Jumaat, 25 Oktober 2013

Apa yang kita perlu tahu tentang Vitamin C?

Selain vitamin B Complex, Vitamin C juga merupakan sejenis vitamin larut air dan ia dikenali sebagai 'L-ascorbic acid'. Badan kita tidak mampu menghasilkan vitamin C. Memandangkan ia sangat penting untuk melengkapkan fungsi badan manusia, kita perlu mendapatkannya melalui makanan harian setiap hari.

Fungsi Vitamin C 
  1. Mampu memperbaiki tisu-tisu yang rosak.
  2. Sangat berguna untuk menjaga kesihatan gusi ( vit C ibarat gam yang membolehkan gigi melekat pada gusi).
  3. Mengelakkan stress kerana vitamin C berperanan mengeluarkan hormon anti-stress.
  4. Bertindak untuk bergabung dengan toksin  dan mengangkutnya keluar daripada badan.
  5. Sangat penting untuk pembentukan kolagen. Pengambilan kolagen tanpa vitamin C adalah satu kerugian yang besar kerana kolagen tak mampu memberikan kesan yang terbaik terhadap kulit anda.
  6. Mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman. Sebab itulah vitamin C antara suplemen wajib untuk set berpantang.
  7. Meningkatkan sistem imun badan
Kesan Kekurangan Vitamin C
Apakah pula kesan andai kita tidak mendapat bekalan vitamin C yang mencukupi setiap hari? Vitamin C adalah vitamin larut air. Ia tidak akan disimpan di dalam badan dan kita harus mengambilnya dalam diet harian. 
  1. Badan mudah diserang selsema dan demam.
  2. Cepat tertekan.
  3. Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik.
  4. Gusi mudah berdarah.
  5. Mudah diserang ulser.
  6. Luka lambat sembuh.
  7. Sakit pada bahagian sendi.
  8. Masalah pencernaan.
  9. Wajah tampak lebih tua daripada usia sebenar...tak sanggupkan?hihi..
  10. Tapak kaki kelihatan seperti orang berusia 60-an! Kering & bersisik.
Berapa banyakkah vitamin C yang perlu kita ambil setiap hari? 


Recommended Dietary Allowance (RDA) mencadangkan pengambilan vitamin C seperti berikut :
 
Wanita dewasa : 75mg, Lelaki dewasa : 90mg 
(Jumlah ini boleh didapati daripada sebiji oren bersaiz sederhana.)
Perokok : 125mg

Jadi, sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, eloklah cuba amalkan makan buah-buahan setiap hari.

Terima kasih kerana sudi membaca.

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383


0 comments:

Catat Ulasan