Khamis, 9 Januari 2014

Tips Atasi Kulit Kusam, Kering dan Lesu

Kulit wajah yang kering harus diatasi dengan segera kerana ia akan menyebabkan penampilan seseorang terganggu. Tahap keyakinan diri juga akan berkurangan jika seseorang itu memiliki wajah yang kusam. Wajah yang kusam membuatkan wajah tampak tidak berseri. Lebih-lebih lagi jika anda akan berkahwin pada bulan hadapan. Sudah tentu anda impikan wajah yang mulus dan cantik berseri.



Bagaimana caranya nak elakkan masalah kulit kusam?

1. Pilihlah pelembap yang sesuai untuk wajah

Sebenarnya pelembab kulit wajah adalah wajib dipakai setiap hari. Untuk mendapatkan pelembab yang sesuai, berjumpalah dengan pakar kulit dan dapatkan pelembap yang sesuai untuk kulit anda.


2.Makanlah makanan yang ada Beta karoten

Beta karoten adalah salah satu jenis mineral yang berfungsi sebagai antioksidan serta diperlukan tubuh dan mempercepat proses regenerasi kulit. beta karoten itu buah-buahan serta sayuran yang amat berguna bagi wajah. jangan lupa amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari tau..

.

3. Minum air putih 8 gelas sehari

Sebaik-baiknya minumlah air sebanyak mungkin iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari.

Jangan  tunggu sehingga kita berasa haus kerana kekurangan air dalam badan akan membuatkan wajah kita dan kulit menjadi lebih kering.


4. Gunakanlah sabun khusus untuk muka 

Merawat wajah sebenarnya bukanlah sukar seandainya kita tahu apa yang harus dilakukan seperti memakai pencuci muka khusus. Pilihlah pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita.


5. 
Sebaik-baiknya bersukanlah setiap pagi

Usahakan untuk mengeluarkan keringat pada waktu pagi, sedikit pun tidak mengapa. Pemanasan olahraga di waktu pagi akan membuat wajah kita bertambah segar dan badan terasa lebih bertenaga.


6. Amalkan suplemen sebagai makanan tambahan
Jika kita tidak mampu untuk makan makanan berzat setiap hari, sekurang-kurangnya amalkan pengambilan suplemen bagi menampung keperluan nutrisi dalam badan. Kekurangan zat makanan seperti protein juga boleh menyebabkan kulit wajah bertambah kusam. 

Diharapkan agar tips-tips di atas dapat membantu anda mengatasi masalah kulit kusam dan tidak bermaya. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.

FB : June Mohd |kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392

0 comments:

Catat Ulasan