Memaparkan catatan dengan label set cantik bajet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label set cantik bajet. Papar semua catatan

Ahad, 10 Ogos 2014

Set Kecantikan Shaklee : Perlu Ambil Semuakah?

Assalamualaikum w.b.t..
Kali ini saya ingin berkongsi tentang set kecantikan Shaklee. Ramai juga yang bertanya, dalam banyak-banyak vitamin yang ada dalam set kecantikan Shaklee (ESP, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E/ GLA Complex), perlu ke saya ambil semua? Kalau kurang mampu, vitamin mana yang paling sesuai diambil untuk cantikkan kulit...

Bagi saya agak sukar untuk saya menjawab persoalan di atas. Tapi mari kita lihat fungsi setiap jenis vitamin satu persatu, barulah boleh disesuaikan dengan keperluan badan kita. Kena tahu juga nak makan set cantik ni untuk apa...masalah jerawat, jeragat, kulit kusam, atau disebabkan oleh wajah yang nampak tua sebelum usia?

Mengandungi protein yang sangat diperlukan oleh badan kita supaya dapat menghasilkan sel baru yang lebih sihat. Tahukah anda, sel-sel badan kita diperbaharui setiap 21 hari. Sepatutnya sel-sel baru yang dihasilkan adalah lebih sihat berbanding sel-sel kulit yang lama...tapi, kalau tak cukup protein, kita akan nampak sel-sel kulit yang diperbaharui tu sama sahaja seperti sebelum ini. Tak nampak beza pun. Pendek kata, sel yang diperbaharui tidak dapat menghasilkan kulit yang cantik akibat kekurangan protein. Sebab itulah pengambilan protein sangat penting untuk hasilkan kulit yang halus dan gebu. Parut juga cepat hilang jika kita rajin mengamalkan protein ESP ni :-)

Tidak ramai yang mengambil berat tentang keperluan badan mereka terhadap vitamin yang satu ini. Sebenarnya, semua orang sangat memerlukan vitamin B Complex kerana ia bersifat larut air dan tidak dapat disimpan di dalam badan kita. Jadi, kita perlu mengambilnya setiap hari. Apa bagusnya B Complex untuk kecantikan? B Complex bertindak untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Oksigen yang cukup pada kulit akan menampakkan wajah lebih segar dan bertenaga. Kulit yang mendapat cukup oksigen kelihatan lebih muda dan cantik. Wajah juga tak mudah nampak kusam lagi tau :-) B Complex juga membantu untuk mengurangkan tekanan. So, bila tiada tekanan, seri wajah juga pasti terserlah....suka tak?

Vitamin C juga sejenis vitamin yang larut air seperti B Complex. Jadi pastinya kita memerlukan vitamin C setiap hari. Fungsi vitamin C adalah untuk membantu menghasilkan kolagen. Sebab itulah, kulit yang cukup vitamin C lambat berkedut. Jadi, kalau anda baru berusia 20-an tapi wajah dah mula berkedut, itu tandanya badan anda kekurangan vitamin C. Jadi, kena rajin-rajinlah amalkan vitamin C setiap hari.

Setiap hari kita diserang oleh bahan kimia dan radikal bebas yang bertindak untuk merosakkan sel-sel kulit kita yang sihat. Jika masalah ini tidak diatasi kita akan mudah diserang pelbagai penyakit termasuk kanser dan sebagainya. Vitamin E merupakan sejenis anti oksidan yang kuat dan ia mampu melawan radikal bebas dan menjadikan sel kulit kita lebih sihat dan cantik. Sekiranya kita sering berhadapan dengan radikal bebas setiap hari (semua orang juga tak dapat lari dari masalah radikal bebas), vitamin E adalah pilihan terbaik.

Juga mengandungi vitamin E sebagai bahan anti oksidan terbaik untuk melawan radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan. So, bila kesan radikal bebas dan bahan kimia berkurangan dalam badan, maka tubuh kita akan kelihatan lebih muda atau dalam erti kata lain, kesan penuaan lambat untuk 'singgah' pada wajah kita...suka tak?




Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221



Khamis, 6 Februari 2014

Testimoni Set Kecantikan Shaklee ( Set D)

Assalamualaikum w.b.t.


Apa khabar pembaca setia di kedai maya saya hari ini? Semoga sentiasa sihat & 

berbahagia selalu. Kali ini saya ingin berkongsi tentang testimoni set kecantikan Shaklee 

iaitu set D. Set ini sangat sesuai diamalkan bagi mereka yang inginkan penampilan yang 

lebih menawan terutamanya jika mereka sedang menunggu tarikh untuk naik pelamin.


Testimoni Pertama :

Just nak share Testimoni ke atas diri sendiri setelah consume esp+vit-E secara konsisten 4 

bulan lalu..now continue esp dengan vit-C dan B-Complex...

Nampak x perbezaannya di situ...ke xde beza?? anda nilai lah sendiri..no make up no 


touch-up no editing!!! fresh dan asli dari wajah heheh..

Hasil yg baik kita sharing bersama  Jika ada yg mahukan set D ini sila cari SID anda utk


dptknnya



Testimoni 2 :

Salam, setelah sekian lama...sy dah bersedia nak share testimoni diri sendiri..ehem malu 

pun ada...


Pic before taken masa May 2012, baru start amik Set B..teruk sangat muka..merah dan 

bengkak2..jerawat on and off...bila period lagi la kuar macam buh baja...

Berkat kesabaran, saya nak maintain dengan Shaklee juga..so saya maintain dengan Vit B 

Complex, Vit C, Vitalea, Alfalfa, ESP untuk kulit. Supplement lain saya amalkan Omega dan 

Ostematrix...pada saya Alfalfa yang paling banyak membantu saya dari segi jerawat dan 

alahan pada makanan laut...kebaikan lain, bab lawas jangan cakap la, ekzema pun settle.. 

