Isnin, 28 April 2014

Gambaran di Padang Mahsyar Kelak

Bismillah...




Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar.
para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane?
Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan.tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.
ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.
kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita?

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54.ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu.
Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama.
lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab.jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.
pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi,bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi nabi2 itu semua hanya berdoa keselamatan diri masing2.
lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. 
Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je,dek padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula,kitab2 amalan kite akan turun dari arash.mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu.kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite,masih tak menjamin kite ke syurga.kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab.sebelum Allah mule hisab,Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia.tak de satu pun tertinggal.
lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan. 
1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid 
2)tak ingat 
3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. 
Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita.seolah-olah sikit lagi kite ke syurga,tetapi final check Allah buat.Allah tanye kepada semua orang,siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga,jiran2,kawan2,etc.jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan,pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang.jika pahala dah habis,dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri). 
Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak affect diri kita sorang, tp affect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka..

Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.. Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti.
Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu. 
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. 
so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin.. 
ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali dalam doa kalian.. 

Nasihat Ustaz Azhar Idrus

Sekadar perkongsian. Sama-samalah kita perbaiki diri supaya jadi orang yang lebih baik.

Jumaat, 25 April 2014

Salah Faham tentang Shaklee PERFORMANCE

Apabila dikenang, rasa nak tergelak pun ada... suatu hari seseorang bertanya kepada saya. Beliau begitu teringin untuk mencuba minuman isotonik Permance Shaklee. Tetapi ada sesuatu yang menghalang beliau untuk meneruskan hasrat murninya itu. "Kak, saya minat nak try Performance...tapi saya bukan pemain basikal. Kalau saya nak cuba jugak, boleh tak...?'' Hihihii...sorry ye dik, akak share kat sini.

Nampaknya, ada juga yang salah faham dengan 'gambar orang berbasikal' pada tin Performance. Sebenarnya, sesiapa sahaja pun sesuai menggunakannya. Jom tengok senarai di bawah :

  1. Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  3. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  4. Para pesakit yang menghidap gout.
  5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  6. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  7. Anak-anak yang demam.
  8. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  9. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan ada gula berlebihan.

Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee?
    • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
    • Kurang  kandungan gula (less sugar).
    • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
    • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! sumber
Berminat untuk dapatkan Performance? Memang best Performance ni, saya bersahur dengan segelas Performance + ESP je pagi tadi. Alhamdulillah, dapat bertahan sampai ke petang tanpa kelesuan melampau..best tau :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392 | ID : 891221

Jadilah Insan Pemaaf, Tak Rugi di Dunia Untung di Akhirat!

SATU hari raut wajah Rasulullah s.a.w tampak berseri-seri dengan menampakkan senyumannya sehingga kelihatan kilauan gigi putihnya. Maka Umar bertanya ada apa gerangan. Sabda Rasulullah s.a.w: “Aku lihat ada dua orang daripada umatku yang mendatangi Allah. Yang satu berkata,
‘Ya Rabbi, hukumlah orang ini yang mengambil hak dan menganiayaku di dunia.” Lalu Allah memerintahkan kepada si zalim itu supaya mengembalikan haknya.‘Ya Rabbi’, kata si zalim, “Aku tidak lagi memiliki simpanan perbuatan baik yang bisa menggantikan haknya.” Dia sudah tidak memiliki sisa-sisa perbuatan baik untuk menggantimu, lalu apa yang kau harapkan darinya?” kata Allah kepada satunya.
‘Ya Rabbi’, pindahkan kepadanya dosa-dosaku. Biar dia yang memikulnya,” katanya. “Tiba-tiba air mata Rasulullah mengalir membasahi pipinya kerana mengenang hari-hari yang maha dahsyat itu.

