Memaparkan catatan dengan label vitamin untuk kanak-kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitamin untuk kanak-kanak. Papar semua catatan

Selasa, 6 Mei 2014

Vita C Chewable Plus hanya Sesuai untuk Kanak-kanak?

Vitamin C Chewable merupakan antara hot product keluaran Shaklee...sekarang ni pun ia dah kehabisan stok di ibu pejabat dan branch Shaklee. Mujurlah juga saya sempat buat stok beberapa botol untuk simpanan sendiri. Tapi kalau ada yang berminat nak beli, saya akan pertimbangkan :-) 

Sebelum ini, ramai yang tersalah anggap bahawa Chewable Vita-C Shaklee hanyalah sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas sahaja. Sebenarnya tanggapan itu adalah tak benar sama sekali. Orang dewasa juga sesuai makan Chew Vita C ni terutamanya mereka yang tak gemar telan pil atau tablet. macam saya, rasanya yang masam-masam manis tu sangat lazat dan boleh dijadikan gula-gula ketika mengantuk. Instead of makan gula-gula yang manis, ada baiknya makan vitamin semulajadi kan? Ahahah!
Kebaikan vitamin C dalam Chewable Vita C Shaklee

Chewable Vita C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex. Kini ia menjadi supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.




Secara asasnya kebaikan Chewable Vita C ini sama sahaja berbanding Sustained Released Vita C. Apa kebaikannya? Jom kita baca!

  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Manfaat Vitamin C sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda 
Keistimewaan Chewable Vita C
  • Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
  • Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga kesegaran vitamin
  • Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 2 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan tengah hari atau 1 biji lepas makan malam)
  • Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga/ sesuai untuk seisi keluarga :-)


Punca Vitamin C Mudah Rosak :
  • Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
  • Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) - fizikal dan mental
  • Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama pada suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan


Mengapa kita perlu Vitamin C dalam badan kita :

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
  • Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
  • Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
  • Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat
  • Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
  • Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
  • Membantu dalam proses pemulihan kudis
  • Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

Jom cuba Chew Vita C sebelum ia benar-benar kehabisan stok. Anda juga boleh dapatkan set untuk kanak-kanak di sini. Hubungi saya untuk membuat tempahan dan konsultasi percuma akan diberikan khas untuk pelanggan kami :-)

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Jumaat, 14 Mac 2014

Bahayakah Antibiotik kepada Bayi?

Masih teringat sewaktu awal-awal kelahiran Faris dulu. Bagi seorang ibu yang baru pertama 

kali menjadi ibu dan kekurangan pengalaman, saya mudah cemas dan risau sekiranya anak

terkena demam atau selesema. Jadi, pantang suhu badan Faris panas sedikit kami segera ke

klinik untuk mendapatkan rawatan. Antara ubat wajib yang doktor bekalkan 

ialah antibiotik. Tapi saya tidaklah memberikan Faris antibiotik terlalu kerap kerana saya 

pernah terbaca tentang bahaya antibiotik kepada manusia.


Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua fakta sebenar tentang antibiotik.

Secara ringkasnya, fakta antibiotik adalah seperti di bawah :


Apa itu antibiotik?
  • Antibiotik merupakan sejenis dadah yang membunuh bakteria dan melawan jangkitan. Pada awalnya, antibiotik diperoleh daripada kulat dan cendawan.
  • Penisilin adalah antibiotik yang paling dikenali. Ia telah digunakan sejak 60 tahun lalu.
  • Tidak semua antibiotik berkesan untuk melawan penyakit.
  • Tahukah anda, di US lebih 500,000 kanak-kanak mendapat kesan sampingan akibat penggunaan ubat-ubatan dan 5% daripadanya terpaksa dimasukkan ke wad.
  • Pengambilan antibiotik juga boleh menyebabkan masalah ruam, sakit perut dan cirit-birit.
  • Antara contoh bakteria antibiotik yang resistant terhadap Chloramphenico ialah Salmonella Typhi dan Streptoccocus Pneumonia resistant terhadap Maklorida baru dan banyak lagi.

.
''Antibiotik kerap disebut sebagai 'magic drug' kerana peranannya yang sangat besar dalam mengurangkan angka kematian. Tetapi kini antibiotik menjadi ancaman disebabkan oleh penggunaannya secara berleluasa mencetuskan kerintangan bakteria terhadap ubat.''


Menurut pandangan doktor :

''Atas sebab masalah resistant, (lali pada antibiotik) , para doktor sangat menitikberatkan 

mengenai antibiotik. Kami akan memulakan rawatan antibiotik HANYA apabila dirasakan 

perlu, dan kami sering menegaskan bahawa rawatan antibiotik mestilah DIHABISKAN bagi 

mengelakkan terjadinya masalah resistant ini. Oleh itu janganlah hairan apabila anak anda 

dibawa ke klinik, doktor sekadar memberi ubat demam/ batuk tetapi tidak antibiotik. 

