Memaparkan catatan dengan label kekurangan nutrisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kekurangan nutrisi. Papar semua catatan

Selasa, 19 November 2013

Kekurangan Nutrisi Rencatkan Perkembangan Anak Kesayangan Anda

Kepentingan Omega 3 DHA dan EPA 

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral, dan vitamin.Terdapat beberapa jenis lemak yang perlu di ambil oleh kanak-kanak demi pembentukan minda dan fizikal yang optimum. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, si kecil memerlukan kandungan lemak seperti linoleik asid dan alpha - linolenik asid yang juga dikenali sebagai asid lemak perlu. Asid lemak perlu adalah sejenis lemak yang perlu diambil dari makanan. Hal ini kerana, badan manusia tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri. Kedua-dua kandungan ini boleh di dapati daripada lemak sayuran serta produk tenusu seperti susu. Alpha - linolenik asid akan ditukarkan kepada Omega - 3 yang juga amat penting dalam membantu otak kita berfungsi secara normal.

Comelnya kucing, tak sampai hati pulak nak makan...


Selain itu, contoh Omega – 3 yang lain ialah seperti EPA (Eicosapentanoic asid) dan DHA (Docosahexanoic asid). Jika dilihat pada label pemakanan, kita akan lebih mudah mendapati kandungan DHA terutamanya pada produk susu kanak-kanak. Hal ini kerana kandungan berkenaan amat penting dalam pembentukan otak kanak-kanak. 

Omega - 3 dan 6 juga turut menghasilkan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai eicosanoids. Antara salah satu bahan yang terdapat di dalam kumpulan eicosanoids adalah prostaglandins. Prostaglandins adalah bahan yang amat penting kepada badan manusia. Di dalam buku “Omega 3 oils – A practical guide” turut menyediakan maklumat penting mengenai peranan prostaglandins antaranya seperti:
  • Sistem imun badan –terutamanya di dalam tindak balas alergik.
  • Sistem pencernaan – mengawalatur sistem pencernaan perut.
  • Membaik pulih sel – pembentukan sel-sel baru.
  • Suhu badan – Memastikan suhu badan manusia normal.
  • Tekanan bendalir – pada bahagian mata dan telinga.

Kesimpulannya, untuk perkembangan kanak-kanak yang optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak untuk mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang. Contohnya, makanan yang kaya dengan Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dengan omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dalam diet harian boleh dibantu dengan pengambilan supplemen Omega Guard yang lengkap dgn DHA dan EPA. Jom dapatkan khasiat Omega Guard Shaklee untuk buah hati anda sekarang.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA 017-9438392 

Selasa, 18 Jun 2013

Kesan Kekurangan Berat Badan

[PROMO JUN - Mealshake]

KOMBO 4 - Nak Tambah Berat Badan? Set WEIGHT GAIN ni highly recommended bagi yang ada masalah berat badan kurang. 

Berat badan yang tidak normal iaitu di bawah berat badan ideal sebenarnya (BMII < 18.5) akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius seperti :

1. KEGUGURAN DAN MASALAH KEHAMILAN (bagi ibu mengandung) : Kajian ke atas 603 wanita yang underweight menunjukkan, 72% berisiko mengalami keguguran janin semasa trimester pertama. Satu lagi kajian ke atas 943,000 wanita di Sweeden menunjukkan wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko alahan mengandung yang teruk semasa mengandung.

2. MASALAH KESUBURAN LELAKI : Penyelidik Denmark pula mendapati terdapat kaitan di antara berat badan lelaki dengan kualiti dan kuantiti sperma. Jika berat badan kurang, kuantiti sperma adalah 33% lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal.

3. MASALAH PARU-PARU : Wanita yang terlalu kurus mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah paru-paru seperti pneumonia, bronchitis dan asthma apabila usia bertambah. Penyelidik juga mendapati, wanita yang underweight mempunyai kesukaran dengan hormon pertumbuhan yang dipanggil "growth-factor". Ia menyebabkan kesihatan tisu pada paru-paru sukar untuk dikekalkan.

4. KEMALANGAN : The American Journal of Public Health menunjukkan satu kajian oleh Wisconsin Medical College ke atas 22,000 orang, lelaki yang underweight mempunyai risiko tinggi untuk mati akibat kemalangan, berbanding lelaki yang mempunyai berat badan normal/ berlebihan

5. TULANG RAPUH : Kajian menunjukkan lebih kurus seseorang wanita itu, lebih rendah kepadatan tulang mereka. Kajian ke atas 3,383 wanita underweight yang berusia menunjukkan, mereka lebih mudah mendapat keretakan tulang pinggul.

