Uban biasanya terjadi kepada mereka yang telah berusia namun ada juga orang yang menghadapi masalah uban pada usia yang masih muda. Apakah perasaan anda jika baru berusia awal 30-an tapi rambut sudah mula beruban. Sudah tentu ia boleh membuatkan anda berasa rendah diri dan segan untuk berhadapan dengan orang lain. Saya pernah bertemu dengan seorang lelaki yang wajahnya kelihatan masih muda namun uban telah memutih di kepala. Sekali pandang, macam tak percaya..tapi, itulah hakikatnya. Kasihan, kan?
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan rambut mudah beruban?
1. Keturunan
2. Kekurangan vitamin B Complex dalam diet harian
3. Merokok
4. Tekanan dalam kehidupan seharian
Cara Mengatasi Masalah Rambut Beruban di Usia Muda :
1. Elakkan stress
Tekanan yang sering dialami remaja pada zaman moden kini adalah salah satu penyebab munculnya uban kerana tekanan daripada pelajaran di sekolah atau di kolej. Dibebani dengan masalah-masalah tidak dapat menyiapkan bebanan tugasan kolej. Stres adalah faktor penyebab timbulnya penuaan pada rambut. Remaja perlulah lebih santai dalam mengatasi dengan itu dapat mencegah uban daripada terus timbul sebelum waktunya.
2. Jaga kebersihan kulit kepala
Menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat. Penggunaan syampu anti penuaan dan limau purut mampu mengatasi masalah rambut beruban.
3. Amalkan corak pemakanan yang sihat
Malnutrisi adalah salah satu penyebab timbulnya uban atau penuaan pada rambut. Diet secara berlebihan mengakibatkan kurangnya kandungan gizi yang diperlukan dalam badan dan ini menyebabkan tumbuhnya uban pada rambut. Cuba aturkan pola pemakanan yang baik dan seimbang supaya dapat mencegah masalah rambut beruban ini dengan cepat.
Tubuh badan manusia memerlukan zat besi yang tinggi dan apabila kurangnya zat besi akan munculnya uban pada rambut. Zat besi membantu memberikan zat warna pada rambut lalu rambut akan tumbuh dengan subur dan kehitaman. Makanan yang seperti sayur bayam dan buah lemon membantu anda mendapatkan kandungan zat besi yang tinggi dalam badan. Dalam hal ini Vita-Lea Iron Formula juga boleh membantu. Insya Allah.
Tidak perlu ke salun kecantikan rambut untuk mendapatkan rawatan ini kerana dengan rawatan sendiri juga mampu mencegah rambut daripada penuaan. Usap campuran labu dan minyak kelapa pada rambut sekurang-kurangnya lebih satu jam pada rambut kemudian bilas. Lakukan secara teratur agar dapat mencegah terjadinya tumbuh uban pada rambut anda.
Akhir kata, amalkanlah pemakanan yang seimbang bagi membolehkan rambut anda tumbuh dengan sihat dan kuat. Secara tidak langsung ia boleh mencegah masalah uban pada usia muda. Tak de siapa kot yang nak nampak tua sebelum usia kan? Selain itu, anda juga boleh amalkan B Complex dan Vita-Lea Shaklee untuk memiliki rambut dan kuku yang lebih sihat & cantik. Insya Allah.
Untuk pertanyaan, hubungi saya seperti maklumat di bawah :
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-9438392 | ID : 891221
0 comments:
Catat Ulasan