Khamis, 13 November 2014

Antara Dua Darjat

Saya agak terkedu dengan pernyataan akhbar ini... kalau hari ini gaji RM3600 pun sudah dikira miskin, macam mana agaknya keadaan kita sepuluh tahun akan datang ya? Berapa banyak pekerjaan yang kita perlu buat dalam sehari untuk menjadikan kita orang yang kaya atau setidak-tidaknya bertaraf hidup sederhana.
 
Sebab itulah, kita harus beringat dari sekarang. Gaji yang diperoleh, biarpun sedikit perlulah digunakan dengan berjimat-cermat. Sekurang-kurangnya, buatlah simpanan sebanyak 10% supaya kita mempunyai wang untuk membuat pelaburan yang sesuai apabila keadaan mengizinkan...Tapi janganlah mudah gelap mata dan menyertai skim cepat kaya Pak Man Telo pulak ye...duit hangus sekelip mata, hasil yang diharapkan lesap entah ke mana.
 
Menurut bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, masyarakat bumiputera terutamanya Melayu harus mengubah sikap supaya berlumba-lumba untuk mencipta kejayaan. Selain itu, berbelanjalah mengikut poket sendiri dan bukannya berbelanja dengan boros seolah-olah mempunyai duit berjuta-juta dalam simpanan. Jutawan adalah orang yang pandai membuat simpanan. Jika hari ini kita tak mampu nak simpan hatta RM5 tanpa diusik setiap bulan,mana mungkin kita dapat menyimpan RM500 sebulan apabila pendapatan kita telah bertambah. Keadaan ini amat merugikan kerana wang yang mampu kita simpan itu merupakan satu langkah untuk kita menuju ke arah kejayaan yang lebih besar lagi. Tanpa RM5, duit kita tak akan jadi sejuta kan?
 

3 comments:

  1. takde maknanya nak berlagak.kalau seorang anak perlukan 400 sebulan untuk perbelanjaan asrama,3x4 dah jadi 1200.Belum kira sewa rumah,bil utiliti,duit minyak,tambang bas sekolah anak-anak lain,belanja makan,agaknya kaya tak kita.Kan?

    BalasPadam
  2. kena banyak menyimpan dan berjimat skg ni..tp majoriti kita ni dah buat abis daya dh berjimat dan menyimpan...masih lagi lom mencukupi...moga kita sentiasa tabah menghadapi dugaan ini

    BalasPadam