Alhamdulillah :-)



Testimoni 3 :


Hari ini saya nak share testimoni anak dara sendiri...Hasil consume selama 2 bulan Set 

Supplement Kecantikan Kulit Shaklee..Kulit Muka nampak lebih cerah dan berseri..


Proses pembentukan sel-sel kulit berlaku dari dalam dan bukannya dengan pemakaian krim 

atau sebarang lotion pada kulit muka... Selamat mencuba!


Testimoni 4 :

Hi Semuaaaaaa.....selamat petang..selalunya asek letak testi customer je kan..bila lg nk 

buat testi sendiri..haaa ni dia testi makk..

Tengok gambo kt sebelum tu mak makan vita C tp dari brand lain tp x jadi apa2 pun 

uols..muka pun ala2 jambatan x siap gittew..coreng sana coreng sini..parut jerawat toksah 

ckpla merata2 ada..belum masuk lg kawah bulan..mekap pun tetap nampak buroks jugak k..

Alhamdulillah selepas sembang dgn kak Zura Betty ,beliau yg suggest sy minum ESP 

Shaklee..after 2 minggu consume ESP memang terasa ada perubahan terus beli pulak GLA 

Complex Shaklee x saba2 nk kulit cantik okey...slps sebulan memang sangat2 berpuas hati 

dgn produk ni..then terus mkn Set D ( VITA C, VITA E, BCOMPLEX) utk dpt hasil yg lg 

POWER...Alhamdulillah....tak mau tukar yang lain dahhhhh.....Sekarang x perlu nk mekap 

tebal sampai 3 inci dh k...just sapu compact powder & celak sikit je..memang ESP ni 

boleh dpt cun lahhhhhh.....





Menarik kan testimoni di atas? Jika anda dah bosan dengan bermacam-macam produk tapi 

belum mendapat hasil yang diinginkan, anda bolehlah mencuba vitamin semula jadi yang hot di pasaran ni..Hasilnya pasti tak mengecewakan :-) Insya Allah.

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/ WA : 017-943 8392 | ID : 891221






Isnin, 1 Julai 2013

Set Cantik Shaklee yang Buatkan anda Dicemburui Rakan Sekerja

Assalamualaikum dam selamat pagi buat semua....semoga kalian berada dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya...eh eh, macam intro nak tulis surat kiriman tidak rasmi pula jadinya...hihihh..memandangkan kita tinggal lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi untuk menyambut Hari Raya Puasa, saya yakin ramai wanita ( lelaki juga tidak ketinggalan ) untuk tampil cantik dan berbeza daripada biasa. Kalau anda berhasrat untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik dan berseri, eloklah dimulakan dengan merawat kulit dari dalam. Saya tidak nafikan bahawa penjagaan luaran juga penting, tetapi untuk menjadikan seri wajah bertahan dengan lebih lama dan semula jadi maka kita haruslah merawatnya dari dalam....beauty starts from within, kay?

Semua orang nak cantik .Tapi, tidak semua yang punya bajet besar untuk membeli vitamin atau suplemen yang mahal-mahal. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi tentang Set Cantik Shaklee yang boleh dimiliki semua golongan.



Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada vitamin B Complex, Vitamin C dan GLA Complex. Mari kita teliti fungsi bagi setiap vitamin yang ada dalam set ini :

1. Khasiat vitamin B Complex
  • membantu badan lebih bertenaga dan segar
  • mengurangkan tekanan dan wajah akan kelihatan lebih ceria
  • vitamin penting untuk kesihatan saraf
  • meningkatkan pengaliran darah ke seluruh badan dan muka (wajah tampil berseri )
  • mengurangkan masalah 'sunburn' dengan segera
  • mengurangkan garis-garis halus pada wajah
  • mengurangkan penghasilan jerawat akibat stress ( jangan tak tahu, stress juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh dengan jayanya pada wajah anda!)
2. Khasiat vitamin C Chewable Shaklee
  • membantu dalam pembentukan kolagen
  • kolagen yang berkurangan dalam badan menyebabkan kulit cepat berkedut dan bersisik
  • mengurangkan kesan-kesan parut pada kulit
  • mencerahkan kulit secara semulajadi dari dalam 
  • diperkaya dengan bioflavonoids sebagai agen anti penuaan
  • mencegah pigmentasi yang boleh menyebabkan jeragat
3. Khasiat GLA Complex untuk kulit :
  • menguatkan kuku dan rambut
  • menjadikan kulit kelihatan lebih berseri-seri
  • memperlahankan proses penuaan
  • melembapkan kulit yang kering
  • merawat masalah kulit sensitif atau eczema
  • mengurangkan masalah jeragat
  • juga membantu merawat masalah rambut kering dan gugur
Harga bagi setiap jenis vitamin bagi set cantik bajet :

B Complex : RM53.75, Vitamin C Chewable : RM37.00 dan GLA Complex : RM 91.25

Jadi, setelah mengetahui fungsi bagi setiap vitamin yang ada dalam Set Cantik Shaklee, anda tidak perlu tunggu lagi untuk mencuba...ramai yang telah berjaya menyelesaikan masalah kulit mereka dengan set ini. Akan datang saya akan update tentang testimoni untuk set cantik pula ya..selamat mencuba!
P/S : Kalau nak lebih-lebih-lebih power, gandingkan dengan ESP Shaklee yang hot..Insya Allah tak menyesal!

June Mohd | kerengge83@gmail.com | 019-2187383 | ID : 891221