Ahad, 10 Ogos 2014

Set Kecantikan Shaklee : Perlu Ambil Semuakah?

Assalamualaikum w.b.t..
Kali ini saya ingin berkongsi tentang set kecantikan Shaklee. Ramai juga yang bertanya, dalam banyak-banyak vitamin yang ada dalam set kecantikan Shaklee (ESP, B Complex, Vitamin C dan Vitamin E/ GLA Complex), perlu ke saya ambil semua? Kalau kurang mampu, vitamin mana yang paling sesuai diambil untuk cantikkan kulit...

Bagi saya agak sukar untuk saya menjawab persoalan di atas. Tapi mari kita lihat fungsi setiap jenis vitamin satu persatu, barulah boleh disesuaikan dengan keperluan badan kita. Kena tahu juga nak makan set cantik ni untuk apa...masalah jerawat, jeragat, kulit kusam, atau disebabkan oleh wajah yang nampak tua sebelum usia?

Mengandungi protein yang sangat diperlukan oleh badan kita supaya dapat menghasilkan sel baru yang lebih sihat. Tahukah anda, sel-sel badan kita diperbaharui setiap 21 hari. Sepatutnya sel-sel baru yang dihasilkan adalah lebih sihat berbanding sel-sel kulit yang lama...tapi, kalau tak cukup protein, kita akan nampak sel-sel kulit yang diperbaharui tu sama sahaja seperti sebelum ini. Tak nampak beza pun. Pendek kata, sel yang diperbaharui tidak dapat menghasilkan kulit yang cantik akibat kekurangan protein. Sebab itulah pengambilan protein sangat penting untuk hasilkan kulit yang halus dan gebu. Parut juga cepat hilang jika kita rajin mengamalkan protein ESP ni :-)

Tidak ramai yang mengambil berat tentang keperluan badan mereka terhadap vitamin yang satu ini. Sebenarnya, semua orang sangat memerlukan vitamin B Complex kerana ia bersifat larut air dan tidak dapat disimpan di dalam badan kita. Jadi, kita perlu mengambilnya setiap hari. Apa bagusnya B Complex untuk kecantikan? B Complex bertindak untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Oksigen yang cukup pada kulit akan menampakkan wajah lebih segar dan bertenaga. Kulit yang mendapat cukup oksigen kelihatan lebih muda dan cantik. Wajah juga tak mudah nampak kusam lagi tau :-) B Complex juga membantu untuk mengurangkan tekanan. So, bila tiada tekanan, seri wajah juga pasti terserlah....suka tak?

Vitamin C juga sejenis vitamin yang larut air seperti B Complex. Jadi pastinya kita memerlukan vitamin C setiap hari. Fungsi vitamin C adalah untuk membantu menghasilkan kolagen. Sebab itulah, kulit yang cukup vitamin C lambat berkedut. Jadi, kalau anda baru berusia 20-an tapi wajah dah mula berkedut, itu tandanya badan anda kekurangan vitamin C. Jadi, kena rajin-rajinlah amalkan vitamin C setiap hari.

Setiap hari kita diserang oleh bahan kimia dan radikal bebas yang bertindak untuk merosakkan sel-sel kulit kita yang sihat. Jika masalah ini tidak diatasi kita akan mudah diserang pelbagai penyakit termasuk kanser dan sebagainya. Vitamin E merupakan sejenis anti oksidan yang kuat dan ia mampu melawan radikal bebas dan menjadikan sel kulit kita lebih sihat dan cantik. Sekiranya kita sering berhadapan dengan radikal bebas setiap hari (semua orang juga tak dapat lari dari masalah radikal bebas), vitamin E adalah pilihan terbaik.

Juga mengandungi vitamin E sebagai bahan anti oksidan terbaik untuk melawan radikal bebas yang mempercepatkan proses penuaan. So, bila kesan radikal bebas dan bahan kimia berkurangan dalam badan, maka tubuh kita akan kelihatan lebih muda atau dalam erti kata lain, kesan penuaan lambat untuk 'singgah' pada wajah kita...suka tak?




Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee dan ingin menjadi ahli untuk penjimatan sehingga 15-20%, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221



0 comments:

Catat Ulasan