Rabu, 19 Februari 2014

Vitamin Shaklee untuk Kesihatan Sendi : Advanced Joint Health Tablet

Selama ini saya tidak pernah ambil kisah tentang suplemen yang satu ini. Saya masih muda lagi, baru berusia awal 30-an, dan saya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan sendi-sendi saya. Huh, eksyennya saya! Sehinggalah saya diberitahu bahawa penyakit sendi hanya boleh dikesan apabila ianya benar-benar serius. Apabila sendi-sendi kita mula bergesel antara satu sama lain, itu menunjukkan bahawa segala-galanya sudah terlambat! Tiada ubat untuk sakit lutut atau sakit sendi yang lain. Kalau ke klinik pun, doktor hanya akan memberi suntikan atau ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit akibat tulang-temulang yang berlagaan antara satu sama lain. Ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berterusan kerana ia memberi kesan sampingan kepada badan kita. 

Sebenarnya, kita digalakkan untuk mengamalkan vitamin untuk kesihatah sendi seawal usia 30-an supaya sendi-sendi kita lebih sihat. Jangan tunggu sehingga sendi kita benar-benar haus barulah sibuk nak cari ubat... Jangan buat macam tu ye kawan-kawan..

Antara kebaikan Advance Joint Health Tablet (AJHT) ialah :
  • bahan-bahan yang digunakan adalah 100% daripada sayur-sayuran
  • 100% bebas kekerang
  • kombinasi bahan yang digunakan adalah sangat berkesan
  • mampu menyokong keselesaan sendi apabila bergerak 
  • membantu mengekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
  • membantu untuk fungsi sendi yang sihat
  • dihasilkan oleh ramuan aktif yang bertindak pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang sendi perlukan.
  • kesan dapat dilihat seawal 5 hari!

Terbukti secara klinikal untuk :
  • menggalakkan mobiliti 
  • meningkatkan fleksibiliti
  • meningkatkan fungsi sendi
  • menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang
Kandungan dalam AJHT :


  • mengandungi ekstrak unik Boswellia yang menghalang penghasilan bahan kimia yang mampu menyerang tisu sendi dan mengakibatkan ketidak selesaan sendi.
  • ekstrak jagung untuk membekalkan sumber glukosamin ( pelincir ) yang pekat.
  • zinc, kuprum dan manganes adalah nutrien penting untuk membina tisu penghubung yang sihat.
  • vitamin C iaitu nutrien yang penting untuk menghasilkan kolagen dalam badan.

Inilah dia Advanced Joint Health Tablet Shaklee yang semakin menjadi pilihan ramai dewasa ini. Pengambilan 2 tablet setiap hari mampu memberikan kesan kelegaan terhadap
sendi dalam masa 5 hari.

Jagalah kesihatan sendi sebelum ia benar-benar sakit. Ibu saya merupakan seorang pesakit lutut yang serius. Beliau tak dapat nak berjalan kaki dalam jarak 50 meter pun. Setelah menggunakan set kesihatan sendi yang mengandungi AJHT, Omega Guard dan OsteMatrix, tahap kesihatan ibu bertambah baik. Alhamdulillah. Anak mana yang tidak gembira apabila tahap kesihatan ibu mereka bertambah baik, betul tak? 

Jika anda turut mempunyai masalah sendi, hubungi saya untuk mendapatkan set kesihatan sendi anda hari ini juga!

FB : June Mohd | kerengge83@gmail | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221





0 comments:

Catat Ulasan