Ahad, 8 September 2013

Sebab Manusia Memerlukan Suplemen

Dewasa ini makin ramai yang telah sedar akan kepentingan pengambilan makanan tambahan. Namun, masih ada yang tidak mengendahkan keperluan suplemen kerana berpendapat pemakanan yang seimbang telah memadai untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan kita. Sebenarnya pendapat ini kurang tepat kerana tiada siapa yang boleh menjamin bahawa makanan yang diambil sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh. Di sini saya ringkaskan antara sebab manusia memerlukan suplemen @ vitamin.
~ badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dan tidak cukup dengan makanan yang kita ambil setiap hari
~ sayur-sayuran & buah-buahan tidak lagi selamat untuk dimakan kerana ditanam menggunakan racun dan baja kimia yang berlebihan
~ zat makanan semakin berkurang semasa proses penyimpanan dan memasak
~ pengambilan vitamin & ubat-ubatan kimia akan mengganggu penyerapan zat makanan
~ pengambilan makanan harian yang tidak seimbang menyebabkan badan kita semakin kekurangan nutrisi
~ gaya hidup masa kini yang hendak cepat & seringkali memilih untuk makan 'fast food' yang penuh dengan MSG
~ jadual makan yang tidak teratur akibat jadual kerja yang sibuk

Jadi, untuk menyelesaikan masalah kekurangan nutrisi, sekurang-kurangnya ambillah multivitamin yang lengkap untuk keperluan tubuh badan kita.

Multivitamin penting untuk tubuh
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Maka multivitamin harian memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.
Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
Menjaga kesihatan jantung.
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah :
  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Pengamal diet yoyo
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Pemnium alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Rujuklah kepada ahli farmasi yang bertauliah untuk mendapatkan informasi tentang multivitamin yang perlu diambil oleh anda.
Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya. 

June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/whatsapp : 017-943 8392


0 comments:

Catat Ulasan