Khamis, 13 Februari 2014

Faedah Jadi Ahli Shaklee berdasarkan Pengalaman Saya

Assamualaikum w.b.t..


Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman setelah lebih setahun bergelar duta kecil Shaklee iaitu Shaklee Independent Distributor. Pada awalnya saya tak tahu pun bahawa Shaklee adalah MLM. Kalau tahu, memang saya tak join kot...dulu-dulu saya pernah tertipu dengan satu syarikat ini. Saya diajar untuk membeli stok sebanyak RM2,000.00. janji mereka, mereka akan bantu saya untuk jualkan produk tersebut. Tapi sayangnya, janji tinggal janji. Habuk pun tak de....serik saya dibuatnya.

Lain pula ceritanya dengan Shaklee. Saya jatuh cinta dengan produk Shaklee setelah mencuba set menyusu sewaktu susu 'drop' ketika Faris berusia 8 bulan. Setelah makan set menyusu, badan terasa cergas dan tak mudah tertekan. Jadi, bila mood baik, susu pun makin meriah. Alhamdulillah, setelah konsisten dengan Shaklee dan rajin amalkan konsep asas penyusuan, saya berjaya menyusukan Faris sehingga usianya 26 bulan. 



Alang-alang saya memang dah makan Shaklee, rasanya tak rugi kot kalau saya jadi ahli. Jadi, hari ini saya akan dedahkan faedah-faedah yang saya dapat setelah menjadi ahli Shaklee :
  1. Modal yang sangat rendah iaitu hanya RM75 seumur hidup. Tapi kalau tak nak bayar RM75, boleh buat belian barangan sebanyak RM650 bersamaan 200 point (UV). Tak perlu nak keluarkan duit simpanan atau buat loan puluh-puluh ribu tapi pulangannya sangat lumayan. Jangan tak tahu, mentor-mentor saya ramai yang dah mencecah pendapatan 5-6 angka. Tapi mereka ni humble jer, tak delah tayang2 duit macam typical MLM yang lain..ahahaaa..
  2. Dapat bonus tengah bulan. Saya ni kerja makan gaji, pendapatan saya hanya masuk sekali jer sebulan. Biasanya bila dah masuk 14-15 hb setiap bulan, memang seksa nak tunggu gaji. Terpaksalah berjimat-cermat dan ikat perut dengan duit poket yang makin kempis. Tapi, sejak dah ada income dengan Shaklee saya tidak lagi tertunggu-tunggu hari gaji. In fact, bonus saya pun lagi banyak daripada gaji bersih saya sekarang ni. ALHAMDULILLAH...
  3. Bisnes yang sangat mudah dan fleksibel. Boleh dilakukan di mana-mana sahaja selama 24 jam. Cukuplah dengan adanya line internet, saya bolehlah berbisnes sambil menonton TV di rumah! Lebih-lebih lagi Shaklee dah mula buat online system, bila-bila masa pun boleh beli barang!
  4. Tak perlu kumpul stok banyak-banyak. Shaklee memudahkan kerja saya dengan membantu untuk poskan barang kepada pelanggan-pelanggan saya di seluruh Malaysia. Jimat masa saya untuk packing barang dan beratur di pejabat pos.
  5. Hampir tiada risiko. Shaklee adalah syarikat yang stabil. Shaklee telah tertubuh lebih 50 tahun dan setakat ini belum pernah gagal membayar bonus kepada pengedar-pengedarnya walau pun ekonomi dunia jatuh merudum!!
  6. Shaklee menawarkan produk yang dijamin SELAMAT dan BERKESAN serta SEMULA JADI. Terdapat 83,000 kajian yang dijalankan setiap tahun bagi memastikan produknya benar-benar selamat untuk digunakan. Ujian klinikal juga dijalankan bagi menguji keberkesanan produk. 
  7. Nikmat kesihatan yang baik. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH sejak mengamalkan vitamin Shaklee yang semulajadi, saya dapati diri saya sekeluarga bertambah sihat dan cergas. Anak pun jarang sangat demam. Vitamin berfungsi untuk mengisi kekosongan dalam tubuh, jadi tubuh dapat berfungsi dengan baik dan sihat. 
  8. Tambah kenalan. Saya berada di bawah susur galur Group Jutawan yang diketuai oleh PM CeryMamaFaiz. Hubungan antara ahli-ahli JUTAWAN bagaikan bersaudara kerana kami saling menyokong dan memberi motivasi antara satu sama lain. Pendek kata, saya tidak keseorangan dalam bisnes Shaklee ni. Best kan?
  9. Hidup saya dipenuhi dengan aura yang positif! Dalam kumpulan JUTAWAN, amalan rohani adalah sesuatu yang sangat digalakkan. Amalan rohani yang dahulunya biasa-biasa sahaja, kini dah jadi amalan saya setiap hari. Hati terasa sungguh tenang apabila kita bergantung sepenuhnya kepada  ALLAH Yang Maha Esa.
  10. Kelas bimbingan secara online diberikan hampir setiap hari! Ada sahaja pesanan dan kata-kata semangat untuk anak-anak buah Shaklee. Terasa sungguh bertuah kerana saya telah berada dalam kumpulan yang betul pada masa yang tepat. Yang tinggal hanyalah usaha saya sendiri untuk bergerak menuju impian besar saya. 
Sebenarnya, banyak lagi manfaat jadi ahli Shaklee. Tapi cukup setakat ini dahulu perkongsian saya. Kita sambung cerita dalam entry akan datang ye. Insya ALLAH. Ada tak kat sini yang berminat untuk jadi ahli Shaklee macam saya? Kalau ada, bolehlah hubungi saya untuk mendaftar! Jangan tunggu lama-lama...bertindaklah sekarang. Tindakan anda hari ini boleh mengubah masa depan anda sekeluarga. Do it NOW!

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221

0 comments:

Catat Ulasan