Memaparkan catatan dengan label jadual makan vitamin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jadual makan vitamin. Papar semua catatan

Sabtu, 20 September 2014

Punca Suplemen tidak Berkesan kepada Pengguna

Makan Vitamin tapi tidak Berkesan

Dalam zaman moden seperti sekarang, suplemen semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat. Kesedaran untuk masyarakat untuk mengenepikan duit poket untuk membeli suplemen juga semakin meningkat. Ini merupakan perkembangan yang sangat positif. Malah peratus jualan suplemen ( vitamin Shaklee) pada tahun 2013 juga telah bertambah sebanyak 300% berbanding tahun-tahun sebelum ini! Alhamdulillah.

Setakat ini telah ramai pelanggan saya yang memberikan maklum balas positif setelah mengamalkan Shaklee. Ada yang sakit lututnya semakin berkurangan, kolesterol dalam darah makin menurun, bacaan gula dalam yang tinggi akibat diabetis sebelum ini telah kembali normal dan ibu-ibu yang sedang berpantang berasa lebih cergas setelah mengamalkan suplemen. Saya juga sangat teruja dengan kemeriahan susu badan yang dialami oleh sahabat saya selepas mengambil suplemen. Alhamdulillah, murah rezeki bayi beliau.

Betul ke suplemen Shaklee boleh membantu kita untuk hidup lebih sihat? Bagi saya, jawapannya iya kerana saya telah mengalami perbezaannya sendiri. Sebab itulah saya begitu teruja untuk berkongsi kebaikan vitamin Shaklee kepada anda semua :-)



Ada juga orang yang mengambil suplemen Shaklee namun begitu mereka masih belum dapat merasakan sebarang perubahan positif. Sesetengah tu keadaan mereka bertambah-tambah teruk pula jadinya. Sungguh mengecewakan bukan?

Nasihat saya, sebelum membuat sebarang pembelian, eloklah anda memilih pengedar Shaklee yang benar-benar bertauliah. Bukan daripada pengedar yang hanya tahu menjual untuk mendapatkan 'point' sahaja. Ada beza tau..insya Allah saya bukan jenis itu :-) Jika ada sebarang masalah bolehlah rujuk terus kepada pengedar yang anda beli tu kan..

Agak-agaknya, mengapa ya suplemen lambat memberi kesan kepada badan? Sesetengah orang tu badan mereka cepat sangat memberikan tindak balas yang positif setelah mengambil suplemen. Dalam masa seminggu je dah nampak perbezaannya. Bertuahnya orang-orang sebegini kan? Cemburu saya dibuatnya...anda nak tahu kenapa? Badan saya bukanlah jenis yang mudah memberi tindak balas terhadap vitamin. Kena sabar, sabar dan sabar baru dapat lihat kesan positifnya.

Punca suplemen kurang berkesan kepada badan?

1. Vitamin tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan kerana bahagian usus kecil yang menyerap zat makanan dipenuhi dengan toksin dan tinja yang telah lama tersimpan dalam badan. Sebab itulah saya biasa mencadangkan pelanggan untuk detox dengan Herb-Lax terlebih dahulu sebelum mengambil vitamin-vitamin lain.

2. Tidak mengambil air kosong yang mencukupi.

Jadi vitamin sukar menjalankan fungsinya dengan lebih baik. Badan tak cukup air, macam mana vitamin nak diserap oleh badan. Setelah mengambil suplemen, seharusnya anda kena minum lebih banyak air kerana kepekatan darah telah bertambah. Sukar nak minum air banyak-banyak? Mungkin ada boleh cuba tips minum banyak air di sini.

3. Tidak mengikut dos atau sukatan pengambilan yang betul.

Contohnya, kita ambil Alfalfa Complex untuk resdung. Sukatan yang disarankan adalah 10 biji sehari. Tetapi kita hanya mengambil 3-4 biji sahaja setiap hari, maka kesan yang diharapkan akan mengambil masa yang lebih panjang sebelum menampakkan hasil yang diinginkan.

