Sebelum tidur setiap malam, saya cuba amalkan untuk membaca sekurang-kurangnya dua muka surat buku motivasi atau pun bahan bacaan yang berinformasi. Barulah sel-sel otak sentiasa bekerja dan tak mudah nyanyuk apabila dah tua nanti.
OK...malam ni saya memilih untuk membaca buku tulisan Dr. HM Tuah Iskandar, pakar motivasi yang terkenal dengan Program 3E tu....beliau kongsikan tentang tips mudah untuk mengatasi stress.
Stress perlu kita tangani dengan baik dan bijak supaya kita boleh manipulate rasa stress untuk bergerak lebih jauh ke hadapan. 'Happy'kan hidup anda, maka anda tak akan rasa stress. 'Happy' dengan kerja, 'happy' dengan keluarga, 'happy' dengan kehidupan dan jadikan tekanan sebagai 'booster' untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup kita.
Cara Mengatasi Stress dengan Mudah
- Jaga solat. Sembahyang cuba lakukan di awal waktu lima kali sehari. Nak lagi cantik, tambahlah dengan solat-solat sunat seperti Dhuha, Tahajud, solat istikharah dan sebagainya. Dalam solat, ibaratnya kita mengadu, meminta, merayu dan memohon ampun kepada Allah. Tekanan boleh hilang apabila kita luahkan kepada 'orang' lain. Mengadu pada Allah, tentu boleh buat kita rasa lega yang amat...
- Aktifkan hidup dengan pelbagai aktiviti. Orang yang aktif tak sempat kot nak rasa stress. Sebabnya, masa mereka lebih banyak terisi dengan benda-benda berfaedah. Orang yang cemerlang adalah orang yang aktif, bukannya orang yang duduk melangut saja-saja.
- Tips ketiga, minum air kosong banyak-banyak. Lagi banyak air kosong yang diminum, lagi kurang kesan stress pada diri anda. Nak tahu mengapa? Air kosong memang sangat diperlukan oleh sel tubuh untuk bekerja dengan lebih sempurna.
Akhir sekali, anda juga boleh mengamalkan teknik pernafasan 3E iaitu tarik nafas dalam-dalam. Simpan dalam dada sekitar tujuh saat, kemudian lepaskan. Ulang teknik ini sebanyak tiga kali berturut-turut.
Moga hari ini lebih baik dari semalam dan esok yang bakal ditempuh adalah lebih baik berbanding hari ini.
Sekian.
Assalamualaikum w.b.t :-)
0 comments:
Catat Ulasan