Memaparkan catatan dengan label rambut beruban. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rambut beruban. Papar semua catatan

Isnin, 2 Jun 2014

Apa Nak Buat Apabila Rambut Saya Gugur?

Siapa tak risau kalau rambut yang dahulunya cantik, kini mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan. Rambut yang dahulunya halus, lembut, hitam dan lebat semakin menipis dan gugur sedikit demi sedikit. Sudahlah rambut gugur, anak-anak rambut baru pula tidak muncul-muncul seperti yang diharapkan. Tanda-tanda kebotakan sudah mula kelihatan. Aduhai...tak sanggup nak bayangkan rupa kita yang handsome dan cun ni botak tanpa kerelaan. Tak sanggup...tak sanggup!

Jadi, sebelum rambut kita semakin menipis dan bertukar menjadi botak, ada baiknya kita mengambil langkah berjaga-jaga. Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Cadangan vitamin untuk rambut gugur :




Mengandungi biotin ( jarang ditemui dalam vitamin keluaran jenama lain) yang bertindak menghalang keguguran rambut. Ia juga mampu mengelakkan rambut cepat uban. B Complex juga bertindak untuk menguatkan akar-akar rambut supaya rambut lebih kuat dan tak mudah gugur.

Mengandungi zat besi untuk mengelakkan keguguran rambut. Kalau anda nak tahu, penambahan zat besi ke dalam diet, boleh memberi kesan yang ketara terhadap pertumbuhan rambut baru. Jadi, lepas ni kena rajin makan vitamin atau pun mana-mana makanan yang mengandungi zat besi la ye:-)
Turut mengandungi panthothenic acid yang merupakan salah satu komponen utama sel-sel dalam badan dan membantu dalam penukaran makanan kepada tenaga. Folikel rambut mula gugur disebabkan oleh kekurangan nutrien ini di dalam badan kita.

Sangat membantu untuk mengawal masalah kelumumur pada kulit kepala. Kulit kepala yang sihat akan mengelakkan rambut gugur berlaku. Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan.

Vitamin C merupakan sejenis antioksidan yang merangsang pertumbuhan rambut baru dan mengeluarkan toksin daripada badan supaya badan sihat dan mampu menghasilkan sel yang lebih sihat.

Struktur rambut terdiri daripada 90% komposisi protein. Menjadikan rambut lebih kuat, tahan lasak dan bebas kerosakan. Kekurangan protein boleh menyebabkan perubahan warna rambut, rambut baru sukar tumbuh dan struktur rambut yang tidak kuat.

Jadi, kalau anda benar-benar tidak mahu mengalami dilema kebotakan atau keguguran rambut yang serius, silalah amalkan pengambilan vitamin dari awal lagi. Jangan tunggu nasi menjadi bubur kerana ianya sudah terlambat. Kalau nak dapatkan kesan yang lebih baik, saya cadangkan anda gunakan rangkaian syampu Shaklee iaitu Pro-Sante yang best ni.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set untuk rambut gugur Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :


June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Sabtu, 12 April 2014

Tips atasi Masalah Rambut Beruban di Usia Muda



Uban biasanya terjadi kepada mereka yang telah berusia namun ada juga orang yang menghadapi masalah uban pada usia yang masih muda. Apakah perasaan anda jika baru berusia awal 30-an tapi rambut sudah mula beruban. Sudah tentu ia boleh membuatkan anda berasa rendah diri dan segan untuk berhadapan dengan orang lain. Saya pernah bertemu dengan seorang lelaki yang wajahnya kelihatan masih muda namun uban telah memutih di kepala. Sekali pandang, macam tak percaya..tapi, itulah hakikatnya. Kasihan, kan?

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan rambut mudah beruban?

1. Keturunan
2. Kekurangan vitamin B Complex dalam diet harian
3. Merokok
4. Tekanan dalam kehidupan seharian




Cara Mengatasi Masalah Rambut Beruban di Usia Muda :

1. Elakkan stress
Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.

2. Jaga kebersihan kulit kepala

Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.

3. Amalkan corak pemakanan yang sihat

Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan yang baik dan seimbang supaya dapat mencegah masalah rambut beruban ini dengan cepat.

4. Keperluan zat besi

Tubuh badan manusia memerlukan zat besi yang tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan munculnya uban pada rambut. Zat besi membantu memberikan zat warna pada rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur dan kehitaman. Makanan yang seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda mendapatkan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan. Dalam hal ini Vita-Lea Iron Formula juga boleh membantu. Insya Allah.

5. Rawatan yang teratur

Tidak perlu ke salun kecantikan rambut untuk mendapatkan rawatan ini kerana dengan rawatan sendiri juga mampu mencegah rambut daripada penuaan. Usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya lebih satu jam pada rambut kemudian bilas. Lakukan secara teratur agar dapat mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.

Akhir kata, amalkanlah pemakanan yang seimbang bagi membolehkan rambut anda tumbuh dengan sihat dan kuat. Secara tidak langsung ia boleh mencegah masalah uban pada usia muda. Tak de siapa kot yang nak nampak tua sebelum usia kan? Selain itu, anda juga boleh amalkan B Complex dan Vita-Lea Shaklee untuk memiliki rambut dan kuku yang lebih sihat & cantik. Insya Allah.


Untuk pertanyaan, hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392 | ID : 891221