Memaparkan catatan dengan label kesan kekurangan vitamin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesan kekurangan vitamin. Papar semua catatan

Isnin, 7 April 2014

Sejauh Mana Kepentingan Kalsium kepada Manusia?

Assalamualaikum dan apa khabar semua my lovely readers. Hari ini kita cerita tentang kalsium pulak ye. Ada tak sesiapa kat sini yang tak suka minum susu? Saya merupakan penggemar susu, jadi agak menghairankan bagi saya jika ada orang yang anti sangat dengan susu ni...segala jenis susu pun saya suka...daripada susu lembu, susu kambing hatta susu soya pun saya minum :-)

Sebenarnya, sejak dari zaman persekolahan sehinggalah masuk ke bidang pekerjaan, ramai sangat rakan yang saya jumpa tak suka atau kurang gemar minum susu. Tapi saya nampak mereka macam Okey2 jek... Ada jugaklah sorang dua yang sering mengadu dah sakit-sakit lutut walaupun usia belum pun masuk 30-an! Masalah tambah serius apabila mereka  ni sedang hamil. Orang hamil memerlukan kalsium dua kali ganda lebih banyak berbanding orang biasa. Yelah, bayi yang sedang membesar dalam perut akan menyerap kalsium daripada ibunya untuk pembentukan tulang yang sempurna. Bayangkan apa yang akan terjadi, jika ibu tersebut tidak mengamalkan pengambilan kalsium yang cukup?


Kalau saya memang tak suka minum susu. So, what are the worst things can happen if I do not consume enough calcium intake?

Mari sini nak cerita.. Kesan kekurangan kalsium dalam badan :

  1.  Badan mudah mengalami masalah kekejangan atau kebas-kebas
  2. Melemahkan usus dan sering sembelit
  3. Mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam
  4. Sering mengalami sakit dan lenguh pada bahagian pinggang
  5. Emosi tidak stabil dan mudah naik angin
  6. Melambatkan proses pembekuan darah dan penyembuhan luka
  7. Menyukarkan pembentukan tisu kolagen, ia boleh membawa kepada masalah arthritis
  8. Merendahkan kadar metabolisme dalam badan
  9. Boleh meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  10. Lemah, 'lemau', tidak bersemangat dan cepat letih
  11. Risiko tulang reput apabila usia semakin meningkat
  12. Bersiap sedialah untuk pakai gigi palsu! Gigi akan cepat rosak dan tercabut satu-per satu.

Bersedialah untuk kurang inci apabila tak cukup kalsium dalam badan

Jadi...ehem..ehem... nak promote lettewwww... Saya terpaksa akui, adakalanya saya tidak sempat untuk minum susu setiap hari...tapi saya akan pastikan supaya saya mendapat sumber kalsium melalui OsteMatrix Shaklee setiap malam sebelum tidur. Dan, alhamdulillah hasilnya mengujakan! Badan cergas, pagi-pagi dah lawas membuang dan yang paling penting saya mudah bergerak tanpa ada lenguh di sana-sini. Wah...hepinyaaa!

Siapa nak rasa pengalaman macam saya? Jom, dapatkan OsteMatrix Shaklee sekarang. Sebotol hanya RM61.00 dan mengandungi 120 biji. Eh eh...tak mahal pun kan? 

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Jumaat, 25 Oktober 2013

Apa yang kita perlu tahu tentang Vitamin C?

Selain vitamin B Complex, Vitamin C juga merupakan sejenis vitamin larut air dan ia dikenali sebagai 'L-ascorbic acid'. Badan kita tidak mampu menghasilkan vitamin C. Memandangkan ia sangat penting untuk melengkapkan fungsi badan manusia, kita perlu mendapatkannya melalui makanan harian setiap hari.

Fungsi Vitamin C 
  1. Mampu memperbaiki tisu-tisu yang rosak.
  2. Sangat berguna untuk menjaga kesihatan gusi ( vit C ibarat gam yang membolehkan gigi melekat pada gusi).
  3. Mengelakkan stress kerana vitamin C berperanan mengeluarkan hormon anti-stress.
  4. Bertindak untuk bergabung dengan toksin  dan mengangkutnya keluar daripada badan.
  5. Sangat penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan kolagen tanpa vitamin C adalah satu kerugian yang besar kerana kolagen tak mampu memberikan kesan yang terbaik terhadap kulit anda.
  6. Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman. Sebab itulah vitamin C antara suplemen wajib untuk set berpantang.
  7. Meningkatkan sistem imun badan
Kesan Kekurangan Vitamin C
Apakah pula kesan andai kita tidak mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi setiap hari? Vitamin C adalah vitamin larut air. Ia tidak akan disimpan di dalam badan dan kita harus mengambilnya dalam diet harian. 
  1. Badan mudah diserang selsema dan demam.
  2. Cepat tertekan.
  3. Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik.
  4. Gusi mudah berdarah.
  5. Mudah diserang ulser.
  6. Luka lambat sembuh.
  7. Sakit pada bahagian sendi.
  8. Masalah pencernaan.
  9. Wajah tampak lebih tua daripada usia sebenar...tak sanggupkan?hihi..
  10. Tapak kaki kelihatan seperti orang berusia 60-an! Kering & bersisik.
Berapa banyakkah vitamin C yang perlu kita ambil setiap hari? 


Recommended Dietary Allowance (RDA) mencadangkan pengambilan vitamin C seperti berikut :
 
Wanita dewasa : 75mg, Lelaki dewasa : 90mg 
(Jumlah ini boleh didapati daripada sebiji oren bersaiz sederhana.)
Perokok : 125mg

Jadi, sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, eloklah cuba amalkan makan buah-buahan setiap hari.

Terima kasih kerana sudi membaca.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383


Isnin, 21 Oktober 2013

Kekurangan Vitamin, Buruk Padahnya

Tahukah anda masalah berkaitan emosi juga boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin? Ya, ia bukan saja menunjukkan kesan dari segi fizikal, malah lebih dari itu, bila kita kurang vitamin. Jom kita tengok apa kesan-kesan kekurangan vitamin ni..

   Vitamin B Complex – vitamin yang paling banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak

Vitamin B1 – kurang kosentrasi dan daya tumpuan
Vitamin B3 – tekanan perasaan
Vitamin B5 – kurang daya ingatan, stress
Vitamin B6 – mudah terasa hati, kurang daya ingatan, tekanan perasaan, stress
Vitamin B12 – kurang daya ingatan, keliru
Asid Folik – tekanan perasaan, gemuruh

   Vitamin C – bukan untuk kulit sahaja

Kekurangannya menyebabkan seseorang menjadi tertekan...

   Magnesium (dalam Ostematrix)

Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan, sukar tidur…

   Zinc

Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami kekeliruan, ‘blank’, tertekan, kurang motivasi, hilang selera makan, kurang konsentrasi.
Jadi bila anda mengalami perkara-perkara di atas, usah risau, anda masih belum gila.. cuma kekurangan vitamin saja.
Dapatkan
  • B Complex
  • Vita-C Sustained Released 500mg
  • Ostematrix (Calcium, Magnesium, Vitamin D)
  • Zinc

Kredit : http://vitaminsemulajadi.com/kesan-kekurangan-vitamin/



June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383