Rabu, 15 Januari 2014

Bahaya Perut Buncit yang Tidak Boleh dipandang Ringan!

Masalah perut buncit bukanlah sesuatu yang menghairankan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai masalah perut buncit. Perut yang buncit mungkin disebabkan oleh tabiat makan yang tidak teratur, gemarkan makanan yang berminyak, kurang bersenam dan mengalami masalah penghadaman. Sebenarnya, bukan orang yang gemuk sahaja yang mengalami dilema perut buncit. Orang yang kurus melidi juga adakalanya berperut buncit. Walau apa pun puncanya, perut buncit sememangnya menjejaskan penampilan diri seseorang. Selain itu, masalah perut buncit boleh menjadi punca kepada penyakit-penyakit yang lain. Jom kita tengok apakah bahaya perut buncit.

1. Penurunan fungsi paru-paru
Menurut sekumpulan penyelidik dari Findland, masalah perut yang terlalu besar adalah berkait rapat dengan penurunan isipada dan fungsi paru-paru. Jika dibandingkan dengan orang yang berperut rata, orang yang berperut buncit memberikan hasil yang kurang memuaskan semasa ujian pernafasan dibuat. Sekiranya hal ini dibiarkan berlarutan, penurunan fungsi paru-paru boleh menyebabkan gejala sukar bernafas dan seterusnya menyebabkan masalah asthma.
2. Kerosakan pembuluh arteri
Sebuah kajian pada tahun 2012 menemukan adanya kaitan antara perut buncit dengan kekakuan arteri. Peneliti mengamati dua orang dengan masalah perut buncit  dan obesiti secara umum. Penemuan mendapati bahawa setiap peningkatan 0.1 nisbah lemak di pinggang mampu meningkatkan risiko kerosakan arteri. Jika dibiarkan, ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit jantung boleh membawa kepada stroke.

3. Mengundang penyakit diabetis
Pengumpulan lemak di perut akan membuatkan tubuh menghasilkan hormon yang meningkatkan sistem metabolisme. Hal ini mampu mengubah reseptor insulin dalam tubuh, sehingga tubuh sukar untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, kita akan mudah diserang penyakit diabetis.
4. Penyakit  Alzheimer
Kajian pada tahun 2010 menemukan bahawa jumlah lemak di perut berkaitan dengan penurunan isipadu otak. Penurunan isipadu dan jisim otak akan melemahkan daya ingatan. Jika hal ini berlanjutan terlalu lama, ia boleh menyebabkan penyakit otak seperti Alzheimer.


5. Kolesterol tinggi
Lemak di bahagian perut boleh berubah menjadi asid lemak pada tubuh yang mampu menyebabkan munculnya LDL atau kolesterol jahat dan triglycerides. Hal ini juga menyebabkan menurunnya kandungan kolesterol baik dalam tubuh. Kandungan kolesterol jahat yang banyak ini akan menyebabkan penyakit darah tinggi, serangan jantung dan strok.
Rasanya setakat ini sahajalah perkongsian saya tentang bahaya perut buncit.Jadi, bagaimana nak kurangkan masalah perut buncit? Perut buncit boleh diatasi dengan membuat senaman secara berkala dan mengawal jumlah kalori yang diambil setiap hari. Ambillah makanan sekadar memenuhi keperluan badan kita sahaja dan bukanlah mengikut nafsu semata-mata.

Di Shaklee, kami mempuyai Herb Lax untuk membantu mereka yang bermasalah penghadaman. Sistem penghadaman yang lancar boleh membantu untuk mengurangkan masalah perut buncit.

Jika berminat untuk mencuba, boleh hubungi saya melalui maklumat di bawah :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan