Rabu, 7 Mei 2014

Kelebihan Vitamin C Sustained Release Shaklee berbanding Jenama Lain

Alhamdulillah. Vitamin C Sustained Release ( Vita-C SR) yang pernah kehabisan stok selama setahun dulu masih berada di pasaran sehingga kini. Tak tahulah apa yang akan jadi kalau stok vitamin C kehabisan lagi. Mahunya meroyan ahkak-ahkak yang mau cantik tu kan..huhu... Vita C SR yang terbaru keluara Shaklee kini pula telah diperkaya dengan bioflavonoids. Apalah yang best sangat tentang vitamin C dan bioflavonoids ni ye?





APA ITU BIOFLAVANOID

Bioflavonoids merangkumi sekumpulan besar nutrien dengan aktiviti antioksidan. Bioflavonoids sitrus, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan nutrien yang berasal dari kulit dan pulpa produk sitrus. Bioflavonoids sitrus bertindak secara sinergistik dengan vitamin C. Setiap bahan meningkatkan tindakan yang lain. 

Bioflavonoids sitrus diperlukan oleh vitamin C untuk digunakan dengan berkesan oleh badan. Ia juga meningkatkan keberkesanan vitamin C dengan melambatkan kerosakan.



FUNGSI BIOFLAVANOID
 

Bioflavonoids bertindak bersama vitamin c untuk :

1. Melindungi dan mengekalkan struktur salur kapilari darah
2. Mempunyai kesan antibakteria
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Merangsang pengeluaran hempedu
5. Mengekalkan tahap kolesterol darah yang lebih rendah
6. Merawat dan mencegah katarak
7. Bertindak sebagai antihistamin
8. Mempunyai ciri-ciri anti-radang
9. Mengurangkan gejala herpes mulut


Bioflavonoids juga berfungsi sebagai antioksidan dalam tumbuh-tumbuhan. Cuba kita lihat, tumbuh-tumbuhan yang terdedah kepada cahaya matahari sepanjang hari, menerima dos cahaya ultraungu (UV) yg tinggi kan? Bioflavonoids membantu melindungi tumbuhan daripada sinaran UV yang berbahaya dan meneutralkan radikal bebas molekul tidak stabil dengan elektron berpasangan yang mereka keluarkan.

 Dan apa yang BEST nya tu, kesan antioksidan bioflavonoids yg sama macam ni jugak berlaku pada manusia yg mengambilnya.


BAHAN MAKANAN YANG MENGANDUNGI BIOFLAVANOID 

Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih tepat di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoid juga terdapat dalam lada, anggur, kayu pinus, bawang-bawangan, berry, teh hijau, sorgum, apricot, kedelai, tomat, brokoli, seledri, paprika, buncis, delima, jeruk nipis, jeruk lemon, anggur, apel, pir, stroberi dan lain-lain.

BAHAN YANG MENGURANGKAN KADAR BIOFLAVANOID DALAM TUBUH


Beberapa bahan dapat menghilangkan bioflavonoid dari tubuh. Salah satunya yang paling buruk adalah asap rokok dan banyak minum alkohol. Aspirin dan ubat-ubatan penghilang rasa sakit juga dapat membuang bioflavonoid dari tubuh. Demikian pula dengan antibiotik dan cortisone.

SIAPA YANG PERLUKAN BIOFLAVONOIDS


1) PEROKOK –asap rokok merosak bioflavanoids dan vitamin C dengan cepat. 

Perokok memerlukan extra bioflavanoids dan vitamin C untuk melawan kerosakan sel dari asap rokok 
Perokok pasif juga memerlukan extra bioflavanoids dan vitamin C
2) Orang tua kerana daya tahan mereka semakin lemah
3) Penderita asma dan alergi
4) Penderita kencing manis 
5) Orang yang terkena jangkitan kerana bioflavanoids dan vit c dapat mengurangkan risiko infeksi
6) Penghidap hypertensi – dapat menurunkan tekanan darah
7) Orang yang stress – dapat mencegah stress dan proses pemulihan stress dapat dipercepat dengan mengambil bioflavanoids dan vitamin c


Kira dalam bahasa mudahnya BIOFLAVANOID ni akan menambahkan keberkesanan VITAMIN C dalam badan kita dan mengelakkan dari cpt teroksida dan apa yg bagus lg ia adalah dr CITRUS BIOFLAVANOID yang menjadikan ia selamat utk ibu2 yg hamil serta menyusukan anak

INTERAKSI  POSITIF VITAMIN C DAN VITAMIN/ MINERAL/ UBAT LAIN

  • Amat bagus diambil bersama Vitamin E. Meningkatkan potensi Vitamin C
  • Ambil bersama iron tapi jangan dalam megadose. Ikut arahan label.

 

INTERAKSI  NEGATIF VITAMIN C DAN VITAMIN/ MINERAL/ UBAT LAIN

  • JANGAN ambil vitmin C dengan ubat diabetes kerana ia boleh mengurangkan kesan ubat itu.
  • JANGAN ambil vitamin C dengan Aspirin kerana boleh mengganggu perut.

 

IKUT ARAHAN DOS PADA LABEL, KERANA…

  • Menyebabkan oksidasi (adverse effect, ia tidak lagi menjadi antioksian) jika diambil berlebihan oleh pesakit buah pinggang.
  • Menyebabkan bayi dalam kandungan menghadapi simptom kurang vitamin C apabilalahir jika ibunya mengambil lebih daripada 5000mg (LIMA RIBU, BUKAN LIMA RATUS) Vitamin C semasa hamil.

Vitamin C SHAKLEE merupakan vitamin C terbaik kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan terpilih, vitamin C memerlukan bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan Vitamin C untuk diserap oleh tubuh kita. sumber

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan