Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Jumaat, 14 November 2014

Resepi Puding Karamel Mudah

 
Resepi ni nampak mudah dan senang sangat-sangat... tak perlu letak telur pun tau..
itu yang saya suka tu ;)
 
Bahan A (karamel)
3 sudu besar gula
2 sudu besar air
 
Cara : Masak atas api kecil hingga perang. Sejukkan seketika.
 
Bahan B ( Puding )
1 paket agar-agar (10gm)
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
 
Cara : Satukan semua bahan B.
Didihkan di atas api perlahan.
 Kacau sehingga sebati & elakkan adunan daripada berketul-ketul.
Apabila adunan telah mendidih, padamkan api.
Tapis dan tuangkan dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
 
Selamat mencuba!
 

Isnin, 3 November 2014

Resepi Sandwich Sardin

Tak tahulah apa puncanya. Asal pergi ke sekolah je mesti rasa lapar yang amat. Nak ke kantin, dah tak ada apa-apa makanan yang boleh dimakan. Yang tersedia hanyalah keropok lekor dan roti Hawaii yang berharga 80 sen tu... Maklumlah, kami bersekolah di sesi petang. So, menu kat kantin tinggal apa yang ada sahajalah. Kalau bernasib baik, bolehlah makan lauk-pauk yang sedap sikit. Tapi biasanya tak ada apa sangatlah untuk dimakan.
 
Alternatifnya, kami membawa bekal sendiri. Macam hari ni saya bawa mangga dan asam boi untuk dimakan bersama rakan sekerja. Esoknya saya plan nak bawa sandwich sardin kot...tiba-tiba rasa nak makan sandwich. Lagi pun dah lama sangat tak buat sandwich sardin.
 
OK, kita layan resepi sandwich sardin yek..sajalah nak letak kat sini, senang nak rujuk pada masa akan datang.
 

Resepi Sandwich Sardin Sedap

 
Bahan-bahannya :
1 tin sardin bersaiz besar
sebiji limau nipis ( kalau suka masam boleh tambah lagi sebiji )
2 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 biji mentimun ( kupas dan hiris nipis-nipis)
1 biji tomato ( hiris nipis)
5-6 tangkai cili padi ( saya suka pedas, jadi kena letak lebih cili )
4 sudu besar mayonis
1/4 sudu teh lada sulah
secubit garam
sedikit minyak masak untuk menumis
 

ihsan google
 
Cara memasak:
1. Asingkan sardin daripada sosnya dan ikan sardin tersebut dihancurkan dengan garpu sehingga lumat. Tulang ikan sardin juga hendaklah diketepikan daripada isinya. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bawang besar yang dipotong dadu sehingga wangi. Masukkan isi sardin yang telah dihancurkan tadi. Perahkan jus limau nipis ke dalam bahan tumisan dan masukkan sedikit garam, lada sulah dan cili padi. Masak sehingga sardin agak garing.
3. Setelah sardin masak, matikan api dan masukkan mayonis. Gaul sehingga sebati.
4. Bakar roti seketika. Kemudian sapukan dengan mentega sebelum diletakkan inti sardin yang dah siap itu tadi. Jangan lupa letakkan timun dan tomato yang telah dihiris nipis-nipis.
5. Makanlah sepuas hati...selamat mencuba!
 
P/S : Sebelum makan sandwich ni saya akan makan Phytocol ST Shaklee dulu tau...tak nak bagi kolesterol diserap banyak sangat ke dalam badan. Berat badan pun dah tak berapa nak ideal dahni..huhuh
 
 
 
 
 

Ahad, 19 Oktober 2014

Penangan Jeruk Mangga Muda....

Pagi ni bangun lebih awal dari biasa semata-mata nak siapkan kerja yang tertangguh. Sebenarnya, Group Nenda Shaklee kesayangan saya adakan cabaran #10hariblogFST... Walaupun 10 hari jer tapi tak ramai yang mampu istiqamah update entry tau (termasuklah saya)...sape yang berjaya mengharungi cabaran 10 hari ni akan dapat hadiah istimewa :)

Semalam adalah hari kesepuluh, tapi sayangnya saya tak sempat nak post entry pape pun di blog. So, hari ni kira nak qadha yang tertinggallah kan...hahaa...boleh pulak main qadha-qadha.

Ni nak update kisah jeruk mangga muda...Ya Allah, tengok gambar pun dah meleleh air liur..sape-sape yang preggy tu sure teringin kan. Kejap lagi, nak ke pasar terus cari bahan-bahan di bawah ni. Buat sendiri lagi puas hati...makanlah sepuas-puas hati nanti..

Ekceli dari weekend lepas saya teringin nak makan 'colek' betik muda...cicah dengan cuka yang dicampur cili api, garam dan gula..hasilnya sungguh mengujakan! Tapi sayang, saya tak berjaya menjolok buah betik muda ke bawah...tinggi tau pokoknya. Lagi tinggi daripada bumbung rumah mak saya... So, hasrat nak makan colek betik tertangguh buat seketika. Tak pe2...lepas ni kita kerjakan pokok betik tu habis-habisan...hahahaaa...gian punya pasal kan :p


Siapa yang rajin bolehlah cuba buat sendiri. Memang sedap ni :)

Jumaat, 17 Oktober 2014

Projek Kuih Tepung Pelita



Hari ni bersemangat betul saya nak menjalankan misi membuat kuih tepung pelita kegemaran Faris. Kalau beli kat kedai macam tak puas je makan. RM2 baru dapat 5 biji. Tu pun Faris boleh habiskan sorang-sorang. Sebenarnya plan nak buat dari hari raya haji lagi, tapi tak berkesempatan. So, bila dah ada masa ni kita pulunlah kan...hihihii


Pagi-pagi lagi dah keluar rumah untuk mengambil daun pisang untuk dibuat bakul..lepas ni ni bolehlah buat bekas untuk mengisi kuih tepung pelita yang nak dibuat. Tapi mak cakap, kena tunggu daun pisang layu dulu barulah senang nak buat bakulnya.... so, terpaksalah saya tangguhkan projek tu hingga petang nanti...



Apa pun saya share resepinya dulu ye...senang je rupa-rupanya :)


RESEPI KUIH TEPUNG PELITA

Ihsan Google

Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
sedikit kapur - jangan letak banyak sangat, nanti pahit.

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan
sedikit garam

Cara :

  1.  Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati
  2. Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat (hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
  3. Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap
  4. 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam
  5. Kacau sehingga sebati
  6. Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat (hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
  7. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan.

NOTA:
Sedikit tip untuk membuat kuih ni basah2 seperti kuih dibeli.
Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi.
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas.
Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih.


Selamat Mencuba!