Isnin, 9 Disember 2013

Vitamin untuk Ibu Hamil Cegah Sembelit

Assalamualaikum w.b.t...

Jika semalam saya berkongsi tentang suplemen yang mampu membantu ibu hamil mengelakkan sakit-sakit pinggang, hari ini entri saya masih lagi berkisarkan tentang ibu mengandung. Saya mempunyai 'passion' yang tinggi terhadap ibu hamil kerana bagi saya, mereka begitu istimewa. Tanpa wanita yang sanggup hamil, manakan bisa lahirnya insan-insan yang hebat di dunia ini...that's why they are so special. Macam saya sendiri, saya sangat mengagumi ibu saya yang mampu melahirkan berbelas-belas orang anak. Meriah betul keluarga besar kami dibuatnya :-)

Bercerita tentang kehamilan, masalah yang biasa timbul sewaktu di akhir-akhir kehamilan ialah sembelit. Sembelit semasa hamil berlaku akibat terdapat hormon progesteron yang banyak. Ia menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Selain itu, rahim yang semakin membesar juga akan memberi tekanan kepada usus jadi ia boleh memperlahankan pergerakan najis ke rektum. Pengambilan pil zat besi yang dibekalkan kepada ibu hamil juga boleh mengakibatkan najis menjadi lebih keras dan sembelit.


Jadi, macam mana nak kurangkan masalah sembelit ketika hamil?
Ibu-ibu hamil hendaklah mengambil jumlah serat yang mencukupi dan hendaklah mengamalkan minum air masak dengan lebih banyak iaitu lebih kurang 3 liter setiap hari. Selain itu, bolehlah mencuba Vita-Lea sebagai alternatif kepada pil zat besi yang klinik bekalkan. Untuk mencegah daripada masalah sembelit ketika mengandung, ada baiknya jika anda mencuba Ostematrix. Ia juga merupakan sumber kalsium yang hebat dan mampu untuk mengelakkan daripada rasa lenguh atau kejang pada mana-mana anggota badan. Meal shakes juga merupakan sejenis makanan segera hebat yang mampu untuk mengurangkan masalah sembelit bagi wanita hamil.

Sekian dahulu ceritera saya pada petang ini. Semoga bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. Salam sayang buat semua...Jaga diri, jaga kesihatan di musim-musim banjir ini...Take care tau :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA 017-943 8392






0 comments:

Catat Ulasan