Isnin, 20 Oktober 2014

Rancangan Da'i Pendakwah Milenia Memang Best!

Emak saya merupakan peminat setia Rancangan Da'i Pendakwah Milenia yang diterbitkan oleh TV3. Setiap malam Jumaat, Emak pasti memendekkan wirid selepas solat Isyak kerana ingin menonton rancangan ini. Mula-mula tu hairanlah jugak...kenapa ya? Sekali bila dah menonton rancangan ni, saya pun ikut melekat! Hihih... Untung juga kat rumah Emak tiada Astro, kalau tidak, habis lah 24 jam Faris nak tengok Astro Ceria aje..

Alhamdulillah, Jumaat lepas kami berpeluang menonton episod akhir program Da’i musim kedua. Rancangan penentuan ini sungguh sengit dan mendebarkan. Dan akhirnya, pelajar daripada Universiti Malaya, Nik Ahmad Farhan Nik Muhammad telah dinobatkan sebagai juara dan bertuah membawa pulang hadiah bernilai RM100,000. Hadiah berbentuk wang tunai RM50,000 berserta pakej umrah dan penginapan serta pelbagai hadiah sampingan yang lain.

Tahniah Da'i Farhan

Da'i Farhan merupakan pelajar jurusan Pendidikan Islam dan Pengajian al-Quran berusia 24 tahun ini telah menewaskan 2 lagi finalis lain iaitu penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Izzhar Ahmad Nazri, 22 dan pelajar Usuluddin, Universiti Yarmouk , Jordan, Ammar Ismail, 25. 


Farhan sebelum ini telah dimasukkan ke hospital ketika program Da’i berlangsung akibat penyakit pneumothorax (keruntuhan paru-paru) pada minggu kelima.. Namun kalau sudah tertulis rezeki untuknya, Farhan bukan sahaja kembali sihat malah kini bergelar juara program Da’i Pendakwah Millenia ini. Saya amat tertarik dengan kata-kata Farhan sempena kemenangannya:-

Saya menangis kerana teringatkan Rasulullah SAW pernah dibaling batu sehingga luka dan berdarah ketika berjuang menegakkan syiar agama Islam. Namun dalam keadaan saya sekarang kerana dakwah agama itu berjaya membawa saya sehingga bergelar juara dan memenangi hadiah wang tunai lumayan.

Semoga dengan kemenangan ini akan menguatkan lagi semangat Da'i Farhan  serta rakan-rakannya yang lain untuk terus berdakwah. Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta. Semoga dapat menjadi pendakwah yang disegani dan berjaya di dunia dan akhirat.


Salam ukhuwah,
June Mohd.
SID 891221

0 comments:

Catat Ulasan