Selasa, 20 Mei 2014

Selamat Hari Guru, Cikgu!

Assalamualaikum semua:-) Tengah buat apa tu agaknya ye..relax je nampak. Kalau macam saya, busy dengan exam paper yang bertimbun itu. Ada empat bundle kertas untuk ditanda. Dan due date yang diberi tak sampai seminggu pun.

Kalau korang nak tahu, sekarang ni musim peperiksaan kalau di sekolah-sekolah. Mungkin ada yang tak perasan kot since tak de adik-adik atau ahli keluarga korang yang masih bersekolah. Betul tak? Cikgu-cikgu di sekolah, beramai-ramai sibuk menanda kertas. Berebut-rebut nak kejar dead line yang dah semakin hampir tu.. Lepas tu, kami bolehlah bercuti panjang...yang ni ramai orang jealous dengan cikgu-cikgu..bestlah jadi cikgu, cuti banyak. Gaji pun jalan... Pelajar-pelajar cuti, cikgu pun turut cuti sama... Jealousnya saya! Eh eh! Jangan jeles dengan kami tau..

Sebenarnya..itu yang orang nampak. Mudahnya jadi cikgu...Enjoy jer dorang bercuti-cuti panjang 3-4 kali setahun. Realitinya, hanya cikgu je yang tahu pahit maung menjadi seorang guru. Tak perlu kot saya  hebahkan di sini. Tapi, kalau korang tak percaya, jom kita tukar tempat. Rasa sendiri pengalaman menjadi seorang guru. Tak perlu lama, seminggu dah cukup dah. Tahan ke tak tahan..coz selama ni orang dok cakap kerja cikgulah yang paling senang. Waktu kerja separuh hari jer. Pukul dua petang dah boleh balik rumah, masak untuk keluarga. Petang-petang relax je kat rumah dengan family. 

Ahahah! Apasal ter'meroyan' kat sini pulak. Saya bukanlah nak menuding jari kepada sesiapa. Usahlah memandang rendah akan tugas kami sebagai guru. Tapi, saya tahu...korang yang baca blog saya ni semuanya baik-baik belaka kan. Cukuplah kalau saya katakan, kita kenalah hormat apa jua pekerjaan yang dipilih oleh orang lain kerana kalau mereka tak buat kerja tu, sanggup ke kita nak buatkan untuk mereka. Contohnya, sanggup ke tak kita jadi tukang sapu, pemandu lori, pemotong rumput, juruterbang, jururawat, doktor, polis and so on. Mampukah kita? Yang penting, hargailah sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita dan jangan lupa untuk berterima kasih kepada mereka. 

Sempena hari guru yang disambut di seluruh negara ni, sukacita saya nak ucapkan TERIMA KASIH, Cikgu kepada semua guru yang pernah mengajar saya secara langsung atau tak langsung. Tanpamu, siapalah diriku...Jasamu dikenang, Cikgu. Saya sayang semua Cikgu-cikgu saya ;-)



Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan  vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

1 comments:

  1. SLMT HARI GURU CIKGU JUNE!! :)

    mehla tukar ngan QS pula hehehe..
    susah jgk..sakit kepala sampai mimpi ngeri hahaha

    tapi jd cikgu pn susah
    pendek kata, kita respek la smua pekerjaan
    tiada keje yg senang sebenarnya

    tapi cikgu mmg best, cuti panjang :) hehehehe

    BalasPadam