Ahad, 23 Jun 2013

Vitamin Shaklee untuk Pesakit Diabetis

Tahukah anda? Bilangan pesakit diabetis di Malaysia semakin meningkat hampir 80 peratus dalam jangka masa 10 tahun ( 1996-2006) kepada 1.4 juta orang pesakit. Jumlah ini sangat membimbangkan kerana diabetis merupakan penyakit yang berbahaya dan boleh terkena kepada sesiapa sahaja yang gemarkan makanan yang manis- manis. Faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan penyakit diabetis adalah disebabkan oleh tabiat makan yang kurang sihat dan gaya hidup masyarakat Malaysia yang kurang bersenam akibat terlalu sibuk dengan kerjaya.

Apakah diabetis?
Diabetis atau pun kencing manis merupakan penyakit metabolik yang disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam darah. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu Jenis Pertama ( Type 1) yang berlaku akibat kekurangan pengeluaran hormon insulin. Manakala diabetis Jenis Kedua ( Type 2 ) pula adalah diakibatkan oleh keadaan sel yang tidak dapat bertindak balas terhadap hormon insulin dengan baik. Insulin merupakan hormon yang berfungsi untuk mengawal kandungan gula yang bersesuaian dalam darah. Insulin amat penting untuk membantu proses penyerapan gula ke dalam sel untuk membekalkan tenaga kepada badan. 
Gambar : Ehsan Dr. Google


Punca sebenar diabetis?
Makanan merupakan penyumbang utama kepada faktor peningkatan jumlah pesakit kencing manis. Makanan seperti nasi, roti putih, minuman berkarbonat dan mi boleh menyebabkan peningkatan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Malaysia merupakan negara yang mewah dengan makanan, maka tidak hairanlah begitu ramai rakyat Malysia yang menghidap penyakit kencing manis. Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti tekanan, kurang bersenam, kurang masa untuk berehat dan meroko turut meningkatkan risiko untuk kita mendapat diabetis.

Adakah penghidap diabetis memerlukan perhatian doktor? 
Sudah tentu! Selain daripada penyakit jantung dan darah tinggi, kencing manis merupakan salah satu daripada penyakit kronik yang memerlukan perhatian serius daripada doktor. Tanpa pemantauan doktor dan 'pantang' daripada pesakit, kencing manis boleh mengakibatkan komplikasi pelbagai jenis penyakit lain seperti jantung, kegagalan buah pinggang, selaput pada mata yang pada suatu tahap boleh mengakibatkan buta dan silap-silap hari bulan kaki pun terpaksa dipotong akibat jangkitan bakteria pada luka yang lambat sembuh!

Apakah tanda-tanda awal jika seseorang itu menghidap kencing manis?

Penghidap kencing manis pada kebiasaannya:
  • berasa cepat dahaga
  • cepat letih
  • mengalami penurunan berat badan yang mendadak
  • kerap kencing terutamanya pada waktu malam
  • cepat kebas pada bahagian jari kaki atau jari tangan

Selain mendapatkan rawatan doktor, kita juga boleh mengawal kencing manis dengan pengambilan suplemen. Di sini saya ingin kongsikan tentang cadangan suplemen bagi pesakit kencing manis :
  • VIVIX ~ kaya dengan resveratrol yang meningkatkan tahap sensitiviti hormon insulin & mengurangkan membantu mengurangkan simptom bagi pesakit diabetis Type 2.
  • ESP ~  mempunyai tahap indeks glisemik yang rendah iaitu hanya 3.9. ESP akan dicerna secara berperingkat dan menyebabkan paras gula dalam darah dibebaskan mengikut keperluan sedikit demi sedikit.
  • VITALEA IRON FORMULA ~ mengandungi 28 vitamin & mineral lengkap termasuk kromium. Kromiun adalah sejenis mineral yang amat penting untuk menjalankan fungsi badan manusia yang normal. Ia penting bagi mengawal paras gula dalam darah mengikut keperluan badan manusia.
  • GLA COMPLEX ~ bertindak merendahkan kandungan gula dalam darah & mengurangkan kebas akibat lebihan gula dalam darah.
  • VITAMIN C~ mempercepatkan proses penyembuhan luka pada pesakit kencing manis
  • ZINC COMPLEX~ membantu pankreas untuk merembeskan hormon insulin yang penting untuk mengawal kandungan gula pada tahap yang diperlukan dalam darah.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383



2 comments:

  1. bagus info tentang diabetes ni,kan.kadang2 semua tak tau tanda2 mereka ada diabetes.

    BalasPadam
  2. semoga bermanfaat untuk semua...

    BalasPadam