Isnin, 14 Januari 2013

Set Kesihatan Sendi : Mencegah Terjadi dan Berulangnya Sakit Sendi



Pernah tak rasa sakit tiba-tiba di bahagian pinggang, lutut, bahu dan sebagainya bila bergerak berlebihan? Masa tu agaknya kita fikir, "Macam orang tua aku ni sakit pinggang pulak.." Silap. Anda memang silap sebenarnya bila berfikir begitu. Sakit sendi BUKAN penyakit orang tua. Sesiapa pun berisiko tanpa mengenal usia. Sekilas fakta Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan penyakit berkaitan sendi :

~ 1 dari 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko mendapat Osteoporosis
~ 50% dari kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun adalah disebabkan Osteoporosis
~ 1 dari 1,000 kanak-kanak di Malaysia berisiko mendapat Radang Sendi ( Rheumatoid Arthritis, RA )
~ Risiko penyakit RA menyerang wanita 3 kali ganda dari lelaki
~ 52% pesakit RA di Malaysia tidak dapat kembali bekerja kerana kecacatan disebabkan tidak dapat rawatan awal
~ 42% pesakit RA adalah berumur di bawah 50 tahun

Punca SAKIT SENDI?

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan:

Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi 

Kecederaan disebabkan bersukan - mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
Faktor usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang                           bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit 

Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan 

Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.

Penyakit berkaitan sendi?

Penyakit auto imun seperti Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE) 
Gout 
Arthrithis 
Osteoporosis 
Tendinitis 
Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella 

Tanda-tanda sendi tidak sihat

  • Mudah kejang dan tegang pada sendi 
  • Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan 
  • Bengkak pada sendi 
  • Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak 
  • Bunyi berkeriuk pada sendi 

Tips penjagaan kesihatan sendi

  • Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah 
  • Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal 
  • Makan makanan yang baik untuk sendi seperti : 
  • Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj 
  • Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat 
  • Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi 
  • Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium 
  • Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi 
  • Supplemen SHAKLEE untuk kesihatan/ sakit sendi




1. Joint Health Tablet

Membantu mengekalkan tulang rawan sihat 
Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu : 

- Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
- Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
- Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat 

Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari 
Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamina.


2. Omega Guard

Mengurangkan inflamasi/ radang pada sendi
Mengandungi Omega 3 yang membantu : 
- melambatkan degradasi tulang rawan 
- mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
- bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar 

Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans 

3. Ostematrix


  • Mengurangkan inflamasi 
  • Mengekalkan sel tulang yang sihat 
  • Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang 
  • Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar 
  • Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan