Isnin, 17 Mac 2014

Alternatif untuk Kawal Kolesterol dengan Shaklee

Kata orang, Malaysia negara yang mewah lagi kaya. Kalau tak percaya, tanyalah pendatang asing yang berebut-rebut untuk datang dan bekerja di Malaysia. Pasti ada sesuatu yang bermakna bagi mereka di sini. 

Tapi bagi saya, negara kita Malaysia memang sangat mewah dengan pelbagai jenis masakan dan makanan yang istimewa. Sebab itulah, rakyat Malaysia banyak ditimpa penyakit yang berpunca daripada makanan. Penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, kolesterol tinggi dan sebagainya kebanyakannya bermula daripada pola pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat serta kurang bersenam.

Kali ini saya ingin berkongsi pandangan tentang alternatif untuk mengawal kolesterol dengan suplemen Shaklee. Namun begitu, harus diingat bahawa suplemen bukan ubat dan ia hanya berfungsiuntuk mencegah penyakit daripada menjadi lebih serius. Kesannya juga tidaklah terlalu cepat kerana ia bertindak dengan 'lembut' pada tubuh kita.

Mari kita fahami terlebih dahulu apakah kolesterol?

Kolesterol ialah komponen asid lemak tepu yang terdapat dalam lemak haiwan seperti men­tega, kuning telur, dan sebagainya. Kolesterol yang berlebihan dikatakan mem­punyai kesan buruk pada sistem pengedaran darah. Kolesterol terbahagi kepada dua jenis iaitu : LDL ( low density lipoprotein) atau kolesterol jahat dan HDL ( high density lipoprotein ) atau kolesterol baik.

Kolesterol sebenarnya tidak perlu diambil dalam bentuk makanan kerana hati kita telah menghasilkannya di dalam badan. Bagaimanapun, pemakanan harian kita selalunya mengandungi kolesterol yang tinggi yang boleh didapati dari kuning telur, hati lembu, daging merah dan susu penuh lemak.

Kolesterol bergerak di dalam darah sebagai lemak-protin yang dikenali sebagai lipoprotein. Ia terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu HDL dan LDL.
  • LDL yang tinggi boleh menyebabkan risiko penyakit jantung meningkat.
  • HDL pula bertindak sebagai kolesterol baik yang mengawal kesihatan jantung.
 

Mengikut panduan yang telah dikeluarkan oleh National Heart, Lung, and Blood Institute (NHLBI), individu yang sihat perlulah mempunyai kadar:
  • kolesterol keseluruhan di bawah 200 mg/dl
  • HDL lebih daripada 35 mg/dl
  • LDL kurang daripada 130 mg/dl
Sekiranya anda mempunyai masalah kolesterol tinggi dan ingin mencuba suplemen sebagai penawarnya. Saya mencadangkan supaya anda mencuba suplemen-suplemen di bawah :


ALFALFA & HERB LAX : Bertindak seperti span untuk menyerap kolesterol yang ada dalam badan dan dibuang melalui perkumuhan
VITAMIN C : Menurunkan kolesterol dengan menguatkan dinding arteri bagi memastikan salur darah kita sihat.
B COMPLEX : Mengandungi B3 ( Niasin ) yang membantu merendahkan kolesterol
OMEGA GUARD : Omega 3 membantu mengurangkan kolesterol jahat  (LDL) dalam badan
VITAMIN E : Melancarkan peredaran darah ke seluruh badan
GARLIC : Merendahkan kolesterol dan tekanan darah

Sekiranya berminat untuk mendapatkan set kolesterol ini, anda bolehlah hubungi saya : 

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221




0 comments:

Catat Ulasan