Baginda berkata, “Hari itu adalah hari-hari yang maha dahsyat, hari di mana setiap orang berusaha untuk melepaskan setiap beban dosa yang dipikulnya.”
Kemudian, Allah berkata kepada si teraniaya, “Wahai Fulan, angkat pandanganmu dan lihatlah syurga-syurga yang tersedia.’ ‘Ya Rabbi, saya lihat negeri yang terbuat dari perak dan istana dari emas yang terhias indah dengan mutiara yang berkilauan.
Apakah semua itu Engkau persiapkan untuk Nabi dan Rasul-Mu, para siddiqin dan orang-orang yang syahid? Tidak, kata Allah. Semua itu Aku siapkan bagi siapa saja yang sanggup membelinya.
Siapakah mereka Ya Rabbi? ‘Engkau juga mampu memilikinya.’ Bagaimana caranya? “Dengan memaafkan saudaramu itu.” Kalau begitu, aku maafkan dia ya Rabbi.’’ Ambillah tangan saudaramu itu dan masuklah kalian ke dalam syurga yang Aku janjikan.’”
Kemudian Nabi mengakhiri kisah itu dengan sabdanya, “Bertakwalah kamu kepada Allah dan berbuat baiklah dalam hubungan antara sesama. Sungguh Allah akan mendamaikan antara orang-orang yang beriman kelak pada hari kiamat.”
Apa yang kita fikirkan selepas membaca kisah yang dibawakan Rasulullah di atas? Adakahkita langsung teringat kepada orang-orang yang pernah berbuat salah kepada kita?
Adakah keinginan kita untuk segera memaafkannya? Jika begitu, berbahagialah, kerana sesungguhnya tulisan ini dimaksudkan supaya kita menjadi orang yang sentiasa berlapang dada, mudah meminta maaf dan memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.
Jangan anggap meminta maaf itu perkara yang mudah dilakukan. Beratnya meminta maaf itu sama dengan susahnya memberi maaf. Seseorang yang diliputi perasaan sombong, baik kerana pangkat dan kekuasaannya, atau kerana status sosialnya, tidak mudah meminta maaf jika melakukan kesalahan.
Pemimpin yang nyata melakukan kesalahan kepada rakyatnya tidak serta-merta meminta maaf. Mereka meminta maaf selepas mendapat protes keras termasuk tekanan daripada golongan atasannya.
Sesungguhnya meminta maaf itu bukan pekerjaan ringan. Orang-orang yang hatinya masih diliputi perasaan-perasaan sombong, merasa lebih baik, kadang-kadang akan berasa bersalah jika meminta maaf.
Apalagi meminta maaf kepada orang yang selama ini dianggap lebih rendah darinya. Jika meminta maaf, terutama kepada orang yang lebih rendah darjat sosialnya itu bukan perbuatan mudah, apalagi memberi maaf kepada orang yang melukai hatinya.
Pekerjaan itu jauh lebih berat lagi, apalagi untuk sebuah kesalahan yang menggores hati. Kadang-kadang dendam itu dibawa hingga ke mati. Hanya orang-orang tertentu saja yang sanggup melakukannya.
Rasulullah adalah orang yang paling lapang dadanya. Baginda memaafkan tidak saja orang yang pernah melukai hatinya tetapi juga orang yang hampir-hampir menghilangkan nyawanya.
Jabir ra berkata, “Kami bersama Rasulullah dalam perang Ghazwadz-Dzatirriqaa’ dan ketika istirahat kami masing-masing mencari tempat perlindungan.
Jika ada pohon yang besar maka kami berikan kepada Nabi untuk berteduh di bawahnya. Ketika Rasulullah sedang terlelap tidur, datanglah seorang musyrik mengambil pedang Rasulullah yang tergantung di pohon.
Lalu dihunusnya dan dia bertanya kepada Nabi, “Apakah anda takut kepadaku? Jawab Nabi, “Tidak.” Lalu dia bertanya, “Siapakah yang dapat mempertahankan engkau dari seranganku? jawab nabi, “Allah.’”
Dalam riwayat Abu Bakar al-Isma’ily, ketika jatuhlah pedang itu, dan Nabi bertanya, “Siapakah yang dapat mempertahankanmu dari padaku?” Jawab orang musyrik itu, “Jadilah yang sebaik-baik menuntut balas.”
Maka, Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya, “Mahukah engkau mengucap syahadah?” jawab orang itu, “Tidak, tetapi saya berjanji kepadamu tidak akan memerangi engkau, dan tidak akan membantu orang yang memerangi kamu.”
Maka, dilepaskan si musyrik itu dan sekembalinya kepada kaumnya dia berkata, “Aku datang daripada orang yang sebaik-baik manusia.” Dalam Islam, ketika seseorang dizalimi, ada dua hak baginya.
Pertama, membalas dengan setimpal perbuatannya. Manakala yang kedua memaafkannya. Jika dipilih alternatif pertama, maka balasan itu tidak boleh lebih berat, walaupun kepada musuh Islam.

Umat Islam dilarang membalas secara melampaui batas. Jika pilihan kedua dipilih, maka orang itu sudah membeli syurga. Harga maaf itu mahal, setimpal dengan harga syurga.
Manusia tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa. Orang baik menurut ajaran Islam bukanlah mereka yang tidak pernah bersalah, melainkan orang yang apabila berbuat kesalahan dia segera menyedari kesalahannya itu kemudian meminta ampun kepada Allah.
Allah Yang Maha Bijaksana membuka pintu maaf selebar-lebarnya. Kesalahan, tidak saja dilakukan kepada Allah tetapi lebih banyak lagi kepada sesama manusia.
Pergaulan dalam masyarakat perlu berjalan secara sihat, harmonis dan penuh kasih sayang. Jadilah orang yang suka meminta maaf dan memaafkan orang lain.