Kebanyakan kes kanak-kanak demam, mereka tidak perlukan antibiotik pun. Kalau boleh 

kami tak mahu menyebabkan anak anda terdedah dengan antibiotik awal-awal. Tetapi bila 

keadaan anak teruk, demam sangat panas, tak mahu makan/minum, paru-paru ada bunyi 

atau nampak tanda jangkitan di X-Ray, maka mesti kena dapatkan rawatan antibiotik.

Ada juga ibubapa yang bila pergi klinik A, diberi antibiotik, baru makan tiga hari demam

 tak kebah, dah pergi ke klinik B dan diberi antibiotik lain pula. Perbuatan sebegini,

 sangat-sangat menyumbang ke arah terjadinya resistant antibiotik. Kami khuatir bakteria

 resistant ini boleh menjadi dormant dalam badan anak, dan kelak apabila si anak

 membesar/ dewasa, ia boleh menjadi opportunis menyebabkan jangkitan yang semakin

 sukar dirawat.''

Seboleh-bolehnya saya memang mengelakkan daripada memberikan anak saya makan ubat-

ubatan mahu pun antibiotik. Jadi, sebagai alternatifnya saya membekalkan Faris nutrisi

yang lengkap melalui makanan dan suplemen setiap hari. Suplemen wajib untuk Faris ialah

Meal Shakes, Omega Guard dan Chewable Vita-C. Alhamdulillah, Faris dah lama sangat

tak perlu ke klinik kerana jarang demam mahu pun selesema. Bersyukur sangat kerana

dengan izin Allah melalui Shaklee, keluarga kami dapat menikmati kehidupan yang lebih

baik :-) Terima kasih Ya Allah!


Berminat untuk mendapatkan ini, hubungi saya melalui maklumat di bawah. Sama-samalah

kita berusaha untuk menikmati hidup yang lebih sihat demi masa depan anak kita hari ini

juga.


Sekian, terima kasih!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Selasa, 15 Januari 2013

Petua Atasi Anak Cerewet untuk Makan

Setelah bayi mencapai usia enam bulan, ibu bapa sangat teruja untuk memberikan makanan terbaik untuk bayi mereka. Namun, kadang kala tidak semua makanan yang ibu sediakan untuk bayi mereka akan dimakan dengan berselera sekali. Terdapat ramai juga dalam kalangan bayi yang cerewet dan hanya memilih makanan kegemaran mereka sahaja untuk dimakan. Anak yang cerewet dan 'picky eater' memang merungsingkan ibu bapa. Di sini saya ingin kongsikan tujuh petua memberi makan kepada anak yang cerewet.


Langkah 1 : Tunjukkan Teladan yang Baik

Selera makan kanak-kanak dipengaruhi oleh tabiat makan ibu bapa. Untuk menggalakkan si manja mengambil makanan seimbang yang pelbagai jenis, ibu bapa patut melakukannya terlebih dahulu kerana kanak-kanak suka meniru perkara yang orang lain lakukan.


Langkah 2 : Sediakan Makanan yang Berkhasiat
Jumlah yang boleh dimakan oleh kanak-kanak kecil adalah terhad. Oleh itu, mereka perlu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi makanlah dengan kerap iaitu sebanyak 5 @ 6 kali sehari. Setiap kali tiba waktu makan, pastikan anak anda mengambil makanan berkhasiat seperti keju, buah-buahan, daging dan susu.


Langkah 3 : Biarkan Anak Anda Membuat Pilihan

Biarkan anak anda makan setakat mana yang mereka mahu. Jika mereka cerewet, mula bermain dengan makanan atau enggan makan lebih daripada sesuap, biarkan mereka meninggalkan meja makan kerana mungkin mereka tidak lapar.

Langkah 4 : Makanan Gantian

Sekiranya anak anda sentiasa menolak sesuatu jenis makanan tertentu, sediakannya dengan cara yang lebih kreatif atau gantikannya dengan makanan lain tetapi biarlah dari kumpulan makanan yang sama.


Langkah 5 : Tetapkan Masa untuk Makan Snek

Seelok-eloknya, elakkan memberi anak anda makan snek sebelum waktu makan kerana ia akan mengganggu selera makannya.

Langkah 6 : Awasi Cara Mereka Makan

Sekiranya tabiat makan anak anda bermasalah, catat apa yang dimakan dan kuantiti makanan yang dimakan setiap hari. anda boleh meneliti catatan ini setiap minggu bagi memudahkan anda merancang hidangan seterusnya yang sesuai untuk anak anda.


Langkah 7 : Pupuk Suasana Makan yang Sihat
Elakkan daripada membuatkan anak anda takut menghadapi waktu makan. Jangan berleter, memarahi atau menghukum mereka untuk makan. Jangan paksa anak anda mengikut adab atau peraturan makan yang terlalu ketat sewaktu di meja makan. Jadikanlah waktu makan bersama keluarga sebagai waktu yang menyeronokkan.


Semoga tips di atas mampu membantu anda sekiranya mempunyai anak yang cerewet untuk makan. Jika masih belum berjaya, mungkin anda boleh mendapatkan suplemen tambahan khas untuk mereka...sekurang-kurang mereka masih mendapat nutrisi yang badan mereka perlukan.

Selamat mencuba ;-)