Memaparkan catatan dengan label pengedat Shaklee Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengedat Shaklee Kelantan. Papar semua catatan

Ahad, 22 Jun 2014

Cara Elakkan Susu 'Drop' ketika Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t :-)

Kedatangan bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Mereka tidak sabar untuk mendapatkan ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang beramal dalam bulan yang barakah ini. Tapi, bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, pasti ada sedikit kerisauan takut-takut susu mereka akan berkurangan apabila berpuasa. Tambah pula, jika stok susu yang ada dalam simpanan tidak seberapa, ini pasti lebih membimbangkan. Sedihnya andai bayi kita tidak mendapat bekalan secukupnya apabila kita keluar bekerja.

Jadi, di sini saya ingin berkongsi beberapa tips penting untuk mengelakkan susu berkurangan akibat ibu yang berpuasa :



  1. Pastikan anda minum air 3-4 liter setiap hari. Sukat jumlah air yang diambil kerana adakalanya kita rasa yang kita dah minum banyak air. Tapi hakikatnya, tak sampai 2 liter pun air yang kita minum setiap hari. Apabila tak cukup air, macam mana susu nak dihasilkan dengan lebih banyak? Betul tak...
  2. Pastikan anda mengambil makanan lengkap ketika bersahur dan berbuka. Macam saya, saya lebih suka amalkan ESP, Meal Shakes dan Performance untuk bersahur. Tapi jangan lupa dapatkan makanan yang seimbang jugak ya walaupun sedikit. Pastikan ada ikan/ayam/daging, nasi/roti dan sayuran atau buah-buahan dalam hidangan anda. Ketika berbuka pula, Performance sudah jadi kemestian untuk saya.
  3. Ikut jadual perahan susu seperti biasa. Jangan skip sesi perahan susu setiap 3 jam sekali pada waktu siang. Pada sebelah malam, saya akan pam sebelum tidur dan selepas bangun tidur (sebelum bersahur). Jadual pam yang konsisten akan membantu pengeluaran susu yang lebih banyak. Korang ingat lagi tak rules DEMAND vs SUPLLY?
  4. Saya amalkan pengambilan suplemen. Saya pernah test, berpuasa tanpa suplemen sangat-sangat melesukan tubuh saya. Susu juga nampak lebih cair berbanding biasa. Jadi, bagi saya pengambilan suplemen sangat penting untuk menjadikan kita cergas & bertenaga. Saya amalkan B Complex, Vita-Lea, Alfalfa, Vitamin C, ESP dan Performance untuk kekal cergas. Susu juga kelihatan lebih creamy dan berkhasiat :-) Anak pun cepat kenyang. Alhamdulillah.
  5. Setelah semua usaha di atas telah anda buat, jangan lupa berdoa setiap kali mengepam supaya rezeki susu untuk anak dipermudahkan. Elakkan stress sewaktu mengepam. Walau pun mungkin dapat sedikit, tapi yakinlah bahawa ia memang cukup untuk anak anda. Insya Allah.
  6. Jangan putus asa. Amalkan tips di atas secara istiqamah. Ganjaran pahala menanti usaha murni yang anda lakukan.
Saya doakan semoga ibu-ibu sekalian berjaya mengharungi bulan Ramadhan dengan stok susu yang melimpah ruah dan meriah. Semoga berjaya!

P/S : Soal jawab tentang penyusuan di bulan puasa boleh baca di sini.

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex atau pun CityLink. Jom dapatkan vitamin anda hari ini juga :-)

Kos penghantaran adalah RM10 bagi seluruh Semenanjung RM20 untuk ke Sabah Sarawak.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set penyusuan Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221




Isnin, 26 Mei 2014

Cuti Sekolah Dah Tiba!

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ini teman-teman guru di sekolah semuanya ceria belaka. Pagi tadi sekolah kami mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Tema kami tahun ini adalah hitam putih. Sekali pandang macam orang berkabung pun ada coz ramai yang memilih untuk berbaju hitam dan bertudung putih. Tapi ada juga yang kurang menepati tema. Tak kisahlah kan...janji happening, jangan pening sudahlah.



Esok, saya akan kembali ke kampung untuk bercuti di sana selama 3-4 hari. Selepas itu, kami akan meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke Melaka. Tapi sebelum tu, kami akan singgah di Penang terlebih dahulu untuk melihat tempat Papa Faris yang sedang sambung belajar. Ala-ala spot check la konon..hihihhh. Saya rindu sangat nak ke Penang coz saya dulu-dulu belajar di sana. Empat tahun gitu...lamakan? So, banyaklah tempat makan yang saya nak pergi. Antara tempat makan kegemaran saya ialah Sany Char Kuay Teow, Kayu Nasi Kandar...Nasir Nasi Ayam, Awet Muda...ikan bakar di Teluk Tempoyak...Sea Gate...cukup ke dua hari ni?


Mengikut rancangan, kami akan berada di Penang selama 2 hari sahaja memandangkan masa terlalu suntuk. 1 Jun kami akan menghadiri kelas anjuran nenek Shaklee saya di Kajang pula.
Habis sahaja kelas di sana, saya akan bergegas pulang ke Melaka untuk bercuti di rumah ibu mentuaku. Kami akan berada di sana sehingga cuti sekolah tamat. Adalah on-off ke Muar untuk melawat nenda sebelah suami dan 8 June, saya akan ke KL coz ada event yang sangat2 penting dalam sejarah hidup saya! Tak sabar nak menantikan detik itu berlaku :-)

Esok dah nak balik, tapi barang satu apa pun belum berkemas. Packing baranglah yang paling saya tak minat...tolong saya kemas jom....! Apa pun, saya ucapkan selamat bercuti kepada semua pelajar & guru. Kerja rumah jangan lupa buat yer...kami yang Cikgu ni pun dah dipesan siap-siap untuk siapkan tugasan yang dibekalkan. Ingatkan kami boleh bercuti sepuas hati...tapi ada jugak kerja yang diberi...eheheh! Apa nak buat, kami redha jelah...dah namanya kerja..yer tak?


Saya adalah pengedar sah Shaklee di Gua Musang. Jika ingin COD boleh hubungi saya melalui maklumat tertera. Penghantaran dibuat ke seluruh negara melalui Pos Laju, GDex dan juga CityLink. Dapatkan vitamin anda hari ini juga >_<.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin Shaklee, bolehlah hubungi saya seperti maklumat di bawah :

June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS / WA : 017-943 8392 | ID : 891221

Rabu, 19 Februari 2014

Diari Seorang Wanita ~ Cukupkan Nutrisi untuk Jadi Lebih Tinggi

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih dianugerahkan nikmat kesihatan yang baik untuk meneruskan hidup hari ini. Semoga kita dapat menggunakan nikmat yang Allah anugerahkan untuk memberi lebih banyak hari ini. Sentiasa jadikan kita orang yang hidup untuk memberi kebaikan kepada orang lain dan bukanlah orang yang hanya tahu meminta dan menerima. Insya Allah.

Jadi, hari ini saya ingin berkongsi info yang saya dapat semasa mengikuti Bengkel Nutrisi Shaklee tempoh hari. Berkongsi pengetahuan yang kita ada juga merupakan salah satu 'pemberian' tau :-) . Terlalu banyak info yang saya dapat tempoh hari. Tak sia-sia saya menghabiskan cuti hujng minggu saya untuk berbengkel. Enjoy sangat2 OK..

Pernah tak anda terfikir untuk celebrate hari pertama kita datang bulan dalam hidup kita? Hihihii..bunyinya macam lucu, tapi ada rahsia di sebalik tarikh datang bulan yang pertama bagi seorang gadis. Saya pasti, tak ramai yang ingat tarikh tersebut..Mmm, nampak macam tak berapa pentingkan? 



Ada apa sebenarnya dengan tarikh pertama kita datang bulan tu? Selain ia menunjukkan bahawa kita dah akil baligh, ia juga menunjukkan yang kita hanya ada masa 3 TAHUN sahaja daripada tarikh tersebut untuk membesar dengan sempurna. Tempoh ini sangat-sangat kritikal, jadi adalah sangat penting untuk kita dapatkan nutrisi yang cukup untuk membesar.
Selepas 3 tahun, kita tidak akan meninggi lagi. Kita akan kekal dengan ketinggian tersebut hingga dewasa. Buatlah macam mana pun, memang takkan tinggi-tinggi lagi dah..Melebar jer boleh..sure kita tak nak jadi macam tu kan..ehehee. Jadi, dalam tempoh 3 tahun selepas datang bulan tu, pastikan kita mendapat protein dan kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran yang normal. Takdelah badan kita 'rendang' semcam je..betul tak?

Protein dan kalsium pilihan saya sudah tentulah Energising Soy Protein ( ESP ) dan Ostematrix. Ibu-ibu, yang ada anak dara yang pertama kali datang bulan, bolehlah cuba ESP dan Ostematrix Shaklee supaya tubuh mereka dapat membesar dengan normal dan lebih sempurna :-)

Hubungi saya untuk mendapatkan khasiat ESP dan Ostematrix anda sekarang. Nak cuba vitamin lain pun boleh aje...

Sekian, terima kasih :-)

FB : June Mohd | kerengge83@gmail.com | SMS/WA : 017-943 8392 | ID : 891221