Sabtu, 1 November 2014

Tips Nak Kaya dan Berjaya

Sebenarnya bukan susah pun nak jadi kaya dan berjaya. Asalkan kita tahu caranya segalanya menjadi mudah. Inilah kepentingan ilmu. Tanpa ilmu kita akan berada di takuk lama selama-lamanya.
 
So, apakah tips mudah untuk kaya dan berjaya?
  1. Hormatilah ibu dan bapa kita. Bahagiakan mereka kerana mereka adalah punca keberkatan hidup kita. Ibu kandung dan ibu mertua sama sahaja pangkatnya. Kalau isteri, kenalah hormat suami lebih berbanding ibu bapa sendiri. Doa seorang ibu  akan mudah dimakbulkan Allah...so, cubalah untuk bahagia ibu ayah anda ya...jangan lupa minta supaya mereka mendoakan anda jadi JUTAWAN :)
  2. Pilihlah teman yang positif. Teman-teman yang positif akan mempengaruhi cara kita berfikir dan juga bekerja. Duit sukakan orang yang baik-baik dan bersih hatinya. Kalau hati dan pemikiran kita negatif, agak-agak duit nak datang dekat tak dengan kita? Duit pun takut nak dekat tau...So, mulai hari ini dan saat ini, mulakanlah untuk 'menapis' jenis-jenis teman yang kita ada. Kalau semuanya asyik nak bercerita tentang perkara negatif, eloklah dijauhkan kerana kita sedang merosakkan magnet kekayaan dan kejayaan dalam diri kita. Perkara ini hendaklah dilakukan secara berterusan kerana magnet kejayaan boleh menjadi lemah jika bercampur dengan unsur-unsur negatif. Sanggup tak?
  3. Banyakkan memberi...semakin banyak yang kita berikan, semakin banyak yang kita dapat..nak tahu kenapa? Kerana kita telah mengosongkan kolam yang ada supaya dapat menerima dengan lebih banyak. Nampak macam pelik tapi itulah hukum Alam. The more you give, the more you get! Kalau rasa nak bersedekah tapi kurang berkemampuan, apa kata mulakan dengan memberikan senyuman. Ianya percuma sahaja. Apa yang saya perasan, orang zaman sekarang ni berwajah serius dan susah sangat nak senyum kepada orang yang tak dikenali. Kenapa agaknya ya? Tapi tak mengapa, kalau terjumpa orang sebegini, berikanlah senyuman kepada mereka. Pasti suasana akan bertukar kepada lebih ceria dan gembira...insya Allah.
  4. Hitung nikmat yang kita ada dan bersyukurlah....kalau hari ini kita rasa susah, sebenarnya ramai lagi yang hidup lebih susah berbanding kita. Cuba hitungkan satu-persatu nikmat yang Allah bagi, pastinya kita akan menjadi orang yang lebih bersyukur. Elakkan membandingkan diri kita dengan orang lain kerana setiap daripada kita adalah berbeza!
  5. Doakan yang baik-baik tentang diri kita...elakkan asyik sebut 'aku tak de duit...aku tak de duit, aku tak de duit...kadang-kadang duit tu ada je walaupun tak banyak, tapi bila diulang-ulang 'zikir' yang sama, duit pun akan menjauhlah...duit pun ada 'energy' dia sendiri tau...jangan main-main.
Apa yang kita buat, apa yang kita sebut, apa yang kita fikir...semuanya adalah doa. So, lepas ni elakkan berfikiran negatif kerana ia juga merupakan salah satu daripada bentuk doa!
 
 
P/S : Bukan mudah untuk bertukar menjadi seseorang yang positif dan kurang stress. Macam saya, saya memilih B Complex Shaklee sebagai alat untuk mengurangkan tekanan. Maklumlah, gaya hidup sekarang ni bukan main stress lagikan.
 
Semoga bermanfaat :)

1 comments:

  1. mmg stress da skrg. byk kerja tanda kertas pekse
    boleh gugur rambut

    BalasPadam