Rabu, 23 April 2014

Punca Sebenar Saya Tak Lagi Minum Susu Segar

Selepas menghadiri kursus Bengkel Nutrisi bulan Februari yang lalu, saya mengalami sindrom kurang gemar minum susu. Selalunya, sayalah penggemar susu segar sejak dahulu kala lagi. Nak tau apa sebabnya? Sebelum ni, kita biasa lihat iklan susu segar dalam televisyen, lembu-lembu yang diternak bebas dilepaskan di padang-padang rumput yang luas & hijau. Tapi iltu bukanlah realiti yang berlaku.

Dalam iklan TV & majalah

Bila dah tau cerita sebenar, terus tak berapa lberselera nak minum susu. Korang tau tak, sebenarnya lembu-lembu tersebut diternak di kawasan yang sangat terhad dan persekitaran yang kurang sesuai untuk lembu-lembu tersebut. Dan yang paling tak bestnya, lembu tersebut juga disuntik dengan beberapa jenis hormon tumbesaran sintetik dan pelbagai jenis antibiotik untuk mengelakkan jangkitan. Oh tidak!!!

Realiti hari ini...

Sekarang ni memang saya kurangkan minum susu segar sebagai sumber kalsium saya. Tapi, kalau tak ambil kalsium apa akan jadi pada tulang-tulang kesayangan saya? Tidakkah mereka akan mereput sebelum usia tua?Bagaimana pula dengan anak-anak kita yang dok minum susu formula dari kecik lagi tu?

Sebab itulah saya sentiasa pastikan yang saya tak missed makan OsteMatrix shaklee sebagai penambah kalsium dalam badan saya. korang tahu tak, apabila kalsium diperlukan, sistem badan akan gunakan kalsium sedia ada dalam darah. Kalau tak cukup kalsium, badan akan gunakan kalsium dari makanan. Akhir sekali jika kalsium masih tak cukup... sistem badan akan 'tarik' kalsium dari tulang.
DARAH ---> MAKANAN ---> TULANG

Sebab tu lama-kelamaan boleh jadi tulang rapuh.

KENAPA KITA SELALU TAK CUKUP KALSIUM?
(1) Pengambilan makanan harian rendah kalsium
(2) Badan tak nak dapat serap kalsium dengan baik sebab kalsium adalah bahan yang paling susah diserap dari makanan. Perlukan bahan lain seperti Vitamin D untuk diserap. Jangan tak tahu, OsteMatrix Shaklee lengkap dengan Vitamin D tau.
(3) Badan tak gunakan kalsium sebaiknya (optimum). Orang yang banyak makan makanan tinggi lemak - badan akan kurang gunakan kalsium. Mereka yang kurang bersenam akan 'buang' kalsium dalam badan akibat tidak digunakan. Orang yang mengalami stress juga badan mereka akan mengurangkan keberkesanan untuk menyerap kalsium.
Fakta :  Apabila badan kurang menggunakan kalsium, signal akan dihantar ke sistem badan untuk buang je kalsium tu.

Berminat untuk dapatkan OsteMatrix Shaklee, sempena promosi bulan April ini dapatkan belian 6 percuma 1 hari ini juga.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Selasa, 22 April 2014

Orang Bertubuh Kecil Lebih Mudah Diserang Osteoporosis

Kecil-kecil cili api...orang kecil sering kali kelihatan sangat comel dan cute..tapi tahukah kalian, di sebalik kecomelan itu, mereka sebenarnya terdedah kepada risiko terkena osteoporosis sebelum berusia 40-an pun. Foto di bawah menjawab soalan mengapa rakan-rakan yang berangka kecil mengalami masalah osteoporosis seawal usia 30-an.

Oh rupanya orang yang bersaiz kecik (small body frame) lagi mudah kena osteoporosis berbanding dengan orang yang berangka besar. 

Sebab orang berangka kecik ni mempunyai bone mass yang sedikit berbanding mereka yang berangka besar. 

Syukurlah saya kerana berangka tidak terlalu kecil atau besar. Sederhana sahaja.



kredit : Zeti Zin

So, orang berangka kecil, berhati-hatilah kerana korang berisiko untuk mengalami osteoporosis di usia muda. Jangan abaikan pengambilan kalsium setiap hari supaya tulang anda sukar diserang penyakit osteoporosis. Seksa tau kalau dah terkena osteoporosis. Mulalah nak menyesal tak sudah...masa tu nak telan kalsium banyak-banyak pun tak de maknanya. Mencegah lebih baik daripada mengubati...betul tak?

