Salam ceria semua :-) Apa khabar pembaca sekalian? Kita dah masuk hari kedua dalam bulan April. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Hari ini saya happy sangat coz dapat bersantai dengan anakanda tercinta. Life saya kat sini banyak dipengaruhi oleh si cilik saya. Hanya Faris peneman setia. Kami belum berpeluang untuk sebumbung dengan Encik Papa. Mujurlah zaman sekarang ni kita dikurniakan dengan kemudahan telefon, internet segala untuk berhubung....dapatlah mendengar suara dan berkongsi cerita 2-3 kali sehari :-D. Terima kasih Tuhan. Sesungguhnya, nikmat-Mu terlalu banyak dan tak terhitung olehku..
Faris n Dad masa umurnya 3YO
Alhamdulillah, pagi-pagi tadi saya berpeluang ke bandar Gua Musang untuk pos dan hantar barang yang pelanggan nak. Kalau orang lain, pejabat pos sebelah rumah diorang jer, tapi saya, alamak hai...jauhnyalah nak keluar ke pejabat pos. Jarak antara rumah saya dengan bandar Gua Musang lebih kurang 45km. Kalau pergi balik, dah 90km tu. Tapi, saya tak kisah asalkan dapat berkhidmat untuk pelanggan tersayang. Saya juga anggap ianya sebagai cabaran yang mematangkan saya dalam dunia Shaklee ni. Kalau nak ikutkan, ada je yang cakap berbaloi ke ko buat semua ni. Bagi saya, yes..indeed! Shaklee bukan bisnes biasa-biasa..ia penuh dengan suka duka yang banyak mendidik saya menjadi 'manusia'..
Daripada seorang yang bekerja hanya untuk keperluan diri sendiri, saya mula bertekad untuk menyumbang kepada yang memerlukan. Setidak-tidaknya, dengan bonus Shaklee saya mempunyai sedikit lebihan untuk berzakat dan bersedekah kepada yang memerlukan. Dan saya tak tahu mengapa saya mudah sangat tersentuh bila tengok orang-orang yang memerlukan...Sampai terngiang-ngiang pulak lirik lagu 'Kalau Aku Kaya! Aku bayar semua....:-)
Lagi, saya kagum dan jeles sesangat bila tengok ada orang yang mampu berzakat sehingga 5 angka sebulan. Mak datuk...sebulan tu, bukan setahun. Macam tak percaya, tapi ianya benar-benar terjadi. Sebab tu saya kena TEKAD untuk follow semua jejak langkah mentor-mentor yang dah berjaya.
DAN lagi...banyak benefit yang saya dapat dalam ber'Shaklee'..ianya bukan sekadar duit. Hubungan sesama upline, downline mahu pun side line sangat erat. Kami saling membantu apabila susah dan senang. Yup, even upline yang dah dapat 5-6 angka pun takkan biarkan downline mereka terkapai-kapai. Kami sentiasa diberi nasihat dan tunjuk ajar yang tak berbelah bagi..Aduh, terharu sungguh dengan kebaikan mereka.
Banyakkkkkk sangat benefits yang saya dapat setelah setahun lebih bersama Team Jutawan ,Lady Boss, Supermom segala...tak habis kalau nak taip kat sini tau..hihihhh. OK lah, dah larut malam. Sebelum tidur, kena telan OsteMatrix dulu, barulah hilang lenguh di badan. Esok hari Khamis, so banyak energy nak guna. Khamis adalah hari yang kami tunggu-tunggu. Faris nak balik kampung jumpa Mak Tok dan Papa tercinta :-)
Syyy...kalau uols nak join team kami yang best ni boleh contact saya tau :-) Tak rugi berkongsi kebaikan yang kita rasa kat orang lain. silap-silap hari bulan dapat jugak pahala free coz dah bantu orang hidup lebih sihat. Yer tak yer jugakkan?
Sekian.
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221
0 comments:
Catat Ulasan