4. Tidak ISTIQAMAH makan suplemen.

Contoh terdekat yang boleh saya kongsi, macam ibu saya sendiri. Ibu mengambil Set Kesihatan Sendi untuk sakit lutut yang beliau deritai sejak bertahun-tahun dulu. Tetapi beliau tidak mengambil vitamin dalam jumlah yang betul dan mengikut sukatan yang diberikan. Sebab itulah, walaupun telah makan set tersebut selama berbulan-bulan namun lutut ibu masih sakit-sakit. Hampir tiada perubahan positif yang berlaku! 

Rupa-rupanya, setelah saya selidik Ibu tidak mengamalkan vitamin dalam jumlah yang betul....risau overdose kata beliau... sekarang ni ibu dah mula makan vitamin mengikut sukatan yang saya berikan...dan alhamdulillah, dah nampak perbezaannya walaupun tak banyak sangat..

5. Mengamalkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Ramai yang mengamalkan minuman berkafein seperti teh dan kopi walaupun ketika mengambil suplemen untuk kesihatan. Tahukah anda, pengambilan kafein boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Pengambilan minuman yang ada kafein yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ni. 


Kita tidak mendapat manfaat pun dari pengambilan vitamin yang kita makan. Sebabnya, vitamin akan rosak disebabkan kafein yang diambil secara berterusan. Rugi je kan beli vitamin mahal-mahal tapi tiada manfaat yang diperoleh.

6. Makan vitamin dengan ubat.

Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat. Kepada pengguna yang masih dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat dan vitamin secara serentak. Pengambilan ubat doktor dan ubat vitamin secara serentak boleh menyebabkan darah bercelaru kerana ada dua 'benda' yang berbeza masuk dalam badan sekali gus. Jadi, darah tidak menyerap vitamin dengan baik dan sempurna.

Sebaik-baiknya, cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan doktor.

7. Makan banyak vitamin dalam satu-satu masa.
Ada juga orang yang malas untuk makan vitamin beberapa kali dalam sehari. Jadi, mereka mengambil jalan mudah dengan makan semua jenis vitamin sekali gus. Tabiat ini tidak wajar diamalkan kerana ia menyebabkan  buah pinggang agak terbeban pada satu-satu masa tertentu sahaja. Cuba jarakkan beberapa jam untuk setiap jenis vitamin. Rancanglah waktu pengambilan vitamin dalam waktu yang berbeza supaya badan dapat menyerap satu-persatu vitamin yang kita makan. Barulah dapat manfaatnya.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 9 Oktober 2013

Tips Pengambilan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum & selamat malam..hari ini merupakan hari yang sedikit stress bagi saya...minggu ni merupakan antara minggu terakhir untuk kami menghabiskan sukatan pelajaran & key-in markah PBS ke dalam sistem. So, minggu ni juga saya pulun habiskan semua aktiviti yang perlu diajar kepada anak-anak murid tercinta...di sekolah petang tadi seorang pelajar saya telah memecahkan termometer makmal secara tidak sengaja. Walhal saya sudah banyak kali berpesan pada mereka supaya berhati-hati. Merkuri dalam termometer sangat berbahaya dan harus dibersihkan dengan cermat sekali..semalam pun peristiwa yang sama berlaku..oh, my students..pls be extra careful OK? Tapi bukan ini yang saya nak huraikan malam ni...layannn..

Kali ini saya nak kongsikan panduan bagi mereka yang sedang mengambil vitamin Shaklee. Ramai yang bertanya dan keliru, kenapa bila consume Shaklee jadual makannya berbeza? Saya tak de masa, so kalau nak makan semuanya sekali gus boleh tak??