Nak dapatkan kalsium Shaklee ( OsteMatrix) yang digemari ramai?
Boleh beli sendiri secara online jer sekarang ni. Mudah dan pantas.

ORDER NOW!

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-25%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Diet Cara Suami yang Saya Tak Dapat Ikut Hingga Kini

Assalamualaikum w.b.t..


Cakap pasal diet, semua orang tak nak gemukkan? Bila berat badan dah mula naik, ramailah pakat2 cari ubat kuruslah, jamu untuk langsingla...Bukan tak boleh nak makan ubat-ubat kurus tu semua. Tapi, kita kena faham dulu konsep asas nak diet. Pastikan kalori yang kita bakar tu lebih banyak daripada kalori yang kita makan setiap hari. Ini tidak, ramai juga yang bersenam setiap hari minggu, tapi sesudah senaman mereka lepak-lepak di kedai mamak makan roti canai berkuah kari...pekena pula dengan teh tarik kaw kaw. Oh, indahnya dunia... Sama ada korang sedar atau tidak, tabiat sebeginilah yang akan merosakkan diet anda. Lepas tu mulalah rasa tak nak bersenam coz tiada penurunan berat badan.

Roti canai jer? Mana teh tarikkk..

Macam pesan suami saya, kalau nak kurus senang aje katanya...Nak tau apa rahsianya? Saya yakin, tips tok laki a.k.a suami saya ni tak semua orang mampu buat. Termasuklah isterinya sendiri. Hahahh! Katanya, kalau betul-betul nak kurus, makan ikut jadual. Kalau di luar waktu makan, jangan dok hentam jugak. Lagi satu, makan hanya bila perlu dan berhenti sebelum betul-betul kenyang. Mak aihh...tak daya den nak ngikut tips magik beliau. Susahkan? Sebab tu lah penat je saya dok tayang pisang goreng time minum petang tak dilayannya pun. Setakat minum Nescafe segelas dah cukup.. Macam manalah bini & anak tak bulat...

Last week, kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi Soeul Garden yang baru dibuka di KB Mall, Kelantan. Dah bayar mahal-mahalkan, so Cik Puan Isteri pun bantai la makan tak hengat dunia. Dengan mi gorengnya, sushi, ABC mangkuk besar dan macam-macam jenis makanan yang ku tak tau namanya dapat dihabiskan dengan jayanya.


Rosak lagi diet saya...tapi lepas hantam segala jenis makanan tuh, saya telan lecithin & alfalfa untuk elakkan lemak diserap & terus dibuang daripada badan. Korang semua, sila jangan ikut cara saya, OK? Suplemen pun tak berapa nak berkesan kalau kita sendiri yang tak de disiplin. Nak diet dengan tak sama banyak jer..last2 diet ke lautttt...haaaa, sapa yang susah....? But, at least ada jugak suplemen yang membantu kan..hahaahh..

So, lepas ni..kalau korang betul-betul nak kurus, silalah kawal jumlah kalori intake. Tak de maknanya suplemen kalau tabiat makan tak diubah. Kira macam self reminder jugakla nih..

Kalau nak kurus = Kurangkan makan

Nak try lecithin & alfalfa? Roger me ok...
Sekian :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392 | ID : 891221

Isnin, 21 April 2014

Gelagat Faris di Klinik Gigi

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ni first time saya bawak Faris ke klinik gigi. Bertuah punya Mama kan? huhuuu...
Alkisahnya, dari malam tadi Faris dok mengadu sakit gigi. Bila saya cuba tengok, memang ada bahagian yang berlubang. Gigi geraham bawah sebelah kanan dan sebatang lagi yang berlubang, gigi atas sebelah kiri. Yang bahagian kiri sebelah atas tu lubang nampak agak besar. Doktor dah pesan tadi, gigi geraham kena jaga elok-elok coz walaupun gigi susu, tapi ia mampu bertahan sehingga usia 10 tahun. Mak aihhh, lama lagi nak pakai gigi awak tu Faris. 

Ini Farisya..bukan Faris LOL

So, lepas ni Mama kenalah 'paksa' awak gosok gigi. Kalau tak, dia memang tak nak gosok. Asyik termuntah je bila nak gosok gigi..haihhh.

Ni nak cerita keberanian Faris semasa berjumpa doktor gigi. Mujur jugak dia tak menangis bila tengok peralatan doktor gigi yang segala macam jenis tu. Ada yang tajam pulak tu...Selesai satu masalah. Kalau menangis lagi susah Doktor nak buat kerja. Sebelum memulakan kerja menampal, Doktor kena bersihkan gigi Faris dulu. Part ni yang agak mencabar sedikit. Faris takut tengok kapas. Setakat tools yang tajam-tajam tu takpe lagi. Bila part Doktor nak masukkan kapas ke dalam mulut dia tu mulalah nak berdrama swasta. Sempatla jugak Faris tarik tangan Doktor tadi...hahahhh! Last2, Mama yang kena pegang tangan Faris dan pujuk dia supaya lebih relax & calm down. Tangan seorang ibu kan ada magiknya...:-)

Sesi rawatan berjalan sekitar 15 minit je tadi. Alhamdulillah, berjaya juga Doktor tampal gigi seorang budak bernama Muhammad Faris Azfar di Klinik Kesihatan Chiku 03 tadi. Settle...harapnya malam ni tak de lagilah budak menangis coz sakit gigi...tak tahan Mama melihatnya T T..Sebenarnya, dari malam tadi lagi Faris dok request nak jumpa 'dokten'..Hajatnya kesampaian juga akhirnya hihiii.

P/S : Update blog sambil minum Performance Orange. Rasanya enak & menyejukkan badan di kala cuaca panas terik sebegini.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Ahad, 20 April 2014

Apa nak buat bila Bilik Tidur Ada Pepijat?

Patutlah seminggu kebelakangan ini, tidur malam kami dua beranak asyik terganggu. Nak kata nyamuk, tak de pulak nampak. Cadar pula, baru je ditukar. Tapi masih ada kesan 'gigitan' sesuatu. Akhirnya, pagi tadi persoalan saya terjawab apabila saya ternampak seekor pepijat dok merayap di atas bantal. Cepat-cepat saya ambil dan picit sampai mati. Sekali bila perutnya dah pecah, keluar darah la pulak. Darah kami lettewww. So, hari ni memang kena buat operasi mencari & membersihkan sarang pepijat tersebutlah. 




Sebenarnya dah lama sangat saya tak terkena gigitan pepijat. Last time dengar pasal benda alah ni pun lebih kurang 14 tahun yang lalu. Iaitu semasa saya bersekolah berasrama. Dalam dorm tu banyaklah jugak pepijat yang menyorok cari peluang nak gigit mangsa. Almaklumlah, di asrama banyak tilam-tilam dan bantal lama. So, seronoklah keluarga pepijat untuk membiak di sana.

Tips atasi masalah pepijat. 
Kalau petua tradisional, kita disarankan untuk letakkan daun durian belanda bagi menghalau pepijat tilam. Pepijat sangat tidak suka dengan bau daun durian belanda. Jadi, bolehlah cuba petua ini. Kejap lagi saya pun nak cari daun durian belanda jugaklah. Semoga pepijat yang ada akan berhijrah ke tempat lain. Tak larat dah nak tidur-tidur ayam setiap malam. Penat! Mujur jugak Ostematrix & Vita-Lea membantu badan saya kekal cergas bertenaga walau pun tidur asyik terganggu.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392 | ID : 891221

Tips Nak Habiskan Qada Puasa di Musim Panas

Pejam celik, pejam celik, ada lebih kurang 70 hari lagi sebelum kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang dinantikan. Tak sabar nak berpuasa lagikan? Apa yang buat saya lagi tak sabar adalah detik-detik menyambut hari lebaran. Walau pun dah tak layak untuk terima duit raya, tapi kenangan di hari raya sungguh indah dan sukar nak digambarkan dengan kata-kata.. tetiba jer lagu Dendang Perantau terngiang-ngiang di telinga.

Semoga kita semua dipanjangkan usia untuk bertemu dan mengumpul pahala beribadah di bulan Ramadhan yang akan datang. Insya Allah. Tapi, sebelum kita beria-ia untuk sambut Ramadhan, eloklah remind anak isteri atau adik beradik perempuan kita kot2 mereka belum habis berpuasa ganti. Kalau terlepas, susah jadinya. Tak fasal-fasal kena bayar fidyah pulak.



Macam kat tempat saya sekarang ni musim panas. Cuaca begitu hangat dan mencabar sesiapa sahaja yang mahu berpuasa. Tak kiralah puasa sunat mahu pun yang nak ganti puasa. Kalau yang nak berpuasa sunat tu, mungkin ada yang berfikir 2-3x sebelum meneruskan niat suci mereka. Tapi, bagi yang kena qada puasa tu, tiada pilihan lainlah melainkan harus diganti juga walau susah macam mana pun.

Macam saya....kalau nak berpuasa, saya akan pastikan saya bersahur dengan ESP + Mealshakes yang mengenyangkan. Sambil-sambil tunggu waktu imsak tu saya akan minum 2 gelas Performance Orange yang lazat. Ia sangat penting untuk mengekalkan keseimbangan bendalir dalam badan. Jadi, walau pun berpuasa sepanjang hari, badan saya tak de la lesu sangat. Lagi satu, 3 jam sebelum tidur saya akan minum air kosong banyak-banyak bagi mengelakkan badan terlalu kering ketika berpuasa. Saya juga jarang bersahur dengan nasi. Bagi saya, saya akan lebih cepat berasa lapar apabila bersahur dengan nasi.

Tadaaa...sekian dulu tips daripada saya. Selamat qada puasa dan berpuasa sunat sebelum Ramdhan tiba..Awas! Jangan sampai terlepas...

Dapatkan set Shaklee untuk kegunaan di Bulan puasa sekarang juga. Ia adalah untuk mengelakkan diri daripada kelesuan melampau ketika berpuasa.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA: 017-9438392 ID: 891221

Alaaaa Cikgu, 50 sen jer?

Entah kenapa semenjak dua menjak ni saya rajin sket nak bagi students gift. Saja je sebagai galakan untuk diorang participate dalam kelas. Tak delah sorok kepala macam kura-kura.

Kebetulan pula hari ini idea tiba-tiba tercetus. Nak bagi something la untuk students yang dapat jawab soalan pengiraan tentang ketumpatan. Lima belas minit masa yang diberi berlalu begitu sahaja. Mereka nampaknya 'kurang gemar' menggunakan otak untuk berfikir bagi mencari jawapan. Mulut yang lebih banyak bergerak berbanding tangan yang menulis.

Gambar sekadar hiasan semata-mata 

Ronda punya ronda...tetiba ternampak seorang pelajar yang telah menjawab dengan betul. Tapi pelajar ini malu-malu meoww untuk menulis jawapan yang diperoleh di papan putih. Bimbang tersilap atau pun takut diketawakan oleh pelajar lain. 

Setelah beberapa kali  dipujuk, akhirnya saya berjaya meyakinkan pelajar tersebut untuk menulis jalan kira di hadapan kelas. Sebagai ganjaran atas usaha beliau yang berjaya mendapatkan jawapan daripada soalan latihan yang diberi, saya menghadiahkan beliau sekeping duit syiling 50 sen (coz tak sempat nak stand by hadiah comel yang lain). Satu kelas kecoh dek kurang puas hati ( mungkinkah juga kerana mereka jeles kot hihihh?)....Tup-tup terdengar suara sumbang dari belakang. Alaaaa Cikgu, 50 sen jer??? Nak buat apa...beli gula-gula pun tak lepasssss! Zaaappppp... betapa tidak bernilainya duit syiling pada pelajar tersebut...Cikgu sentap sesaat. Lepas tu cepat2 cakap. Jeleslah tu, awak tak dapat...ini wang syiling Korea tau...ahaaahaaah!

Moral of the story is...bersyukurlah dengan yang sedikit..nescaya Allah akan gandakan nikmat untuk kita. Lepas ni serik dah Cikgu nak bagi gift pape kat dalam kelas korang. Cikgu tak nak bagi banyak2 coz soalan tu bukan susah sangat pon. Takkanla nak bagi 50 hinggit pulakkan..Huhuhhh...

P/S : Cikgu kena telan B Complex banyak-banyak bila nak masuk kelas. Tak delah sentap-menyentap lagi...haissyyy!

Berminat nak dapatkan B Complex sebagai agen penentang stress terbaik, hubungi saya di alamat berikut :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Jumaat, 18 April 2014

Isteri Sukar Hamil, Siapakah yang Harus dipersalahkan?

Apabila sudah berumahtangga sekian lama tetapi masih belum lagi memiliki zuriat, masalah kesuburan sering dituding kepada kaum hawa.
Apapun usaha perlu dilakukan dengan kerjasama kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri sama-sama menjalani pemeriksaan dan rawatan bagi menentukan tahap kesuburan. 
Masalah ketidaksuburan bukan hanya berpunca daripada wanita sebaliknya turut dialami lelaki dalam peratusan yang sama banyak atau gabungan daripada kedua-duanya. Kira-kira 30 peratus faktor ketidaksuburan berpunca daripada wanita dan 30 peratus daripada lelaki. 

Sebanyak 10 peratus masalah ketidaksuburan berpunca daripada kombinasi kedua-duanya manakala 25 peratus disebabkan punca yang tidak diketahui dan lima peratus disebabkan faktor lain.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Tropicana Dr Muhilan Parameswaran berkata, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.
Menurutnya, sperma yang sihat akan meningkatkan kesuburan tetapi setiap lelaki harus mengetahui bagaimana faktor gaya hidup boleh mempengaruhi kualiti sperma. Mereka juga patut tahu apa yang harus dilakukan untuk meningkatkan kesuburan serta faktor yang boleh memberi kesan pada hormon testosteron di sperma. 




Faktor penyebab 
  • Pra testikular - gangguan hormon menyebabkan testis (buah zakar) yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma

  • Testikular - kerosakan sel menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat

  • Post testikular - penghasilan sperma normal tetapi gagal ejakulasi



Rawatan pembedahan dan perubatan 
  • Kedua-dua masalah pra testikular dan post testikul ar perlu dikenal pasti sebab, ubatan atau pembedahan bagi membetulkan bahagian yang tidak normal. 

    Masalah yang berpunca daripada testis dan mengapa ia menentukan kesihatan sperma?

  • Kuantiti - mengandungi lebih 15 juta sperma per mililiter

  • Kualiti - sperma yang normal mempunyai bentuk kepala oval dan ekor panjang. Memiliki lebih banyak sperma dengan bentuk normal dan berstruktur, lebih besar kemungkinan seseorang itu subur

  • Pergerakan - untuk mencapai dan menembusi telur, sperma mesti bergerak, berenang menerusi servik (leher rahim) wanita, uterus (rahim) dan tiub fallopio. Ini dikenali sebagai mortaliti. Anda mungkin paling subur jika lebih 40 peratus daripada sperma anda sedang bergerak.



Cara yang bagus untuk menghasilkan sperma sihat 
  • Amalkan seks yang sihat - ini bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah)

  • Makan diet sihat. Pilih buah dan sayuran kerana ia kaya antioksidan

  • Kekalkan berat badan yang seimbang. Kebanyakan kajian mencadangkan obesiti memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, mengurangkan bilangan sperma dan pergerakan sperma

  • Uruskan tekanan dan dapatkan tidur mencukupi. Perkara itu boleh mengurangkan fungsi seksual dan terganggu dengan hormon diperlukan untuk menghasilkan sperma

  • Banyakkan pergerakan termasuk aktiviti fizikal dalam rutin setiap hari

  • Pakai seluar dalam longgar



Makanan berkhasiat diperlukan dalam diet anda 
  • Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan

    Sumber makanan - hati lembu, tiram, daging, biri-biri, daging rusa, bijan, biji labu, dadih, ayam Belanda, kacang hijau dan udang. Zink boleh rosak jika dimasak dan beberapa jenis makanan yang tinggi kandungan zink lebih baik dimakan mentah, misalnya daripada tumbuhan.

  • Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah 

    Sumber makanan : hati, ikan jenahak, ikan kod, ikan halibut, tuna, salmon, sardin, udang, cendawan butang dan ayam Belanda

  • CoQ10 - meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani. Ia juga antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia mungkin memberi kesan lebih baik kepada kesihatan telur 

    Sumber makanan : ditemui dalam makanan laut dan organ lembu. Jumlahnya menurun dalam haiwan yang sudah tua.

Jika mampu, makanlah makanan semula jadi kerana ia lebih baik daripada pil: 
  • Vitamin E meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan pada tikus. 

    Sumber makanan mengandungi Vitamin E ialah biji bunga matahari, almond, buah zaitun, bayam, betik dan sayuran berwarna hijau gelap.

  • Lelaki yang tahap asid folik rendah meningkatkan risiko bagi sperma mengandungi terlalu sedikit atau banyak kromosom. 

    Sumber makanan: hati, kekacang, kacang pinto, asparagus, bayam dan kacang merah besar.
  • Jika tidak mampu nak makan semua makanan di atas setiap hari, eloklah amalkan suplemen yang berkaitan seperti vitamin E Shaklee.

Makanan semula jadi daripada sumber laut adalah `rakan.' 
  • B12 - dapat meningkatkan jumlah sperma 
    Sumber makanan: jenis kerang, tiram, kupang, hati, telur ikan, ikan, ketam, udang kara, daging, biri-biri dan keju.

  • Vitamin C - Dapat mempertingkatkan kualiti sperma dan melindungi Deoxyribonucleic acid (DNA) daripada rosak. Ia juga mengelakkan sperma daripada berkelompok, menjadikan ia lebih bergerak. 

    Sumber makanan: Banyak terdapat dalam tumbuhan dan buah termasuk cili merah, brokoli, kranberi, kubis, kentang, tomato dan buahan sitrus.

  • L-Carnite - Makanan yang diperlukan untuk sel sperma berfungsi normal.



Sperma boleh menjadi lebih terdedah kepada faktor alam sekitar seperti pendedahan panas berlebihan atau bahan kimia bertoksik. Untuk memelihara kesuburan, elakkan memakai seluar dalam ketat atau seluar pendek olahraga. Sekiranya anda penunggang basikal atau duduk dalam jangka masa yang lama, ubah kedudukan seperti berdiri seketika. Jangan letakkan komputer riba di paha anda. Elakkan mandi dalam tab panas, sauna dan mandian wap. Selain itu, hindari merokok. 

Ubatan tertentu seperti anti kemurungan atau anti androgen boleh menyumbang masalah kesuburan. Steroid anabolik juga boleh memberi kesan yang sama. Ubat kemoterapi dan rawatan radiasi untuk kanser boleh menyebabkan ketidaksuburan kekal. 

Pendedahan pada toksik seperti racun serangga dan pengambilan minuman keras boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti sperma. Dadah, misalnya marijuana dan tembakau boleh mengurangkan pergerakan sperma dan menyebabkan sperma hilang bentuk. Kokain dan heroin juga menjejaskan kesihatan sperma. 

Cegah stres berlebihan dan lakukan senaman. Stres kadangkala punca pada sesetengah masalah ketidaksuburan seperti masalah hormon. Kekalkan berat badan seimbang, tidak terlalu kurang dan terlalu berlebihan kerana ia mempengaruhi tahap estrogen dan testosteron. 

Pergerakan sperma dan jumlah sperma yang sihat mungkin menurun selepas umur 50 tahun, sekali gus mempengaruhi kesuburan lelaki. Sesetengah kajian mencadangkan wanita boleh dihamilkan oleh lelaki berusia dengan risiko yang lebih tinggi sedikit untuk keguguran. benih daripada seorang bapa yang meningkat usianya juga boleh meningkatkan risiko lebih tinggi untuk mendapat anak autisme dan schizophrenia.

Berminat untuk mendapatkan set kesuburan suami isteri, hubungi saya untuk maklumat lanjut. Jangan malu-malu..saya sedia membantu :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Suatu Hari di Hari Sabtu..

Status di wall FB seorang ibu di hari Sabtu.

Life at home. Heaven:-)

The very2 multitasking.
Basuh baju.
Kemas rumah.
Masak.
Layan budak bertuah main kolam.
Jenguk rumah rahsia. Ramai baby nak kena bagi makansss...
Basuhkan kete papa.
Pikirin nak hapdet kedai tentang apa hari nih...
Dan tak lupa sempat lagi layan customerssss...
Ini baru anak soram. Tapi dah jadi macam tangan sotong. Gitulah kalau dah jadi ibu kan..ehehehh!

Kejap lagi nak menuju ke post office pulak. Post parcels. Harapnya orang tak ramai sangat hari ni.. Kalau tak, bisinglah si Faris nanti.

Sekian. Status yang perasan-perasan busy...hikhikhikkk!

P/S : Doing Shaklee menyebabkan saya tak pernah rasa bosan. Masa yang ada walaupun seminit dua sentiasa terisi dengan sesuatu yang bermanfaat. Terima Allah kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama dengan group Jutawan yang best dan memaksa saya untuk keluar dari 'comfort zone' yang tak berapa nak comfort itu. Seriously, I'm loving it!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Tips atasi Perut Buncit Macam Ibu Hamil 9 Bulan

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan petanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.


Pasti tidak selesa untuk bergerak jika memiliki masalah seperti ini.

Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk mengempiskan perut :


1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makanlah Makanan Yang Penuh Serat.

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan. Pssstt... Herb Lax & Ostematrix  banyak membantu orang yang ada masalah sembelit.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan. B Complex mampu meningkatkan metabolisme badan dan ia menyebabkan badan kekal bertenaga untuk kita melakukan senaman.

~sumber~

Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan janganlah biarkan perut kita mengembang seperti ibu hamil. Alangkah kecilnya hati jika rakan yang dah lama tak jumpa menegur bahawa kita sedang hamil 5-6 bulan,,,Nampak sangat perut tak rata seperti zaman anak-anak dara dulu...aduduuudushh! Terkena sebijik... (Ops, ini bukan kisah saya. Ia hanyalah rekaan semata-mata. Sila jangan percaya kay?)

Kepada sesiapa yang mengalami masalah perut boroi macam gambar di atas, bawak2lah bersenam dan cubalah segala macam tips di atas. Selain itu, amalkanlah pemakanan yang sihat.

Sekiranya ingin mencuba vitamin Shaklee yang glamers itu, bolehlah hubungi saya seperti berikut:


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392 | ID : 891221