Masalah jerawat mengganggu hidup anda? Kadang2 tu bila keluar jerawat batu yang besar gedabak tu boleh merendahkan tahap keyakinan diri kita. Nak keluar jumpa kawan2 pun terasa segan...apa lagi kalau nak ke kelas, ke tempat kerja mahu pun berdepan dengan orang ramai..karang ramai pulak yang menegurnya...huhuhh..Jerawat merupakan masalah yang seringkali dihadapi oleh remaja yang sedang membesar. Jom kenali apa itu jerawat & punca- punca yang menyebabkan jerawat mudah melata pada wajah.
Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat. (sumber : DrHasseenah.com)
Cadangan suplemen untuk mencegah masalah jerawat :
GLA - berfungsi untuk memulihkan kulit yang rosak
Vita E - hilangkan parut jerawat dengan lebih cepat
B complex - penyebab jerawat adalah akibat kekurangan vitamin B6 dalam diet harian
Vitalea - chromium membantu untuk metabolisma gula. Metabolisma gula yang tak stabil akan menyebabkan masalah jerawat.
Zinc - mengurangkan & mencegah pengeluaran jerawat serta membantu untuk memulihkan kesan-kesan luka akibat jerawat.
June Mohd | kerengge83@gmail.com | sms/ whatsapp : 017-943 8392
0 comments:
Catat Ulasan