Ahad, 9 November 2014

Bila Rumah Kena Sita!

Opocot! Memang tergezut bebenor saya semalam.. Apa taknya, tengah-tengah asyik mengawas peperiksaan, tiba-tiba mendapat panggilan kecemasan dari Encik Suami...

Katanya, tadi ada jiran satu taman telefon bagitau yang rumah kami dah kena sita! Eh eh.. Apahal yang teruk sangat kami ni kan.. Dua-dua bekerja tapi sampai tak boleh nak bayar cukai. Apa kes?

Rasanya bulan Ogos lepas kami dah bayar cukai pintu. Enam ratus jugakla yang terbangnya. Alih-alih, kali ni kena sita pulak.. Dahlah kami berdua tak de kat rumah. Nak balik tengok puncanya, jauh.. So, suami call Majlis Perbandaran XX, minta semak balik cukai yang kami dah bayar tempoh hari.. Sekali dia tengok, ada rekod ni Encik. Encik dah settlekan semua cukai yang perlu dibayar...

Habis tu? Kenapa pergi sita rumah saya? Baik pihak tuan buka notis tu sekarang sebelum saya report polis. Maaf encik, ni kesilapan dari pihak kami. Maaf encik, maaf. Sekarang jugak pihak kami akan cabut balik notis tu...!

Sekian.

P/S : Rumah yang patut kena sita ialah rumah yang berhadapan dengan rumah kami.. Macam mana mereka boleh salah alamat pulak...

2 comments:

  1. hehehehe bnde mcm ni pn blh jadi hahahaa..klako pn ade kan?

    BalasPadam
  2. aiyooo...leh terkejut kalu dpt berita cenggini..lgi2 bila kita dah settle semua...

    BalasPadam