Sebenarnya, kami mengadakan jadual pemakanan yang eksklusif berdasarkan keadaan & kesesuaian pelanggan. Jadi, tidak hairanlah sekiranya jadual pemakanan yang disarankan adakalanya berbeza antara satu sama lain. Di sini adalah panduan umum yang boleh diamalkan jika anda sedang mencuba vitamin Shaklee.

Sebelum sarapan : ESP, Meal Shake, Cinch, Performance Drink
Selepas sarapan : Vita Lea, B Complex, Vita C, AJHT
Selepas makan tengahari : Alfafa, Lecithin, Omega, Carotomax
Sebelum makan malam: Zinc
Selepas makan malam : Omega Guard, Herb Lax, Alfafa, Lecithin
Sebelum tidur : Ostematrix, Vita E, Vivix, Collagen, GLA Complex

Namun, jadual di atas hanyalah cadangan untuk mendapatkan kesan optimum supaya berbaloi dengan nilai bayaran yang pelanggan keluarkan. 

Selain itu, terdapat beberapa tips berguna yang perlu diberi perhatian sekiranya anda mahukan kesan terbaik setelah mengambil suplemen Shaklee...ada juga pelanggan yang merungut, saya dah makan vitamin tapi badan masih lagi lesu & tidak bertenaga..mungkin juga khasiat vitamin tidak dapat diserap dengan sempurna akibat 'kesilapan' yang mereka lakukan. Jom semak...

  1. Ibu yang hamil dan menyusukan bayi kurang sesuai mengambil Vivix kerana ia boleh mengubah DNA & hormon. Ibu hamil dan menyusukan memerlukan hormon tertentu pada kadar yang tinggi dan hormon tertentu pada kadar sedikit. Pengambilan Vivix boleh mengganggu proses kehamilan & penyusuan.
  2. Ibu yang menyusukan juga tidak digalakkan untuk mengambil Cinch kerana Cinch mengandungi kandungan kalori yang rendah. Ibu menyusu memerlukan kalori yang banyak. ESP lebih sesuai bagi mereka yang menyusu.
  3. Penghidap SLE tidak boleh makan alfalfa kerana alfalfa mengandungi sejenis asid amino L-canavanine yang menyebabkan pesakit SLE menjadi keradangan.
  4. Ibu hamil tidak dinasihatkan mengamalkan alfalfa kerana alfalfa boleh induce kedatangan haid & menyebabkan keguguran.
  5. Penghidap Anemia tidak boleh amalkan alfalfa kerana ia boleh memusnahkan sel darah merah.
  6. Vita-Lea tidak boleh diambil bersama Ostematrix atau sebarang produk tenusu kerana kalsium akan menghalang penyerapan Iron.
  7. Vita-E tidak boleh diambil bersama Alfafa kerana alfalfa bertindak menghalang penyerapan vitamin E.
  8. Amalkan minum air kosong sebanyak 2-3 liter sehari untuk menambah daya serapan vitamin oleh badan.
  9. Pesakit Thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana ianya mengandungi kadar Iron yang tinggi.
  10. Vita-Lea sesuai diambil bersama vitamin C kerana vitamin C akan membantu penyerapan iron dalam Vita-Lea.
  11. Vitamin bukan ubat, jadi tindakannya adalah perlahan dan lembut terhadap tubuh kita. Jadi, kita harus bersabar untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.
  12. Jangan lupa berdoa kerana vitamin hanyalah ikhtiar...penyembuh datangnya daripada Allah.
Semoga artikel ini dapat membantu anda...selamat mencuba!
June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383

Isnin, 4 Februari 2013

Jadual Makan Vitamin...


  • Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).

    Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua: VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak. VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak. Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

    Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

    APA YANG TIDAK DIGALAKKAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa. Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

    Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita. Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.


    Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :

    Selepas sarapan pagi : B complex dan zink

    In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP

    Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Vitalea


    In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP


    Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)

    Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :

    Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.
    kredit : Farihah Abu Kasim

    Sebarang pertanyaan, hubungi saya di sini ye..June Mohd 019-2187383 :-)
  •