Memaparkan catatan dengan label Advanced Joint Health Tablet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Advanced Joint Health Tablet. Papar semua catatan

Rabu, 19 Februari 2014

Vitamin Shaklee untuk Kesihatan Sendi : Advanced Joint Health Tablet

Selama ini saya tidak pernah ambil kisah tentang suplemen yang satu ini. Saya masih muda lagi, baru berusia awal 30-an, dan saya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan sendi-sendi saya. Huh, eksyennya saya! Sehinggalah saya diberitahu bahawa penyakit sendi hanya boleh dikesan apabila ianya benar-benar serius. Apabila sendi-sendi kita mula bergesel antara satu sama lain, itu menunjukkan bahawa segala-galanya sudah terlambat! Tiada ubat untuk sakit lutut atau sakit sendi yang lain. Kalau ke klinik pun, doktor hanya akan memberi suntikan atau ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit akibat tulang-temulang yang berlagaan antara satu sama lain. Ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berterusan kerana ia memberi kesan sampingan kepada badan kita. 

Sebenarnya, kita digalakkan untuk mengamalkan vitamin untuk kesihatah sendi seawal usia 30-an supaya sendi-sendi kita lebih sihat. Jangan tunggu sehingga sendi kita benar-benar haus barulah sibuk nak cari ubat... Jangan buat macam tu ye kawan-kawan..

Antara kebaikan Advance Joint Health Tablet (AJHT) ialah :
  • bahan-bahan yang digunakan adalah 100% daripada sayur-sayuran
  • 100% bebas kekerang
  • kombinasi bahan yang digunakan adalah sangat berkesan
  • mampu menyokong keselesaan sendi apabila bergerak 
  • membantu mengekalkan tulang rawan
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
  • membantu untuk fungsi sendi yang sihat
  • dihasilkan oleh ramuan aktif yang bertindak pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang sendi perlukan.
  • kesan dapat dilihat seawal 5 hari!

Terbukti secara klinikal untuk :
  • menggalakkan mobiliti 
  • meningkatkan fleksibiliti
  • meningkatkan fungsi sendi
  • menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang
Kandungan dalam AJHT :


  • mengandungi ekstrak unik Boswellia yang menghalang penghasilan bahan kimia yang mampu menyerang tisu sendi dan mengakibatkan ketidak selesaan sendi.
  • ekstrak jagung untuk membekalkan sumber glukosamin ( pelincir ) yang pekat.
  • zinc, kuprum dan manganes adalah nutrien penting untuk membina tisu penghubung yang sihat.
  • vitamin C iaitu nutrien yang penting untuk menghasilkan kolagen dalam badan.

Inilah dia Advanced Joint Health Tablet Shaklee yang semakin menjadi pilihan ramai dewasa ini. Pengambilan 2 tablet setiap hari mampu memberikan kesan kelegaan terhadap
sendi dalam masa 5 hari.

Jagalah kesihatan sendi sebelum ia benar-benar sakit. Ibu saya merupakan seorang pesakit lutut yang serius. Beliau tak dapat nak berjalan kaki dalam jarak 50 meter pun. Setelah menggunakan set kesihatan sendi yang mengandungi AJHT, Omega Guard dan OsteMatrix, tahap kesihatan ibu bertambah baik. Alhamdulillah. Anak mana yang tidak gembira apabila tahap kesihatan ibu mereka bertambah baik, betul tak? 

Jika anda turut mempunyai masalah sendi, hubungi saya untuk mendapatkan set kesihatan sendi anda hari ini juga!

FB : June Mohd | kerengge83@gmail | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221





Rabu, 10 Julai 2013

Suplemen untuk Penyakit 'Slip Disc'



Struktur tulang belakang manusia, terdapat 'jelly-like structure' yang dipanggil 'disc'. Disc ini bertindak sebagai pelindung atau kusyen pad diantara tulang-tulang di bahagian tulang belakang. 


Slip Disc terjadi apabila disc yang menjadi kusyen antara tulang-tulang ini membengkak atau membenjol atau tersasar dari keadaan asalnya.

Disc yang membengkak ini akan menekan urat-urat saraf berhampiran. Kebiasaanya kesan slip disc akan mengakibatkan kebas-kebas dan sakit yang tidak terhingga di bahagian pinggul seterusnya ke kaki dan ke bawah.


Bagaimana ia boleh berlaku?
  • Cara duduk yang digunakan ketika mengangkat barang yang tidak betul
  • Duduk atau baring dalam keadaan postur badan yang tidak betul 
  • Membongkok terlalu lama 
  • Angkat beban yang terlalu berat 
  • Common 'sport injury' terutamanya bagi yang terlalu ghairah mengangkat berat di gym. 
Bolehkah pesakit 'slip disc' sembuh seperti biasa?

TIADA ubat untuk menghilangkan penyakit ini selama-lamanya. Cuma terdapat beberapa pendekatan bergantung pada sejauh mana seriusnya penyakit 'slip disc' itu sendiri.

Ada juga kes yang memerlukan pembedahan untuk mengurangkan kesakitan akibat penyakit slip disc.

Fisioterapi juga salah satu cara rawatan terbaik walaupun ianya memakan masa. Fisio bermula dengan rawatan cold pack pada peringkat permulaan diikuti dengan hot pack ditempat sakit. Rawatan diteruskan dengan senaman ringan bagi menguatkan otot-otot bahagian yang terlibat. 

Rawatan thermal seperti bersauna adalah digalakkan bagi mengurangkan sakit.

Suplemen yang dicadangkan untuk pesakit slip disc adalah seperti berikut :


- memelihara ligamen (tisu penyambung) yang sihat.

- menyokong keselesaan sendi

-meningkatkan kesan kusyen

OSTEMATRIX
- Sumber kalsium di mana penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligament

- Magnesium membantu penyerapan kalsium dan membantu menguatkan tulang.

- Vitamin D merangsang penyerapan kalsium.

OMEGA GUARD
- Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi

- Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

Vivix™

- Merupakan agen anti penuaan di mana menjaga keanjalan struktur Disc tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped Disc.

- Menyokong kesihatan sendi.

- Menyokong kesihatan menyeluruh.
Slip disc boleh berulang jika kita melakukan perkara-perkara salah terhadap tulang belakang kita. Jadi berhati-hatilah ketika melakukan aktiviti harian supaya masalah slip disc tidak terus menghantui hidup anda. Rujukan : http://www.puanseri.com

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 017-9438392