Memaparkan catatan dengan label set kecantikan shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label set kecantikan shaklee. Papar semua catatan

Ahad, 10 Ogos 2014

Set Kecantikan Shaklee : Perlu Ambil Semuakah?

Assalamualaikum w.b.t..
Kali ini saya ingin berkongsi tentang set kecantikan Shaklee. Ramai juga yang bertanya, dalam banyak-banyak vitamin yang ada dalam set kecantikan Shaklee (ESP, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E/ GLA Complex), perlu ke saya ambil semua? Kalau kurang mampu, vitamin mana yang paling sesuai diambil untuk cantikkan kulit...

Bagi saya agak sukar untuk saya menjawab persoalan di atas. Tapi mari kita lihat fungsi setiap jenis vitamin satu persatu, barulah boleh disesuaikan dengan keperluan badan kita. Kena tahu juga nak makan set cantik ni untuk apa...masalah jerawat, jeragat, kulit kusam, atau disebabkan oleh wajah yang nampak tua sebelum usia?

Mengandungi protein yang sangat diperlukan oleh badan kita supaya dapat menghasilkan sel baru yang lebih sihat. Tahukah anda, sel-sel badan kita diperbaharui setiap 21 hari. Sepatutnya sel-sel baru yang dihasilkan adalah lebih sihat berbanding sel-sel kulit yang lama...tapi, kalau tak cukup protein, kita akan nampak sel-sel kulit yang diperbaharui tu sama sahaja seperti sebelum ini. Tak nampak beza pun. Pendek kata, sel yang diperbaharui tidak dapat menghasilkan kulit yang cantik akibat kekurangan protein. Sebab itulah pengambilan protein sangat penting untuk hasilkan kulit yang halus dan gebu. Parut juga cepat hilang jika kita rajin mengamalkan protein ESP ni :-)

Tidak ramai yang mengambil berat tentang keperluan badan mereka terhadap vitamin yang satu ini. Sebenarnya, semua orang sangat memerlukan vitamin B Complex kerana ia bersifat larut air dan tidak dapat disimpan di dalam badan kita. Jadi, kita perlu mengambilnya setiap hari. Apa bagusnya B Complex untuk kecantikan? B Complex bertindak untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Oksigen yang cukup pada kulit akan menampakkan wajah lebih segar dan bertenaga. Kulit yang mendapat cukup oksigen kelihatan lebih muda dan cantik. Wajah juga tak mudah nampak kusam lagi tau :-) B Complex juga membantu untuk mengurangkan tekanan. So, bila tiada tekanan, seri wajah juga pasti terserlah....suka tak?

Vitamin C juga sejenis vitamin yang larut air seperti B Complex. Jadi pastinya kita memerlukan vitamin C setiap hari. Fungsi vitamin C adalah untuk membantu menghasilkan kolagen. Sebab itulah, kulit yang cukup vitamin C lambat berkedut. Jadi, kalau anda baru berusia 20-an tapi wajah dah mula berkedut, itu tandanya badan anda kekurangan vitamin C. Jadi, kena rajin-rajinlah amalkan vitamin C setiap hari.

Setiap hari kita diserang oleh bahan kimia dan radikal bebas yang bertindak untuk merosakkan sel-sel kulit kita yang sihat. Jika masalah ini tidak diatasi kita akan mudah diserang pelbagai penyakit termasuk kanser dan sebagainya. Vitamin E merupakan sejenis anti oksidan yang kuat dan ia mampu melawan radikal bebas dan menjadikan sel kulit kita lebih sihat dan cantik. Sekiranya kita sering berhadapan dengan radikal bebas setiap hari (semua orang juga tak dapat lari dari masalah radikal bebas), vitamin E adalah pilihan terbaik.

Juga mengandungi vitamin E sebagai bahan anti oksidan terbaik untuk melawan radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan. So, bila kesan radikal bebas dan bahan kimia berkurangan dalam badan, maka tubuh kita akan kelihatan lebih muda atau dalam erti kata lain, kesan penuaan lambat untuk 'singgah' pada wajah kita...suka tak?




Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Khamis, 5 Jun 2014

Promo June 2014 : Vitamin E Shaklee


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ini saya berkesempatan untuk update Promo yang Shaklee buatkan untuk bulan June ini. Sangat sesuai sebenarnya promo vitamin E dibuat dalam bulan June ni sebenarnya. Tak lama lagikan dah nak raya, jadi ramailah yang mengambil peluang ini untuk mendapatkan set kecantikan Shaklee yang mengandungi vitamin B Complex, vitamin C SR dan vitamin E.
Antara kelebihan set cantik Shaklee yang akan anda perolehi setelah mengamalkannya  ialah :

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C dapat:

Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
Mencegah penuaan
Menjadikan kulit lebih kenyal
Mencerahkan kulit
Menjaga kulit dari sinaran UV
Mengurangkan parut jerawat
Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
Menjadikan wajah lebih berseri
Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan vita C dan Vita E merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.

