Jumaat, 14 Mac 2014

Bahayakah Antibiotik kepada Bayi?

Masih teringat sewaktu awal-awal kelahiran Faris dulu. Bagi seorang ibu yang baru pertama 

kali menjadi ibu dan kekurangan pengalaman, saya mudah cemas dan risau sekiranya anak

terkena demam atau selesema. Jadi, pantang suhu badan Faris panas sedikit kami segera ke

klinik untuk mendapatkan rawatan. Antara ubat wajib yang doktor bekalkan 

ialah antibiotik. Tapi saya tidaklah memberikan Faris antibiotik terlalu kerap kerana saya 

pernah terbaca tentang bahaya antibiotik kepada manusia.


Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua fakta sebenar tentang antibiotik.

Secara ringkasnya, fakta antibiotik adalah seperti di bawah :


Apa itu antibiotik?
  • Antibiotik merupakan sejenis dadah yang membunuh bakteria dan melawan jangkitan. Pada awalnya, antibiotik diperoleh daripada kulat dan cendawan.
  • Penisilin adalah antibiotik yang paling dikenali. Ia telah digunakan sejak 60 tahun lalu.
  • Tidak semua antibiotik berkesan untuk melawan penyakit.
  • Tahukah anda, di US lebih 500,000 kanak-kanak mendapat kesan sampingan akibat penggunaan ubat-ubatan dan 5% daripadanya terpaksa dimasukkan ke wad.
  • Pengambilan antibiotik juga boleh menyebabkan masalah ruam, sakit perut dan cirit-birit.
  • Antara contoh bakteria antibiotik yang resistant terhadap Chloramphenico ialah Salmonella Typhi dan Streptoccocus Pneumonia resistant terhadap Maklorida baru dan banyak lagi.

.
''Antibiotik kerap disebut sebagai 'magic drug' kerana peranannya yang sangat besar dalam mengurangkan angka kematian. Tetapi kini antibiotik menjadi ancaman disebabkan oleh penggunaannya secara berleluasa mencetuskan kerintangan bakteria terhadap ubat.''


Menurut pandangan doktor :

''Atas sebab masalah resistant, (lali pada antibiotik) , para doktor sangat menitikberatkan 

mengenai antibiotik. Kami akan memulakan rawatan antibiotik HANYA apabila dirasakan 

perlu, dan kami sering menegaskan bahawa rawatan antibiotik mestilah DIHABISKAN bagi 

mengelakkan terjadinya masalah resistant ini. Oleh itu janganlah hairan apabila anak anda 

dibawa ke klinik, doktor sekadar memberi ubat demam/ batuk tetapi tidak antibiotik. 

Kebanyakan kes kanak-kanak demam, mereka tidak perlukan antibiotik pun. Kalau boleh 

kami tak mahu menyebabkan anak anda terdedah dengan antibiotik awal-awal. Tetapi bila 

keadaan anak teruk, demam sangat panas, tak mahu makan/minum, paru-paru ada bunyi 

atau nampak tanda jangkitan di X-Ray, maka mesti kena dapatkan rawatan antibiotik.

Ada juga ibubapa yang bila pergi klinik A, diberi antibiotik, baru makan tiga hari demam

 tak kebah, dah pergi ke klinik B dan diberi antibiotik lain pula. Perbuatan sebegini,

 sangat-sangat menyumbang ke arah terjadinya resistant antibiotik. Kami khuatir bakteria

 resistant ini boleh menjadi dormant dalam badan anak, dan kelak apabila si anak

 membesar/ dewasa, ia boleh menjadi opportunis menyebabkan jangkitan yang semakin

 sukar dirawat.''

Seboleh-bolehnya saya memang mengelakkan daripada memberikan anak saya makan ubat-

ubatan mahu pun antibiotik. Jadi, sebagai alternatifnya saya membekalkan Faris nutrisi

yang lengkap melalui makanan dan suplemen setiap hari. Suplemen wajib untuk Faris ialah

Meal Shakes, Omega Guard dan Chewable Vita-C. Alhamdulillah, Faris dah lama sangat

tak perlu ke klinik kerana jarang demam mahu pun selesema. Bersyukur sangat kerana

dengan izin Allah melalui Shaklee, keluarga kami dapat menikmati kehidupan yang lebih

baik :-) Terima kasih Ya Allah!


Berminat untuk mendapatkan ini, hubungi saya melalui maklumat di bawah. Sama-samalah

kita berusaha untuk menikmati hidup yang lebih sihat demi masa depan anak kita hari ini

juga.


Sekian, terima kasih!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221


0 comments:

Catat Ulasan