Ahad, 2 November 2014

Hari Penentuan Seorang Pelajar

Alhamdulillah...masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba akhirnya. Kini tibalah masanya untuk semua calon SPM untuk menduduki peperiksaan yang paling penting dalam menentukan corak masa hadapan mereka.
 
Hari ini, tanggal 3 November 2014, semua calon SPM di seluruh negara akan memulakan kertas peperiksaan pertama mereka bermula pukul 8 pagi nanti.. teringat pula kenangan mengawas peperiksaan STPM beberapa bulan yang lalu. Macam-macam gelagat pelajar dapat dilihat. Ada yang nervous, ada yang kelihatan begitu yakin sekali dan ada juga yang kelihatan tenang dan bersahaja.
 
Apa pun, saya harap agar semua calon yang menduduki SPM tahun ini akan dapat menjawab semua soalan dengan mudah. Buat semua pelajar saya, Cikgu doakan kalian dapat menjawab dengan tenang. Baca soalan dengan teliti dan jawab sebaik mungkin. Semoga kejayaan bakal menjadi milik anda semua!
 
 

 
 
P/S : Teringat kenangan menduduki peperiksaan SPM 14 tahun yang lalu....kenangan yang terlalu mahal harganya. Terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidik saya dari darjah 1 sehinggalah ke Universiti...


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan
vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

 

0 comments:

Catat Ulasan