Untuk kelebihan vitamin E yang tak patut anda tinggalkan pula, anda boleh dapatkan infonya di sini. Boleh terus ORDER jika anda nak cepat.



Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sebotol vitamin E hanyalah berharga RM149.00 sahaja. Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau menjadi ahli, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah, dengan menjadi ahli anda mampu jimat sehingga 15-25%!
June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221


Rabu, 7 Mei 2014

Set Kecantikan Shaklee yang Buat Anda Putih Gebu

Memandangkan kurang tiga bulan kita akan beraya, ramai yang dah mula sibuk menempah baju-baju raya untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Malah, ada juga yang dah sibuk bagi tester untuk tempahan kuih raya juga. Tapi bukan pasal tu yang saya nak bincangkan hari ini. 
Biasanya bila tiba musim perayaan, kaum wanitalah yang paling sibukkan? Ni satu hal lagi..beberapa hari kebelakangan ini, saya kerap kali dihubungi oleh mereka yang mencari set kecantikan Shaklee. Katanya, mereka mahu tampil berseri-seri sempena musim perayaan nanti. Sapa yang tak mau cantik kan...Tapi, sempat ke... masa ada kurang tiga bulan je lagi ni? Kalau ikut peraturan dan cara makan yang betul, dalam masa dua minggu pun dan boleh nampak hasilnya. Yang penting kena makan vitamin secara berdisiplin.

Apa yang ada dalam set D @ Set Kecantikan Shaklee ni ye?




B COMPLEX untuk kegunaan 4 bulan
VITAMIN C untuk kegunaan 6 bulan
VITAMIN E untuk kegunaan 4 bulan
Add On ESP untuk kegunaan 2 bulan

Harganya pula berapa ???
boleh rujuk di sini untuk mengetahui harga runcit Shaklee..pssst, jadi ahlilah..dapat jimat banyak tau :-)

Berbaloi kan beli kalau guna set kecantikan Shaklee ni? Harganya sepadan dengan kualiti, tahan berbulan-bulan pulak tu. Sekali jer keluarkan duit lepas tu tinggal nak makan jelah. Tak perlu beli vitamin setiap bulan untuk sambung makan. Hanya 4 bulan sekali je kalau nak kena beli pun..untung ke untung ni? Ahahah!




Jom ketahui fungsi vitamin dalam Set Skincare yang merangkumi B-complex, Vitamin C dan juga Vitamin E  serta ESP ni..

B-complex
Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang lengkap. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta lebih tenang. Semua tahu kan, stress boleh mempercepatkan kedutan pada wajah dan stress juga boleh jadi punca kepada masalah jerawat.

Vitamin C
Sejenis antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen. Stress boleh mengakibatkan badan kita kehilangan lebih banyak vitamin C berbanding biasa. Jika kita sering berada berhampiran dengan sang perokok juga kita mesti mewajibkan pengambilan vitamin C setiap hari kerana vitamin C akan membantu 'membuang' racun yang masuk ke dalam tubuh kita melalui asap rokok.


Vitamin E
Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan kesan terbakar akibat dedahan kepada sinaran UVB. Tapi, korang jangan salah sangka yang korang akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.

Selain 3 vitamin di atas, pengambilan set ini bersama-sama dengan Energizing Soy Protein (ESP) sangat disarankan.


ESP – diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula. Apabila sel kulit kita sihat, maka kecantikan semula jadi akan lebih terserlah.




Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya. Jadi, kulit akan lebih cepat nampak glowing jika gunakan set kecantikan Shaklee dan ditambah dengan ESP. Hasilnya...? Tak nak cakap banyak2..layan gambar je lah ye...


KEPADA YANG BELUM PERCAYA PADA SET CADANGAN INI BOLEH TENGOK SEMUA BUKTI / TESTIMONI customer yang telah mencuba set ini.





Dah dah...teruja kan tengok transformasi mereka..makin cun dan gebu-gebas gituhh..kalau teringin nak cantik macam adik kakak kita ni, jomlah cuba set kecantikan Shaklee ni sekarang. Insya Allah tak rugi pun..duit boleh dicari...tapi kecantikan itu adalah kepuasan dan ia juga penting untuk kita tampil lebih yakin di khalayak ramai. Tak nak la asyik rasa rendah diri je kan...

Selamat mencuba!

Saya boleh dihubungi di sini :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221