Terdapat banyak jenis vitamin untuk kulit yang boleh memberi manfaat untuk wajah kelihatan cantik dan kulit halus dan berseri. Selain untuk kulit dan menjaga kecantikan, vitamin amatlah penting untuk memenuhi keperluan tubuh seseorang. Kali ini saya ingin kongsikan tentang beberapa jenis vitamin yang memainkan peranan penting untuk kulit.
Vitamin A
Vitamin A antara vitamin yang terpenting untuk berfungsi untuk kulit kerana ia bertindak untuk memelihara dan memperbaiki sel-sel kulit yang telah rosak atau mati. Antara tanda badan kita kekurangan vitamin A ialah, kulit kelihatan kering dan bersisik. Lihatlah kulit anda, adakah ialah lembap dan kelihatan menawan?
Untuk mendapatkan sumber vitamin A, anda haruslah makan sayuran berwarna hijau tua atau lobak. Selain itu, telur dan susu turut membekalkan vitamin A. Sekiranya kurang mampu untuk mendapatkan zat vitamin A melalui makanan, anda boleh mencuba Carotomax sebagai sumber vitamin A anda. Hanya sebiji sehari dan ia mampu memberikan kesan positif pada kulit dan bonusnya juga mata akan dapat melihat dengan lebih jelas lagi. Selain itu, ia juga mampu mengurangkan kedutan halus pada kulit wajah dan seluruh badan.
Vitamin B Complex
Anrata vitamin wajib untuk wanita cantik ialah B Complex. Vitamin B complex amat penting untuk diamalkan kerana ia turut membantu dalam meningkatkan kesihatan kulit dan menjaga kecantikan wanita. Kandungan biotin dan 8 jenis vitamin yang ada dalam B Complex akan membantu pembentukan kulit, kuku serta rambut yang sihat.
Jika badan kekurangan vitamin B Complex, seseorang itu akan mengalami keguguran rambut atau mendapat ekzema. Jadi, vitamin B Complex sangat diperlukan untuk mengurangkan masalah radang pada kulit serta boleh memberikan warna tona yang lebih cerah pada kulit. Banyakkanlah mengambil pisang, telur, beras serta bijirin untuk mendapatkan sumber B Complex yang cukup. Nak cantik, kenalah rajin amalkan makan makanan yang menyihatkan, betul tak?
Vitamin C
Wanita paling gemar mengambil vitamin C kerana ia membantu pembentukan kolagen dalam tubuh. Vitamin C bermanfaat untuk membantu menghilangkan kedutan dan ia membantu dalam mengembalikan keadaan kulit yang rosak. Vitamin C paling banyak terdapat pada sayuran hijau buah-buahan dan ia haruslah dimakan setiap hari. Kalau nak dapatkan khasiat vitamin C Shaklee, bolehlah lihat link ini. Pasti anda berpuas hati :-)
Vitamin E
Telah lama diketahui ramai bahawa vitamin E sangat baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Vitamin E membantu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti kulit yang kering, kasar atau parut. Vitamin E juga akan membantu kulit supaya tetap lembut sekaligus ia sangat baik untuk menjaga kecantikan rambut. Untuk bekas luka, kita boleh menyapu vitamin E pada parut tersebut. Ini akan sangat membantu untuk memudarkan atau menghilangkan bekas luka jika diamalkan setiap hari. Vitamin E banyak terdapat pada jenis sayur bayam, kekacang dan juga buah zaitun.
Vitamin K
Sekiranya anda ingin menghilangkan lingkaran hitam pada sekitar mata agar cepat sembuh, vitamin K ini akan berperanan penting untuk itu. Ia biasanya diperoleh daripada jenis makanan sayuran dengan warna gelap.
Sekian sahaja perkongsian saya kali ini. Semoga memberi manfaat kepada semua wanita yang mahu cantik. Kalau nak cantik kenalah rajin amalkan tips dan petua kecantikan yang ada. Rugi kalau tak cuba, nak lawa kenalah berkorban sikit...betul tak?
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan untuk mendapatkan suplemen cantik anda, hubungi saya untuk maklumat lanjut.
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392
0 comments:
Catat Ulasan