6. ARTHRITHIS : Kajian The Mayo Clinic mendapati, orang yang kurus dan underweight mempunyai lebih kesukaran jika menghidapi arthritis. Apabila arthritis berlaku, keradangan berlebihan boleh berlaku tiga kali ganda lebih di seluruh badan.

7. PENYAKIT JANTUNG : Penyelidikan mengkaji genetik 75,000 orang yang mempunyai gen kurus IRS1 mendapati mereka lebih mudah mempunyai paras lemak yang tinggi di dalam darah. Ia meningkatkan risiko penyakit jantung. Penyelidik memberi amaran, "Lemak yang disimpan di dalam badan adalah lebih berbahaya dari lemak yang tersimpan di bawah kulit"

8. DIABETES : Individu dengan gen kurus IRS1 juga adalah berisiko tinggi mendapat diabetes type 2 sebanyak 20% lebih tinggi.

9. KANSER PAYUDARA : The Karolinska Institute di Stockholm, Sweden menjalankan kajian ke atas 6,000 wanita. Mereka mendapati wanita Sweeden yang mempunyai berat yang lebih tinggi semasa muda mempunyai risiko yang lebih rendah terhadap kanser payudara ketika menopause. Walaubagaimanapun, berat berlebihan semasa berusia pula meningkatkan risiko kanser payudara hingga menyebabkan kematian.

10. TEKANAN : Kajian di Sweden mendapati lelaki kurus atau underweight adalah lebih mudah mengambil keputusan membunuh diri. Meraka yang underweight mempunyai 12% lebih risiko. Meraka yang overweight pula mempunyai 12% kurang risiko membunuh diri

SUMBER :

http://www.dailymail.co.uk/health/article-2011309/Broken-bones-depression-lung-disease-Why-skinny-bad-you.html

So... watch out your weight!!!!
Sempena bulan PROMO ni, dapatkan set kombo 4 dgn gabungan Mealshake bersama salah satu @ kedua produk ni utk penjimatan lebih!!!Set ini terdiri daripada Mealshakes, B Complex, Vitamin C dan Vitalea.


June Mohd | kerengge83@gmail.com | 017-943 8392

Rabu, 16 Januari 2013

Suplemen untuk Anak Cerewet Makan

Assalamualaikum semua....jika sebelum ini saya berikan tips untuk menyelesaikan masalah 'picky eater' di kalangan kanak-kanak, pagi-pagi hari ni pula saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang suplemen terbaik untuk anak anda. Suplemen yang saya cadangkan untuk menyelesaikan masalah anak anda ialah Meal Shake. Mari kita lihat apa itu yang terkandung di dalam Meal Shakes.

Manfaat utama:

1. Nutrisi yang lengkap : menyediakan 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar penyerapan vitamin dan mineral dalam tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang membantu menyerap vitamin larut lemak.

2. Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh : kaya dengan protein untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan sistem imun.

3. Membantu tumbesaran : mengandungi asid folik, biotin dan kaya dengan kalsium & magnesium yang diperlukan untuk membina sel-sel dan tulang untuk proses tumbesaran kanak-kanak.

4. Anti oksida : mengandungi vitamin A, C, E,zink dan selenium yang bertindak sebagai agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan & melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan seri wajah : mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat dan seterusnya memjadikan kulit lebih cantik :-)

6. Detoksifikasi : kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari dalam perut dan usus.

7. Rasanya yang lazat : Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera jika badan mengalami kekurangan zat & vitamin, mineral serta tenaga. Yang paling penting, MEAL SHAKES tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. 

jom lihat testimoni pengguna meal shake:
jadi kepada ibu ayah di luar sana...usah biarkan anak anda kekurangan nutrisi kerana enggan makan...selesaikan masalah anda segera kerana kekurangan nutrisi boleh menyebabkan anak anda mengalami masalah pembelajaran pada masa hadapan...bertindaklah sekarang!

hubungi saya untuk mendapatkan produk ini...dapatkan konsultasi percuma EKSKLUSIF untuk anda yang membeli melalui VitamineShoppe...

June Mohd
0192187383
kerengge83@gmail.com

SEKIAN TERIMA KASIH ;-)