi kekurangan darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid- toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan - Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif - Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu-Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak

Lapar, Pening -Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu -    Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Edema (membengkak) -     Masalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity


 Nasihat saya apabila pengguna Shaklee yang terpaksa berdepan dengan  'healing crisis', bersabarlah. Perbanyakkan minum air kosong supaya vitamin dapat menjalankan peranan dengan sempurna. Selain itu, kurangkan dos pengambilan, ambillah vitamin selang sehari, dan yang paling penting beritahu saya supaya saya boleh syorkan cadangan yang sesuai untuk pelanggan-pelanggan saya. Janganlah berdiam diri sahaja kerana masalah takkan selesai kalau kita tidak mencari jalan penyelesaiannya. OK?

 For my beloved customers, feel free to contact and share with me your healing crisis. Kita cuba cari jalan penyelesaian bersama-sama. Yang penting anda harus bersabar untuk menikmati hidup yang lebih sihat. Saya sentiasa mendoakan agar semua pelanggan saya mendapat tahap kesihatan yang semakin baik selepas mengamalkan suplemen Shaklee. Insya Allah :-)

FB : June Mohd |kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392 | ID : 891221



0 comments:

Catat Ulasan